Aku merenung figura wajah disebelah mya dengan teliti.Wajah si pengikat cinta nya ini memiliki sepasang kening yang lebat dan tercungkit(ala macam ziana zain tu).Disisi kening kiri nya ada kesan luka dan jahitan namun sedikit pun tidak pernah mencacatkan wajah itu pada pandangan aku.Dia memiliki sepasang mata yang bulat dan iris matanya berwarna cokelat.dilengkapi dengan bulu mata yang melentik .Terleka aku seketika semasa menatap wajah nya.Lalu pandangan aku jatuh ke hidung dan bibir nya.Bibir nya masih merah walaupun kuat merokok.Diatas bibir nya dihiasi dengan misai y tebal dan sedikit melentik.Terdapat sebiji tahi lalat di pipi kirinya.pemanis gitu.Janggut nya boleh di bilang dengan jari .Biarpun usia nya berbeza begitu jauh dengan aku ,dia masih lagi menjadi rebutan dan pilihan para gadis diluar sana.Dilengkapi dengan aset wajah yang tampan dan putih serta kekayaan yang dimiliki nya membuatkan aku kadang kadang rasa terpinggir walaupun aku sah menjadi miliknya.
Sekali imbas wajah dia,tampak garang dan ganas namun bagi aku dialah lah insan yang paling sempurna untuk aku.
Aku amati tangan nya pula.berurat hijau dan besar .Aku menyentuh tapak tangan yang tidak pernah aku jemu memegang nya dari awal perkenalan sehingga kini☺ .kasar namun terselit sebuah kehangatan dan ketenangan di tangan itu.
Kadang aku sendiri tidak faham dengan apa yang aku rasakan dari awal perkenalan sehinggalah kami sah menjadi pasangan suami isteri.
Sudikah kalian membaca coretan hati aku ini?
Salah kah aku mencintai dirinya?
Salah kah aku yang masih setia disisinya?Salah kah aku menjadi isterinya?
Salahkah aku mengandung kan zuriat nya?-----------------------------------------------------------
Ketika orang lain enak dibuai mimpi aku sering kali terjaga untuk bangun membuang air kencing kadangkala pergerakan bayi didalam perutku yang aktif menendang membuatkan aku tidak lena tidur.Kebiasaannya aku akan solat tahajud jika terjaga seperto waktu ini.Selebihnya aku lebih suka memerhatikan wajah dia dan mengimbas kembali masa2 yang pernah aku lalui bersama dia
Nah ,kisah percintaan aku dan dia bukan seperti romeo dan juliet yang indah2 belaka.
Kisah cinta aku dan dia terlalu rumit sehinggalah saat ini.
Orang sekitar aku menganggap aku bahagia hidup bersama nya.
Segalanya tampak sempurna dimata mereka
Namun disebalik kebahagian yang mereka lihat itu derita aku tanggung demi sebuah cinta .
-----------------------------------------------------------
Ya aku seorang isteri yang dicintai dirinya namun kehadiran aku dalam keluarga nya tidak disukai malah dibenci.kadang kala dia melayan aku dengan begitu baik sekali ada masa dia mengasari tubuh dan jiwa ku.saat amarah menguasai dirinya tubuh ku menjadi mangsa kerakusan dan kekaran.biarpun usia perkahwinan kami masih muda(ya baru 2tahun) namun banyak pahit nya dari manis.
Acap kali hati ini terguris dengan perbuatan nya yang melebihkan keluarga dan adik beradiknya.namun segala keluhan dan rungutan tidak mampu aku luahkan kerna aku tahu apa yang aku bakal luahkan bakal mengundang kesakitan yang tidak terperi pada tubuh aku.Lantas untuk apa aku merisiko kan diri aku dan anak yang didalam kandungan aku untuk meluahkan apa yang aku rasa.
Bagi aku jalan terbaik adalah menelan segala kesakitan dan keduaan yang aku rasai demi keselamatan bayi yang berada dalam kandungan aku.
Ya aku pasti jalan ini yang terbaik demi anak yang aku kandung.Mungkin ini perkara bodoh bagi kalian tapi tidak bagi aku.
Dia mampu bertukar menjadi seorang yang aku tidak kenal saat amarah menguasai dirinya.saat diri nya diasak dengan aduan dari keluarga nya.dan aku pasti penghujung nya tubuh aku menjadi punching bag untuk diri nya.
Tubuh aku yang sarat mengandung ini menyukarkan pergerakan aku untuk mempertahankan diri.
Dan sudah semestinya mulut aku turut terkunci saat dia mula naik hantu dalam memukul aku.aku cuma mampu menzahirkan kesakitan yang aku alami dalam bentuk air mata dan cuba untuk menjarakan kedudukan tubuh ku jauh dari dirinya.kadang kala apabila aku terlalu letih dalam melakukan kerja rumah di rumah mentua ku,aku tidak mempunyai kudrat yang mencukupi untuk meghalang dirinya dari membelasah aku diatas kesalahan yang aku sendiri tidak tahu.Dan disaat ini aku cuma mampu menahan pukulan darinya agar tidak terkena pada kandungan ku.sesungguhnya ini sahaja peneman dan harta yang aku punya saat ini.
Nah aku bukan wanita yang tidak punya pendidikan.Aku memegang sekeping Master dalam mechanical enginering namun disebabkan cinta dan kasih aku yang mendalam untuk si dia ,aku melupakan impian dan cita cita aku .Aku menjadi hamba dirumah ibu mentua ku hanya kerna tidak ingin melihat dirinya asyik bertengkar dengan ibu nya berkenaan aku.
Ternyata pengorbanan yang aku berikan tidak sedikit pon dihargai .Malah tubuh aku sering disakiti setiap kali suami ku pulang kerja.Gara gara mulut si ibu mentua ku dan ipar ku.
Apakan daya dengan keadaan kandungan aku yang makin sarat membatas aku untuk melawan kudrat nya
YOU ARE READING
Sekudus Kasih
Teen FictionDia seorang gadis yang begitu naif dalam kisah percintaan nya. Menyerahkan maruah demi sebuah hubungan. Mengalah demi sebuah perkahwinan Layakkah bahagia milik Dia