BAB 16

13K 379 2
                                    

"WHERE are you?" suara Puan Seri Laila Serina kedengaran keras di hujung corong telefon pintarnya.

"Calm down bu, Ad ada dekat hospital ni..." ujar Tengku Fahd menenangkan ibunya.

"Why? Siapa sakit? Firyal mana?" soal ibu bertalu-talu dengan suara yang tinggi.

Tengku Fahd menyerahkan telefonnya kepada Firyal.

"Hello ibu," lembut suara Firyal.

"Firyal... mana korang berdua menghilang? Ibu risau!" Puan Sri Laila Serina terus menukat suaranya saat terdengar suara Firyal.

"Sorry ibu, tapi kami dah nak balik. Nanti Fir cerita." Ujar Firyal.

"Iyalah. Balik cepat!" gesanya.

"Take care," sambung Puan Seri Laila Serina.

Talian diputuskan. Telefon itu diserahkan semula kepada Tengku Fahd.

"Your face looks better." Sambil menilik wajah Firyal.

Firyal pula yang tak senang duduk. Berbahang serasa wajahnya diperhatikan begitu dekat dengan wajah Tengku Fahd.

"Okay, lets go..." gamitnya tanpa perasan Firyal yang sudahpun seperti udang kena bakar itu.

Seusai membuat pembayaran di kaunter dan mengambil antibiotic untuk wajahnya, Firyal dan Tengku Fahd terus pulang.

"FIR..." Ibu sudah menonong memeluk menantunya.

"What's wrong?" berkerut dahi ibu melihat wajah cantik menantunya bertukar.

"Alahan bu, sekejap aje. Esok baiklah..." jawab Firyal.

"Terkejut ibu, semalam pergi mana? Ad?" soalnya pada anak terunanya pula.

"Hospitalah. Tadikan dah bagi tahu..." ujar Tengku Fahd.

Puan Sri Laila Serina senyum. "Ibu lupa pula, sudah mari masuk..." ajaknya.

"Kenapa tak bagi tahu ibu semalam?" membebel mulut itu.

"Tak nak kejutkan ibu, semalam semua orang letih..." pujuk Firyal.

Entah bila bahasanya bertukar pun dia tidak tahu. Dari panggilan auntie berubah menjadi Ibu. Dia sendiri tidak sedar. Yang dia sedar sedikit sebanyak dia sudah boleh sesuaikan diri dengan keluarga lelaki itu.

"Mana abah?" Tengku Fahd mencari kelibat abahnya sambil punggungnya dilabuhkan ke meja makan untuk menikmati sarapan meskipun jam sudah menginjak ke angka 11 pagi.

Puan Sri Laila Serina menggelengkan kepalanya sambil mencemik.

"Abah kamu mana boleh tinggal office lama-lama. Takut sangat bangunan Tenku Group tu tumbang!" membebel terus ibunya saat topik abah dikeluarkan.

"Amboi dah masuk office? Baru tiga hari bercuti..." bulat terus mata Tengku Ad.

"Kamu tak usah nak mengata abah, kamu pun sama macam abah jugak!" dia pula yang dibebel.

Firyal ketawa meilihat Tengku Fahd dibebel. Geli hati melihat suaminya dikutuk ibu mentuanya. Ibu betul, Tengku Fahd memang kaki kerja. Lihatlah waktu dia mahu berjumpa dengan lelaki itu tempoh hari, langsung tidak mahu dilayan kehadirannya tanpa ingin mengetahui namanya.

"Fir ni apa gelak-gelak?" suara Tengku Fahd naik menegurnya.

Terdiam terus Firyal sambil menundukkan kepala. Malu.

Puan Sri Laila Serina hanya menggelengkan kepalanya.

PINTU gelangsar kaca itu ditolak ke tepi dan terbuka luas. Langsir berwarna putih mula meliuk-lentok ditiup angin petang. Kaki mula melangkah ke tepi beranda. Mata terpejam. Udara dihirup masuk ke peparu.

Tertulis Di Tangan TakdirWhere stories live. Discover now