Chapter 1

38 2 3
                                    

@ @ @
Poster Iklan kelab photograpy yang ditampal di papan kenyataan sekolah ditenung lama. Entah kenapa poster itu menarik perhatian Hae Na. Senyuman kecil terukir di sudut bibirnya. Macam seronok je kelab ni. Desis hati Hae Na.
"Hya! Mwohaneun geoya?" tegur Ji Hyun sambil memukul lengan Hae Na membuyarkan lamunan Hae Na. Hae Na hanya menggeleng perlahan. Senyuman di wajahnya masih lagi dikekalkan.
Ji Hyun baru sahaja selesai berurusan dengan guru kelas mereka memandangkan banyak lagi perkara yang masih lagi tidak diselesaikan. Iyalah, mereka merupakan pelajar tahun satu di High School. Mestilah banyak benda yang nak kena buat.
"Photography Club? Macam bosan je. Jom lah masuk kelas." ajak Ji Hyun sebelum dia melangkah pergi. Hae Na memandang Ji Hyun dengan pandangan hairan. Bosan dia cakap? Ah, lantaklah. Taste dia lain dengan taste aku. Hae Na mengikuti langkah Ji Hyun.
"Aku rasa aku nak join lah kelab tu..." kata Hae Na tiba-tiba.
"Serious lah kau ni? Aku dengar kelab tu dah nak ditutup disebabkan kekurangan ahli." Ji Hyun memandang Hae Na dengan pandangan bosan.
"Keurae? Tapi apa salahnya mencuba? Lagi pun, sedara aku suka tangkap gambar dan aku dengar dia masuk kelab photography juga dekat sekolah dia." Kata Hae Na dengan gembira.
Ji Hyun mengeluh perlahan. "Okay... suka hati kau lah, nanti jangan pulak kau nak mengadu dekat aku pasal kelab tu." Kata Ji Hyun perlahan. Walaupun dia tahu yang Hae Na pasti tidak akan berbuat seperti itu.
Sepanjang perkenalannya dengan Hae Na, dia tidak pernah melihat Hae Na merungut ataupun bersedih dengan sesuatu perkara. Hae Na akan cuba sedaya upaya dia untuk menghiburkan hatinya dan juga orang lain.

~ ~ ~
Hae Na berdiri di hadapan pintu kelab photography itu dengan keluhan kecil. Bilik kelab itu agak kecil dan usang kerana bangunan yang digunakan adalah bangunan lama. Hae Na ragu-ragu sewaktu perjalanannya ke sini. Dia terus sahaja mencari kelab ini sebaik sahaja tamat sesi pembelajaran untuk hari itu.
"Aku nak keluar ambil angin kejap..." kedengaran suara orang daripada dalam bilik tersebut dan dengan tiba-tiba pintu bilik itu terbuka dan Hae Na terkejut apabila melihat gerangan yang membuka pintu tersebut.
"Jae Ha unnie?"
"Hae Na?"
"Jae Ha-ya? Waegeurae?" tegur So Hyun, yang merupakan Naib Pengerusi kelab tersebut.
"Ani... kau buat apa dekat sini?" tanya Jae Ha tidak percaya.
"Haha... saya tak bagi tahu unnie ya yang saya dapat masuk sekolah ni?" Hae Na memberikan senyuman paksa.

