BAB 9

10.5K 383 5
                                    

"HELLO, Fir..." suara Nayla di talian.

"Nay, aku call kenapa tak angkat. Aku ada something nak bincang. Jom keluar minum ke apa." Terus Firyal mengajak.

Kerusingan Puan Sri Laila Serina dua hari lepas perlu disampaikan mengenai status perkahwina mereka berdua.

"Sorry, aku busylah lately. Aku call ni pun nak mintak tolong. Ibu Ad aku suruh pick up baju dekat butik, tapi aku banyak kerjalah... mana sempat!" suara tak puas hati Nayla kedengaran.

Tercengang terus Firyal. Statik tubuhnya. Pelik, takkan disuruh ambil baju pengantin sendiri pun takkan nak mengamuk? Sepatutnya dia gembira, hari bahagianya bakal menjelma.

"Okay, sabar wehh... jangan nak angin semacam ni. Kau nak mintak tolong apa tadi. Kalau boleh, insya'Allah aku tolong," Firyal fikir ini bukan masanya untuk dia berbincang tapi perlu memujuk.

"Kau tolong pick up baju dekat butik Lee, and hantar dekat rumah Ad boleh?" Nayla terus suarakan tujuan utamanya.

"Lah, takkan ambil baju pun tak sempat Nay?" Firyal cuba memujuk lagi.

Kedengan suara Nayla merengus di hujung talian.

"Okay aku tolong, aku pun tak ada masalah, since butik Lee depan kedai aku aje." Akhirnya Firyal mengalah.

Firyal bukan tidak mahu menolong tapi dia mahu Nayla lebih bertanggungjawab soal itu.

"Okay Fir, Thanks. I've got to go. Bye." Talian terus diputuskan tanpa mendengar apa-apa dari pihak Firyal.

"Perempuan nilah!" rungut Firyal perlahan.

"Kau membebel apa, Senah?" diangkat sekali kedua belah keningnya.

Firyal menoleh ke Wardah.

"Mintak tolong aku ambil baju pengantin dia..." tak berperasaan Firyal memberitahu.

"Pulakk? Kenapa kau pulak yang kena. Sape suruh, Puan Sri?" soal Wardah lagi.

"Puan Sri suruh bakal menantu dan bakal menantu suruh aku..." tayang muka redha dibuat-buat.

"Dan yang betul-betul jadi menantu Puan Sri adalah kau," sengih Wardah sebelum cepat-cepat pergi ke belakang.

"Apa pulak!"

BUNYI loceng yang digantung di atas pintu mengejutkan Lee yang sedang sibuk melakar sesuatu. Kedatangan Firyal menzahirkan senyuman di bibirnya dan menjadikan matanya bertambah sepet kerana terlalu gembira.

"What a pleasant suprise, you setuju nak jadi cover depan butik I ka?" soalnya menerus.

Terus terbatuk-batuk Firyal mendengarnya.

"Tak lah, I datang nak ambil tempahan Puan Sri Laila Serina aje." Tak jaga perasaan Lee sungguhlah terus diberitahu niat kedatangannya.

"Alahh, I baru pasang angan-angan tadi," sedih suara Lee.

Kesal pula Firyal rasa.

"Well Lee,I'm so busy nak uruskan kedai and every month I ada photoshoot dengan Puan Sri, so I harap you faham Lee, or maybe you can call this number to make an appointment. Kalau I ada masa, I akan bekerjasama dengan butik you," ujar Firyal,

"Betul ni? So this is you number?" Lee teruja.

"No, this is my PA number, Wardah."

Lee mendekati dan mencapai tanganFiryal, "Okay, so glad you dah setuju. You tau, My boss keep asking me to persuaded you to be a butik's cover, I sampai habis alasan mau beritahu dia. Sangat murah rezeki you..."

Tertulis Di Tangan TakdirWhere stories live. Discover now