BAB 18

12.1K 410 8
                                    

KETIKA Tengku Fahd sedang menutup pintu BMW M760Li berwarna hitam miliknya berpaling kebelakang kerana dengan tiba-tiba bahunya disentuh dari belakang. Tengku Fahd pantas berpaling.

"Hai," tegur Firyal dengan senyumannya manis

"Heii..." sambutnya juga ikut tersenyum.

"Pergi mana?" Tengku Fahd menyoal ingin tahu.

"Tak kemana, lepak dekat taman ibu," juih Firyal ke arah taman yang dipenuhi dengan bunga mawar milik Puan Sri Laila Serina.

"Tunggu I ke?" soal Tengku Fahd sambil berlalu ke sebelah pintu belakang.

Tube panjang dikeluarkan bersama komputer riba dan beberapa fail.

"Hmm-mmm..." geleng Firyal.

Firyal cuba membantu dengan menghulurkan tangannya untuk menyambut tube dan komputer riba suaminya. Tube suaminya digalas dan beg computer riba dibimbit di tangannya.

"Tunggu prince charming datang meminang," gurau Firyal.

Mendengar itu terus bulat mata Tengku Fahd.

"Ok lepas ni I tak akan bagi you keluar dah, you duduk aje dalam bilik jangan keluar," bebaur arahan suara Tengku Fahd.

Firyal ketawa. "Gurau ajelah, tunggu you lah. Fir ni dah kahwin, kalau ada yang berani datang jugak you baling tube yang dah macam bazooka ni atas muka dia..." seloroh Firyal.

Tengku Fahd juga ketawa. Beg komputer di tangan Firyal diambil semula. Kasihan melihat isterinya terpaksa membimbit beg yang berat itu. Isterinya itu sudahlah kecil.

"You panggil tube I bazooka? Bazooka lagi berat okay," ketawa Tengku Fahd.

"Apa betulah!" Tube yang dipanggil bazooka itu diletakkan di atas bahu kemudian berpura-pura bahawa itu adalah betul-betul bazooka.

Tengku Fahd yang melihatnya terus meletus lagi ketawanya.

"Stop it, Firyal," getusnya sambil menarik tangan Firyal untuk masuk ke dalam rumah.

FIRYAL hanya memerhati dari atas katil. Melihat Tengku Fahd yang sedang melakukan solat isya' sambil sedang duduk bersila di atas katil.

Firyal diam memerhati sehingglah Tengku Fahd usai mengucap salam ke kanan dan mengucap salam ke kiri. Akhir sekali, Tengku Fahd mengangkat tangan kanannya dan terus menyapu wajahnya.

"Kenapa?" Tengku Fahd sedar diperhatikan terus berpaling dan bertanya,

Firyal tersentak. Dia pantas menggeleng. Dia mengisyaratkan supaya Tengku Fahd meneruskan urusannya yang belum lagi selesai.

Tengku Fahd membetulkan duduknya. Kedua belah tangan diangkat dan berdoa. Alunan Tengku Fahd ketika membacaayat-ayat suci al-Quran terasa begitu mendamaikan hati dan perasaan meskipun Firyal tidak memahaminya. Suara Tengku Fahd buat hat Firyal luluh. Betapa jauhnya dia dengan Allah swt selama ini.

Ketika Tengku Fahd selesai mengaminkan doa, dia segera berpaling ke arah Firyal di atas katil. Menyorot Firyal dengan pandangan hairan.

"Dari tadi you ashik pandang I, kenapa?"

Tergamam Firyal dibuatnya. Secara automatiknya Firyal terus berpura-pura mengadap siling. Memandang kipas berpusing.

"Kenapa?" soalnya lagi. Kali ini sudah pun berada di sebelah Firyal. Di atas katil dengan masih ada sejadah di tangannya dan songkok hitam di kepalanya.

"Tak ada..." geleng Firyal.

Tengku Fahd senyum dan mahu berlalu menyimpan sejadahnya.

"Ad! Err..." halang Firyal.

Tertulis Di Tangan TakdirWhere stories live. Discover now