Dringgg~ Dringgg~
Ayuni terjaga saat telefonnya berdering.
"Loceng rupanya.... Ngantuknya...."-rungut Ayuni sambil mengeliat. Benar dia tidak cukup tidur. Semalaman Zahiem meracau-racau. Kejap minta maaf, kejap marah-marah. Apalah yang dia fikir... Selepas melihat keadaan Zahiem yang masih tidak sedarkan diri, dia terus melangkah ke bilik air untuk mengambil wuduk. Nasiblah ada water heater. Kalau tak mahu grrr grrr dia nak solat.
Selesai solat, Ayuni terus membaca Surah Yassin untuk disedekahkan kepada arwah-arwah kesayangannya dan tak lupa juga buat suaminya. Semoga Allah menyembuhkan suaminya seperti sediakala. Sungguh dia tak sanggup melihat keadaan Zahiem bergitu kerana dia pernah alami keadaan itu. Tapi semasa dia terbaring seperti Zahiem, dia tidak pernah diziarahi suaminya sendiri. Hanya dia seorang menangungnya. Mujurlah ada Husnina, Azreen, Dr. Syafiqah dan Zamira menjaganya dengan baik. Tiba-tiba dia menjadi sebak apabila memikirkan kenangan pahitnya dahulu.
Kringggg~ Kringgg~
Ayuni terus bangun mencari telefonnya. Kebetulan Zahiem juga telah sedar. Ayuni meminta diri untuk menjawab panggilan daripada mamanya. Zahiem hanya membalas dengan anggukkan.
"Hello Assalamualaikum ma..."-ucap Ayuni. Dikawal suaranya supaya mamanya tidak tahu dia baru lepas menangis.
"Walaikumsalam.. Hang dah bangun subuh ka?"-tanya mama.
"Dah ma, dah habis solat dah pun.. Jarang mama call, rindu ke?"-gurau Ayuni sambil gelak kecil.
"Eleh, takda makna nak rindu... Ma cuma nak tanya bila nak balik.. Ada kerja sikit.."-kata mama.
"Woo jarang juga nih. Kerja apa ma? Taska ka tadika.. Mama whatsapp je lah apa yang nak buat.."-jawab Ayuni selamba lagi. Ya lah, mamanya kalau bukan pasal taska tadika, mesti tak call punya.
"Bukan.. Ni pasal lain.. Zahiem pun ada dengan hang kan? Kalau boleh balik dengan dia sekali.. Ni soal hidup dan mati okay.. Jangan buat main-main.."-jawab mama acah serius.
"Ma nih serius la ish! Dia ada ja.. Cuma dekat KMC ni. Semalam admit sebab demam panas teruk. Doktor cakap puncanya stress. Mama abah datang lah jenguk. Dok ingat satgi baru nak call ibu.."-jawab Ayuni selamba.
"Lah ya ka? Awat tak habaq awai.. Ye lah, satgi lepas hantar adik hang pi sekolah, mama pi terus. Ha, habaq sama kat mentua hang.. Satgi depa risau pulak.."-balas mama dengan nada cemas.
"Ok ma. Dia kat bilik 215 tingkat 4. Jangan rushing sangat. Dia tak teruk pun... Take care bye.."-balas Ayuni. See? Semua orang risau kat dia. Tapi dia? Ada risau kat aku dulu? Tapi salah aku jugak sebab rahsiakan dari dia. Tapi salah dia jugak taknak ambil tahu pasal aku. Hergh serabut!
Selepas menekan punat merah di-skrin Iphonenya, dia terus mencari contact ibu mentuanya. Selesai memaklumkan kepada ibu, Ayuni kembali ke dalam bilik. Sebenarnya dia sengaja tidak mahu bertentang mata dan menjawab soalan-soalan bodoh Zahiem. Ala mesti dia nak tanya macam dalam drama tu.. Saya kat mana ni? Kenapa saya kat sini? Tapi dia layan drama ke? Sempat ke?
"Kenapa bawak aku ke sini?"-tanya Zahiem. Ayuni menampar dahinya. Aduhai, sah dia tak layan drama.
"Habis nak biar je awak berulat kat bilik saya tu?"-balas Ayuni selamba.
"Aku demam je, bukan mati. Tapi kalau kau selalu doakan, apa aku boleh buat? Doa isteri ni cepat dimakbulkan macam doa mak."-balas Zahiem selamba dengan suara lemah. Ayuni terkelu dengan kata-kata suaminya. Amboi tak padan sakit!
"Assalamualaikum... Selamat pagi Encik, Puan.. Macam mana pagi ni? Sihat?"-tanya Dr. Balqis merangkap kawan baik Dr. Syafiqah. Dr. Balqis adalah doktor yang akan merawat Zahiem sehingga sembuh.
"Walaikumsalam doktor.. Alhamdulillah dah rasa ok sikit.."-balas Zahiem tersenyum nipis.
