Tiba-tiba...
Tingg!
Zahiem terus membelek telefonnya selepas notification bunyi. Sangkaannya Ayuni yang chat, tapi realitinya Zamira yang chat. Gambar apa pulak adik aku bagi ni? Zahiem hanya menggeleng kepala selepas membaca gambar yang Zamira bagi. Sebenarnya itu ada screenshot chatting Zamira dan isterinya. Katanya Ayuni berjumpa kawan baiknya yang bekerja sebagai pensyarah di KMK. Kawannya ajak minum-minum dan berjanji akan menghantar Ayuni pulang.
-"Kau kat mana sekarang? Kau sempat jumpa akak tak?"-Zahiem
-"Kat bilik lah. Ibu ayah dah turun. Tak sempat. Tapi akak cakap dia akan datang jumaat ni. Why?"-Zamira
-"Aku nak jumpa kau nanti, bila kau free chat abang. Abang balik dulu. Ibu ayah dah sampai kereta."-Zahiem
-"Ok take care."-Zamira
Zahiem terus menyimpan telefon bimbitnya kemudian dia melihat Nina kelam kabut dengan telefonnya di tepi kereta. Mungkin mencari Ayuni.
"Ibu, Iem pergi cakap dekat Nina jap yang Ayuni dah balik."-pinta Zahiem.
"Ye lah, cepat sikit. Zahra dah balik sekolah ni."-balas ibu lembut.
"Nina, kau balik je lah. Ayuni dah balik dengan kawan baik dia lecture kat sini. Tu pun Zamira yang cakap. Dia frust sangat sebab tadi lah tu."-ujar Zahiem selepas da mendekati kereta Husnina.
"Kawan baik dia? Ammar? Ke Shazri?"-tanya Nina.
"Diorang kerja sini ke?"-tanya Zahiem terkejut.
"Ha ah, lepas habis kptm, diorang sambung buat master amek bahagian mengajar ni lah. Eh aku risau lah bini kau tu. Mahu tak bercakap dengan aku sebulan."-balas Nina.
"Oh. Takpe, pasal Ayuni kau jangan risau. Nanti pandai-pandai aku lah pujuk. Kau balik lah."-suruh Zahiem.
"Kau nak jumpa Ayuni ke? Beg dan barang-barang dia ada dalam bonet aku, boleh la kau hantar sekali."-tanya Nina.
"Beg dia? Buat apa?"-tanya Zahiem keliru. Loh, takkan nak tidur asrama dengan Mira kot.
"Semalam kitaorang bermalam dekat Pantai Merdeka."-balas Nina jujur.
"For what?"-tanya Zahiem terkejut.
"Saja. Memang hobi kitaorang perabis duit macam tu."-jawab Nina yakin.
"Berapa malam korang tidur sana?"-tanya Zahiem lagi.
"Satu je lah, kau ni apasal?"-balas Nina pelik.
"Malam before korang pergi Pantai Merdeka, korang tidur mana?"-tanya Zahiem.
"Oh, tidur kat rumah mak aku lah. Kalau tak kitaorang plan nak pergi malam tu jugak. Tapi Ayuni dah tak larat. So tidur rumah aku jelah."-balas Nina jujur.
Ya Allah, macam-macam aku tuduh dia. Patut dia marah sangat dekat aku.
"Takpelah, bak sini beg dia. Nanti aku hantar. Kau jangan risau, nanti dia ok lah."-kata Zahiem sambil ke bonet belakang kereta Nina dan mengeluarkan beg isterinya. Selepas Zahiem memberi isyarat dia pergi dulu, Nina membalas dengan anggukan dan senyuman.
"Eh tunggu jap!"-panggil Nina lalu tunduk mengambil card parking kereta di kondo.
"Thanks!"-ucap Zahiem dengan senyum sambil berlalu.
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah Zahiem memarahi dirinya sendiri kerana tuduh melulu. Kenapa dia tak bantah? Kenapa dia tak marah aku fitnah dia? Ya Allah berdosa sangat ni.
YOU ARE READING
CRUSH ON WECHAT [MALAY]
Romance[CRUSH ON WECHAT] [ON GOING] "Kau yang jadi bini aku?" "Asal kau setuju?" "Tak sedar diri ke kau layak ke tak dengan aku?" "Asal kau tak tolak kalau kau tahu aku yang jadi laki kau?" "Aku nak kau tahu yang aku tak pernah langsung anggap kau isteri a...