"Hei bangun.. Abah datang tu.."-kejut Zahiem sambil menggosok kepala isterinya lembut. Ikhlas tau!
"Hah? Eh! Kenapa awak bangun ni?"-kata Ayuni kalut-kalut selepas terjaga daripada tidur.
"Aku bukan patah kaki pun tak boleh nak bangun! Tu abah mama datang."-sinis Zahiem perlahan sambil menarik tangan isterinya ke bangun duduk.
"Ma abah sorry, tertidur. Lama dah ka sampai?"-tanya Ayuni sambil membetulkan tudung.
"Baru ja. Semalam tak tidur ka?"-tanya mama pula.
"Tidur, tapi tak lena. Abang dok mengigau. Teringat awek agaknya."-balas Ayuni selamba.
"Allah! Adoi sakit!"-keluh Ayuni selepas kena cubitan Zahiem. Sebenarnya dia tidak sedar akan kata-katanya tadi. Maklumlah baru lepas bangun tidur. Mama dan abah kelihatan terkejut dengan statement anak mereka tadi terus menjeling tajam ke arah Ayuni.
"Lah, betullah. Awek abang tu moto dia lah ma. Tak payah la serius sangat. Abang duk mengigau tanya moto dia mana."-bohong Ayuni. Mama dan abah masih menunjukkan riak tak puas hati. Mereka kenal anak perempuan mereka.
"Tak percaya sudah."-balas Ayuni selamba sambil bangun ke bilik air.
Lama juga dia berkurung dalam bilik air. Malas mahu bersoal jawab dengan mama dan abahnya. Pasti ada lagi soalan yang akan ditanya.
"Berak taik keras ke? Keluar lah, diorang dah balik."-perli Zahiem dari luar bilik air. Sebaik sahaja Zahiem sudah bercakap, Ayuni terus keluar. Panasnya di dalam bilik air tu, dia sahaja tahu.
"Puas bakar lemak? Hahaha lagipun ada lagi ke lemak?"-tanya Zahiem sambil gelak.
"Diam lah. Kalau tak saya balik!"-ugut Ayuni. Zahiem terus diam sambil bermain telefonnya. Kemudian Zahiem bercakap lagi.
"Kau tak pergi cafe ke? Dah lama kan kau tak pergi? Aku ok je kat sini, kau takyah risau. Lagipun Aniza cakap nak datang japgi."-kata Zahiem biasa. Ayuni tersentak dengan ayat terakhir yang keluar dari mulut suaminya. Aniza datang? Fuh cepat berita sampai...
Ayuni terus mengambil beg tangannya dan terus ke pintu tanpa berkata satu patah perkataan pun. Hatinya tergores lagi. Aku siapa? Tanya dia dalam hati.
"Aku silap cakap ke? Ke aku tercakap kasar? Eh, mana ada!"-rungut Zahiem sendiri.
Kemudian pintunya dikuak semula. Zahiem baru tersenyum kerana dia ingat isterinya patah balik, tapi sebaliknya Aniza yang muncul.
"Hai Zahiem... Macam mana boleh demam ni? Panas lagi ni badan awak.. Dah makan ubat ke belum? Macam mana boleh ada kat sini?"-tanya Aniza kalut sambil menyentuh dahi Zahiem.
Kebetulan Ayuni juga mahu menyerahkan kunci kereta Zahiem kepada suaminya. Dia sudah menghubungi Nina dan meminta Nina menjemputnya di KMC kerana dia ingin mengambil kereta kesayangannya kembali di rumah mak Nina. Sampai di hadapan bilik suaminya, dia terus membuka pintu. Luluh hatinya sebagai seorang isteri tidak dipamerkan malah tersenyum palsu.
"Eh sorry encik Zahiem, saya nak pulangkan kunci kereta encik sahaja. Mungkin saya tak sempat melawat encik dah lepas ni. Deposit saya dah selesaikan, selebihnya encik boleh bayar selepas encik discharge. Saya minta diri dulu, encik. Dan Inspektor Aniza. "-kata Ayuni terus tanpa belok kiri kanan.
Belum sempat Ayuni pusing ke belakang, Inspektor Aniza terus menahan Ayuni.
"Wait! Kenapa awak selalu sangat terserempak dengan dia? Korang ada apa-apa hubungan ke? Zahiem, you better dont!"-ujar Inspektor Aniza tegas.
YOU ARE READING
CRUSH ON WECHAT [MALAY]
Romance[CRUSH ON WECHAT] [ON GOING] "Kau yang jadi bini aku?" "Asal kau setuju?" "Tak sedar diri ke kau layak ke tak dengan aku?" "Asal kau tak tolak kalau kau tahu aku yang jadi laki kau?" "Aku nak kau tahu yang aku tak pernah langsung anggap kau isteri a...