"Ya.. Alhamdulillah condition awak semakin stabil. Buat masa sekarang jangan stress, jangan banyak fikir ok?"-terang Dr. Balqis. Zahiem dan Ayuni mengangguk tanda faham.
"Bila saya boleh balik doktor?"-tanya Zahiem.
Dr. Balqis hanya tersenyum lalu meminta diri. Zahiem keliru dengan keadaan tersebut. Eh? Dia blah macam tu je? Soalan aku siapa nak jawab? Siap senyum-senyum lagi. Nak goda aku ke?
Ayuni melihat riak Zahiem yang masih tertanya-tanya terus menegur.
"Dah kenapa nak balik? Rindu girlfriend? Baru sehari tinggal dah rindu.."-kata Ayuni selamba sambil menjeling Zahiem. Kemudian dia membuka beg tangannya yang disisi dan terus mengambil telefon bimbit Zahiem dengan walletnya.
"Nah handphone dengan wallet awak, kalau rindu call je. Lagipun banyak sangat misscall dia dari semalam. Kacau orang tidur je. Saya nak turun bawah beli makanan, awak nak pesan apa-apa tak?"-kata Ayuni selamba.
"Nak KFC....please!!"-pinta Zahiem dengan suara mengadanya.
"Beli sendiri!"-balas Ayuni terus berlalu. Demand nampak. Tapi jauh di dalam hatinya dia tetap kasihankan suaminya. Bukan susah pun, boleh drive-thru je.
Ayuni sampai di KMC semula jam 9.15 pagi. Pagi-pagi pun susah nak parking. Nasiblah pintu masuk dekat dengan lift. Dia terus naik lift dan menuju ke bilik suaminya. Apabila dia membuka pintu, dia melihat Zahiem sedang bergelak ketawa sambil telefon di telinganya. Ayuni meletakkan KFC di atas meja lalu keluar dari bilik tersebut. Cakap dengan sapa lagi kalau bukan girlfriendnya tu! Eh kalau Nina? Erk takkan punya! Baik aku call Nina.
"Hello, hang kat mana?"-tanya Ayuni acah kasar. Sengaja dia berbuat bergitu supaya Nina serik. Sebenarnya Nina dah menerangkan keadaan sebenar di Wechat. Tapi kerana ego dan sibuk menguruskan Zahiem semalam, dia tak sempat membalas apa-apa.
"Kat hati awak. Cia cia cia. Kat rumah lah. Why?"-jawab Nina selamba. Dia tahu kalau Ayuni masih marahkannya, Ayuni tidak akan menghubunginya sendiri. Pasti dia akan maklumkan kepada supervisor cafe untuk memaklumkan kepada aku.
"Hang ingat lawak. Aaa sorrylah, aku tak pergi cafe lagi harini. Zahiem masuk wad pulak."-terang Ayuni.
"Dah dekat sebulan nampak tak ambil tahu pasal cafe. Takut kang bankrup menyesal pulak. Dia masuk wad kes apa? Hospital mana?"-kata Nina biasa. Nasib hang tak cemas, kalau tak aku tembak hang Nina...
"Kalau bankrup aku cari hang la.. Demam panas. KMC lah. Datang lah teman aku kat sini.. Now aku baru nak pergi jumpa Azreen."-balas Ayuni.
"Ok InshaaAllah satgi aku pi. Aku kena pi melawat branch Alor Setar dulu. Dah 4 hari tak jenguk."-balas Nina.
"Ok takpa. Take your time. By the way, thank a lots banyak tolong aku jaga cafe. And cafe tu bukan aku sorang je boss, hang pun! Sebab everything hang je urus. Take care babe, bye!"-kata Ayuni. Dia bersyukur mempunyai patner seperti Nina. Tak banyak songeh.
Selesai bercakap Ayuni terus melangkah menuju ke bilik Azreen. Minta-mintalah dia ada, rindu pula kat dia. Tapi malangnya dia tiada. Kata pembantunya, Dr. Azreen off harini. Lepas meminta diri, Ayuni terus berjalan naik ke bilik suaminya semula. Dia membuka pintu bilik suaminya dengan perlahan. Alhamdullilah dia tidur. Baik aku layan TV.
Belum sempat Ayuni mengambil remote TV, Zahiem bangun.
"Aku nak makan.. Hidanglah. Time ni lah kau nak cari pahala.."-kata Zahiem sambil menyandar. Ayuni menyampah melihat muka sengal suaminya. Suka mengarah orang. Marah-marah pun dia tetap hidangkan untuk suaminya. Kemudian dia terus ke sofa dan berbaring. Selepas lima minit berbaring dan menonton iklan diTV, akhirnya dia terlelap.
YOU ARE READING
CRUSH ON WECHAT [MALAY]
Romance[CRUSH ON WECHAT] [ON GOING] "Kau yang jadi bini aku?" "Asal kau setuju?" "Tak sedar diri ke kau layak ke tak dengan aku?" "Asal kau tak tolak kalau kau tahu aku yang jadi laki kau?" "Aku nak kau tahu yang aku tak pernah langsung anggap kau isteri a...