●~●
[Harin pov]
N
amja itu tergelak kecil. Daguku ditarik dan diusap. Aku mengerutkan dahiku.
Gila ke apa? Tiba – tiba ketawa. Orang tak buat lawak pon. Namja tu memandang tepat mata aku.
Tawanya mati secara tiba – tiba. Adakah perasaan aku atau tidak? Aku rasa muka dia semakin menghampiri muka aku.
Aku memandang ke arah kanan dan menutup mata. Aku dapat merasakan nafas hangat dari namja tu di pipi kiri.
"Aku dah tak nak dia lagi, aku cuma nak..."
Aku dapat merasakan ciuman hangat hinggap di pipi ku. Aku menolak dadanya, tetapi badannya dikeraskan.
"Aku nak kau"
Kata namja itu lembut. Aku membuka mataku lalu memandang kearah namja dihadapan ku. Aku memandang tepat kearah matanya.
Apa yang dia buat dekat aku beberapa tahun yang lepas terlintas di fikiran ku. Serta merta perasaan benci dan marah aku menguasai diriku.
---
3 tahun yang lepas...
[
Author pov]
"Appa, jom makan. Harin lapar lah. Eomma nak makan tak?"
"Bukan tadi pagi dah sarapan ke? Takkan lapar lagi?" soal tuan shin.
"Yeobo macam tak tau je yang perut harin macam tong. Kuat makan" sindir puan shin.
Harin hanya menarik muka masam. Dia memuncungkan mulutnya.
"Eomma ni. Dah memang harin lapar nak buat macam mana"
"Muncung sepuluh depa. Nanti eomma tarik sampai jadi macam itik nanti baru tau"
Tuan shin hanya tergelak memandang anak beranak ini. Sebenarnya mereka ada dekat mall, nak beli barang sikit.
"Dah, sudah. Eomma ni pun satu. Mak borek anak rintik. Dua dua sama je perangai"
"Well tengoklah anak siapa" balas harin sambil mengangkat sebelah kening.
Puan shin hanya ketawa sambil menggelengkan kepala melihat gelagat anaknya.
"Dah jom masuk restoran ni. Appa pon dah lapar sebenarnya. Penat berjalan"
Harin dan puan shin memandang kearah tuan shin lalu memandang antara satu sama lain. Mereka bertiga berjalan masuk ke dalam sebuah restoran.
Selepas mendapat tempat duduk yang selesa, tuan shin bergerak ke kaunter manakala puan shin pergi ke bilik air.
Dan tinggal lah harin keseorangan di penjuru restoran itu. Dia melihat hiasan dalaman restoran itu. Memang cantik.
Di suatu sudut restoran itu, harin ternampak sepasang kekasih sedang berbual mesra. Harin boleh mendengar perbualan mereka.
Namja itu bersuapan dengan yeoja itu. Kalau bersuapan dengan kekasih memang tak pelik. Tapi yang peliknya namja itu seperti dikenali oleh harin.
Harin mengecilkan matanya, dan dia terkejut kerana namja itu ialah namchin nya. Hati harin menjadi pedih, pedih sangat.
Sakit matanya melihat adegan percuma itu. Harin mencapai telefonnya di dalam beg.
YOU ARE READING
C ; My Bodyguard | BBH ✨
Fanfiction[2017 BAEKHYUN MALAY FANFICTION] ✔30 chapter Hidup harin tidak tenang kerana keluarganya diancam oleh ahli kongsi gelap. Mungkin persaingan antara syarikat appanya menjadi penyebab ancaman tersebut berlaku. Setelah appanya tahu harin sentiasa keluar...