"Jadi, kau dengan dia sedara?" tanya Won Hong sambil memerhatikan Hae Na yang sedang duduk itu dengan pandangan tidak puas hati. Dia memerhatikan Hae Na daripada atas hingga bawah. "Tapi kenapa dia sangat lain dengan kau?" Won Hong memandang Jae Ha dengan pandangan bosan.
Jae Ha memberikan pandangan membunuh kepada Won Hong. Lelaki ni, suka sangat cari pasal.
"Diorang Cuma sedara je, bukan adik beradik." Tegur Jin Goo.
"Jadinya... kau datang sini untuk daftar masuk dekat kelab ni ke?" tanya So Hyun. Malas dia mahu melayan manusia tu semua. Daripada dia melayan, lebih baik dia cuba menarik pelajar baru ni untuk masuk kedalam kelab ni.
"Ya... saya ternampak iklan yang ditampal dekat papan kenyataan dekat luar bilik guru tu, dan... saya bercadang nak masuk kelab ni. Lagi pun, Jae Ha unnie ada bagi tahu saya yang dia masuk kelab photography dekat sekolah dia. Saya tak tahu pulak yang dia sekolah dekat sini..." perlahan sahaja suara Hae Na. Dia agak takut kerana semua di situ memandang kearahnya.
Dan kali ini, giliran Jae Ha pula menjadi perhatian. Jae Ha mengeluh perlahan.
"Aku sibuk sangat sampai aku tak ada masa nak bagi tahu dia. Korang sendirikan tahu, hidup pelajar tahun pertama?" terang Jae Ha.
"Ah..." mereka bertiga menganggukkan kepala mereka sebagai tanda faham.
"Kalau macam tu, isi borang ni dan serahkan dekat saya ataupun Jin Goo, besok." So Hyun menyerahkan borang pendaftaran kepada Hae Na. "Dan untuk perkenalan, aku Kim So Hyun. Naib pengerusi kelab ni. Kami berdua pelajar tahun akhir. Dan ini, Yeo Jin Goo. Dia Pengerusi kelab ni. Dan itu, Eun Jae Ha dan Choi Won Hong. Mereka berdua pelajar tahun 2." So Hyun mengenalkan diri mereka semua kepada Hae Na.
"Err... memang ini je ke ahli kelab ni?" tanya Hae Na sambil memerhatikan wajah mereka semua satu persatu.
"Ah... ada lagi..." kata Jae Ha. Belum sempat dia mahu menghabiskan ayatnya, pintu kelab tersebut terbuka secara tiba-tiba membuatkan mereka semua terkejut.
Kelihatan seorang lelaki berdiri di muka pintu. Dia agak tinggi dan badannya kelihatan agak kurus. Wajahnya juga kelihatan agak dingin membuatkan Hae Na terkedu. Walaupun wajahnya kelihatan agak dingin, dia agak handsome.
"Ya... dia... Bae Jin Young, pelajar tahun dua... dia juga ahli kelab ni." Kata So Hyun dengan senyuman.
"Mian, aku ada hal tadi." Kata Jin Young dengan nada suara yang agak dingin. Hae Na memerhati sahaja gerak geri Jin Young.
"Tak apa, asalkan kau datang." Kata Won Hong sambil menepuk perlahan bahu Jin Young.
"Dia baru je daftar tahun ni, jadi... kiranya, korang berdua ni penyelamat kelab ni daripada dibubarkan." Terang So Hyun.
"Eh? Jadi betul lah yang kelab ni akan dibubarkan sebab tak cukup ahli?" tanya Hae Na.
"Ya... disebabkan ramai yang tak minat dalam bidang photographer jadi agak susah untuk dapatkan ahli. Dan kebanyakannya berminat untuk masuk kelab tarian, teater, muzik moden dan vocal. Kelab astronomy, biology, dan yang lain-lain tu pun lagi ok daripada kelab ni." Keluh So Hyun.
"Kelab ni pun dapat survive disebabkan kelab ni berkerjasama dengan semua kelab, tapi... disebabkan kelab ni kurang ahli, susah untuk selesaikan projek yang ada jadi kami terpaksa tolak semua aktiviti yang ditawarkan." Sambung Jin Goo.
"Its worse. Aku tak faham kenapa diorang terlalu bengap untuk tak masuk dalam kelab ni." Kata Jae Ha perlahan. Dia betul-betul tidak puas hati dengan perkara tersebut.
"Limit minimum untuk sesuatu kelab berapa orang?" tanya Hae Na.
"5... sekurang-kurangnya lima orang. Dan korang berdua betul-betul selamatkan kelab ni. Pengetua dah bagi amaran dekat kami untuk cari orang dan kalau tak dapat ahli lebih daripada 5... kelab ni akan dibubarkan." Kata So Hyun sambil memeluk lengan Hae Na dengan perasaan gembira.
"Ah... kalau macam tu. Saya akan berusaha yang terbaik untuk membantu kelab ni." Kata Hae Na dengan penuh semangat. So Hyun dan Jin Goo tertawa melihat reaksi yang diberikan Hae Na.
"Cuba kau jadi cute macam dia." Bisik Won Hong pada Jae Ha dan akhirnya dia hanya mendapat pukulan percuma di kepalanya. Dia memandang Jae Ha dengan pandangan tidak puas hati.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 18, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

You're My First LoveWhere stories live. Discover now