TIGA hari berlalu. Firyal ashik termenung saja. Satu habuk kerja pun tak jalan. Nasib baik ada Wardah yang menguruskan semuanya.
Firyal hantuk kepalanya pada meja berkali-kali. Tinggal seminggu saja majlis perkahwinan tak jadi Nayla yang bakal berlangsung bertukar pengantin dengan dia. Tiga hari juga tiada khabar berita dari Nayla. Sudah tahukah dia?
Telefon pintarnya dipandang. Sesekali bernyala. Kemudian gelap semula. Dia tahu siapa tapi malas mahu mengambil kisah.
Firyal angkat wajah kosongnya tanpa secalit solekan. Rambut hitam-merahnya disanggul tinggi dan digulung atas kepala. Kelihatan Wardah sedang duduk memandangnya dengan perasaan ingin tahunya.
"Aku dah bagi masa tiga hari, tapi kau still jugak macam ni," suara Wardah memecah kesunyian diantara mereka berdua.
"Susun buku pun berterabur, jalan pun bagai tak ada semangat, ajak makan pun tak hendak, selalu suruh tutup kedai awal tapi kau duk berkurung sorang-sorang dalam bilik ni, kenapa ni Fir? Aku risau tengok kau macam ni..." bebel Wardah.
Hanya mata yang berkedip-kedip memberi respon dengan pertanyaan Wardah. Badannya mengeras.
"Semalam mama kau call aku, suruh tengok-tengokan kau. Kau gaduh dengan mama kau ehh? Lepas tu tadi si Nayla tu datang carik kau. Berangin semacam aje dia. Nasib baik dia percaya bila aku cakap kau tak ada." cerita Wardah lagi bila Firyal hanya mendiamkan diri.
"Fir... ceritalah. Aku tak nak tunggu kau dah sedia baru nak cerita. Aku nak kau cerita sekarang. Aku nak kurangkan beban yang kau rasa, please Fir," pujuk Nayla.
Firyal pandang wajah bersungguh Wardah. Berat dia mahu membuka mulut.
"Aku tak nak kahwin Wa," ujarnya perlahan. Penuh sendu.
Mata Wardah bulat terus.
" Kau tak nak apa Fir?" soalnya tinggi. Seakan tak percaya.
"Fir, apa maksud kau ni?" soalnya lagi terkejut.
Dengan wajah yang sedih, Firyal mula mencerita apa yang berlaku tiga hari lalu.
WAJAH terkejut Wardah dipandang sayu. Air mata terus berlinangan. Tiada apa pun yang dapat mengembirakan hatinya ketik itu. Dia terlalu sedih.
"Habis tu kau nak buat apa sekarang?" soal Wardah yang masih dengan perasaan terkejutnya.
"Buat apa lagi? Teruskan sajalah."
Wardah tak tahu bagaimana mahu menzahirkan perasaan kasihannya terhadap Firyal.
"Ini semua sebab mama!" tiba-tiba Firyal bersuara marah.
"Mama? Kenapa dengan mama kau?"
"Ini rancangan mama! Aku pasti ini angkara mama..." ujar Firyal lagi.
Wardah panggung kepala. Dia tidak mengerti.
"Mama. Sebenarnya mama nak aku dapatkan Tengku Fahd supaya dia dapat kuatkan pengaruh dia!" beritahu Firyal.
Wardah apa lagi terus terkejut kuasa dua lah dia. Hampir luruh jantungnya mendengar itu.
"Tak baiklah tudung mak kau lagu tu..." pujuk Wardah.
"Betullah..." Firyal menegakkan pendapatnya.
"Okay, sekalipun mama kau yang rancang semua ni, tak kanlah mama kau yang call pejabat agama tu?"
"Kau ingat tak yang aku tercall mama aku hari tu?"
Wardah cuba mengingat apa yang cuba dimaksudkan Firyal.
"Ohh, hari yang kau nak call mak Tengku Fahd tapi silap call mama kau tu ke?"
"Yalah. Kan aku ada cakap aku nak gi hantar baju,"
"Tapi mama kau mana tahu alamat rumah diorang..."
"Tak ada yang mustahil bagi mama aku, Wa..."
"Astafirullahazim Fir, tak baiklah. Lagipun ini belum tentu kerana mama kau," nasihat Wardah
"Habis tu apa Wa? Mama aku yang nak ini semua berlaku. Aku pasti ini rancangan mama. Mama dah musnahkan hidup aku Wa!" tangis Firyal.
"Fir, kau tak boleh nak salahkan mama kau sedangkan ada yang dah sememangya ada yang dah aturkan kejadian hari tu," ujar Wawa.
Bercakap dengan Firyal perlu berlembut. Menasihati dengan Firyal perlu dengan hikmah. Gadis itu terlalu jauh dari landasan yang sebetulnya.
"Apa maksud kau? Ada orang lain yang dah rancangkan ini sebelum mama aku?" bertaut kening Firyal. Wajah sedihnya digantikan dengan wajah yang penuh tanda tanya.
Wardah mengangguk.
"Allah Fir," ujar Wardah perlahan.
"Allah taala yang aturkan ini semua ini. Dia yang jadikan kejadian itu." jawab Wardah lagi.
"Untuk apa?" mendengus suara Firyal. Serasa ini sungguh tidak adil untuknya. Mengapa Allah mahu mengujinya dengan cara begini. Firyal tidak rela.
"Untuk kau kembali ke jalannya. Kembali pada fitrah kejadian asal kau. Fir, peringatan Allah itu datang melalui pelbagai cara. Sama ada buruk atau baik sahaja. Dan Allah telah menjanjikan kepada hamba-hambanya bahawa akan ada sesuatu kebaikan selepas ujiannya. Percayalah Fir."
'Wahai manusia, kami akan menguji kalian dengan kesempitan dan kenikmatan, untuk menguji iman kalian. Dan hanya kepada kamilah kalian akan kembali'
(surah Al-Anbiya:35)"Ini ujian untuk kau. Sekalipun ini rancangan mama kau atau sesiapa sekalipun, kau kena kuat walaupun ini bukan kehendak kau sebab ini kehendak Maha Pencipta terhadap kau," nasihat Wardah.
"Fir, ingat doa ni dan mesti selalu baca okay?" Wardah menarik satu kertas putih lalu menulisnya.
//Allahumma innii a'uudzubika minal hammi wal hazani..//
Maksudnya, Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari gundah gulana dan rasa sedih..."
Kertas itu dihulurkan kepada Firyal.
"Kau akan rasa tenang. Percayalah..." senyum Wardah.
"Apa aku perlu buat?" soalnya sambil menyambut kertas itu.
"Hafal, ingat dan selalu bacanya bila kau rasa sedih," ujar Wardah.
"Moga kau memohonlah maghfirah dari tuhan Fir," niat Wardah perlahan. Matanya melihat Firyal yang terkial mengeja doa yang ditulisnya.
YOU ARE READING
Tertulis Di Tangan Takdir
RomanceBila gadis introvet yang memiliki wajah yang cantik dan kulit yang mulus tetapi tidak sukakan perhatian perlu menikahi seorang pewaris syarikat koglomerat berpangkat Tengku? Tapi, FIRYAL HANINAA tak mahu jadi perampas kebahagian orang. Kerana lelak...