Gelap...
Dia cuba meraba dalam kegelapan itu. Dia tak dapat menyentuh apa-apa. Hanya mengapai kegelapan yang kosong.
Ada keluhan terluah dari bibirnya. Keluhan berat yang menghampakan...
Sampai bila...sampai bila aku begini..? Terperangkap dalam ruang gelap..kosong...dan yang paling menyedihkan sekali.......kesunyian...
"Adam"
Dia tersentak kaget. Cuba memasang telinganya. Dia macam terdengar suara memanggil namanya.
"Adam!"
Kali ini lebih kuat. Kini dia pasti suara itu bukan dari monolog hatinya. Siapa itu??? Dia mencari-cari arah bunyi suara itu memanggilnya. Dia hanya menemukan kegelapan.
"Adam,bangunnn!!"
Kali ini suara itu lebih kuat disertai pancaran cahaya yang tiba-tiba menyilau pandangannya. Kegelapan yang tadi pekat mengelilinginya seperti di sapu ribut cahaya. Dia menjerit terkejut.
"Ah,bangun pun."
Tiada lagi kegelapan. Tiada lagi cahaya terang. Kini di hadapannya berdiri seorang perempuan tua yang bongkok dengan kedutan seribu di wajahnya. Tongkat yang digunakannya untuk menongkat badannya suda di angkat ke atas,seperti hendak memukulnya pula gayanya. Buatkan pemuda di depannya itu spontan mengengsot ke belakang dan mengangkat lengannya bersilang di depan mukanya-mahu mengelak di pukul.
"Ampun,nek! Ampun!" Pekiknya kuat.
Tok!
"Aduh!!"
Mengelak macam mana pun nenek tua di depannya pandai menyelit ruang di celah lengan pemuda itu untuk membolehkan tongkatnya mendarat dengan jayanya pada kepala pemuda itu.
" Apa ampun-ampun?!" garau suara si nenek memakinya,"Tengok jam itu dah pukul berapa? Nak bagi alasan tak nak pergi sekolah lagi kah?!"Ehh..?
Dia mendonggak memandang jam dinding yang tergantung di atas dinding sebelah kanan. Alamak! Tidak perlu di arah-arah lagi,dia sendiri bergegas melompat dari katilnya meluru ke arah bilik air yang hanya bersebelahan dengan tempat tidurnya.
Melihatnya,Si nenek hanya mampu mengeleng-geleng melihat telatah anak muda itu. "Adam...Adam...",bebel si nenek sebelum berlalu dari situ.
***********
Coretan penulis:
Hai,semua....saya newbie di sini...bagi yang membaca cerita saya,anda dipersilakan komen apa saja walaupun bersifat negatif. Cerita saya cerita rekaan sendiri ok...takde ciplak dari orang lain. So,saya cuba mencabar diri saya untuk menulis cerita saya di sini. Semoga perasaan yang saya cuba sampaikan dari cerita ini mampu sampai di hati anda.
Ikhlas dariku
~flora~
YOU ARE READING
MUMIA
FantasyOpss..jangan silap. ini bukan cerita berkisar mumia di Mesir ya...ini gelaran bagi seorang pelajar lelaki yang sentiasa membalut dahi dan bahagian anggota badannya dengan bandage kerana sering cedera. Hampir setiap hari pasti ada luka baru yang terp...