BAB 24

297 13 0
                                    

Tok! Tok!

"Ya masuk."-kata Ayuni selepas mendengar ketukkan tadi.

"Bos, bos takmau balik lagi ka? Nak tutup dah ni.."-kata Ridhani.

"Hah? Sekarang pukul berapa?"-tanya Ayuni terkejut. Ya Allah aku betul-betul tak perasan. 

"Lahhh dah pukul 10 boss.. Kami ingat boss sengaja nak balik lambat sebab lama tak masuk office.."-balas Ridhani.

"Haha yang tu pun betul jugak.. Rindu sangat dengan tempat saya ni. Lagipun saya tengah kemaskini akaun cafe ni. Tengah teliti dan edit-edit sampai tak perasan. Awak tunggu kejap saya nak kemas. Jangan tinggal saya, saya penakut sikit."-jelas Ayuni tergelak kecil.

"Ye boss. Jangan risau! Kat belakang tu ada Shafiq, Shukri, Fawwas dengan Ain lagi boss. Satgi kami teman boss sampai kereta."-balas Ridhani. Dia terus berlalu mendapatkan kawan-kawannya selepas melihat anggukkan daripada Ayuni.

Ayuni mengemas barangnya kalut-kalut dan bila dia mengambil telefonnya dia terus menampar dahinya.

"Ya allah, ni lah punca aku tak sedar diri! Aku off phone! Ni semua Zahiem punya pasal!"-marah Ayuni sendiri lalu mencapai beg tangan dan menutup suis-suis di dalam pejabatnya. Jimat lektrik oi!

"Terima kasih tau guys teman saya ni.. Balik lewat pulak korang malam ni. And thank you jugak panggil saya tadi."-ucap Ayuni kepada staffnya lalu dibalas dengan kata-kata yang lawak oleh staffnya. Selepas dia masuk kereta barulah staffnya ke kenderaan masing-masing.

Tiba-tiba telefonnya berdering.. Gigih dia mencari earphonenya tapi tiada. Dia terus menjawab. Minta-mintalah takda polis.

"Hello ye babe!"-kata Ayuni.

"Lepas rindu sampai off telefon nampak? Tahu tak ramai orang cari kau.. Tengoklah berapa puluh misscalled kau dapat."-perli Nina. Memang banyak mesej daripada Celcom yang menyatakan ada misscalled dan semua daripada Nina. Nina je lah risaukan aku, suami aku?

"Ye aku tahu. Tadi aku taknak orang ganggu aku sebab aku tengah check account, sebab tu aku off. Eh babe, japgi lah aku call hang balik. Aku nak drive-thru ni..."-balas Ayuni. Nina yang setuju terus meletakkan telefon. 

Setelah selesai membeli McD, Ayuni terus memandu keretanya ke KMC. Dia sampai di bilik Zahiem tepat pukul 10.47 malam. Tak tahu nak doa dia tidur ke tak. Kalau doa dia tidur sapa nak makan makanan ni? Kalau jaga mesti berperang... Hmmm... Akhirnya Ayuni masuk juga dan Zahiem sedang berbual di telefonnya. Zahiem yang sedang ralit berbual dengan Aniza di telefon meminta diri apabila melihat isterinya masuk dan meletakkan bungkusan yang dipesan tadi.

"Datang juga kau ye! Aku ingat nak jadi isteri derhaka dah tadi."-sinis Zahiem sambil bermain dengan telefonnya. Nak telefon aku bukan main susah, chat je. Ayuni cuma diam lalu membuka tudung untuk mengambil air sembahyang. Dia ingin tumpang solat isyak di situ sebelum pulang. Zahiem juga terdiam selepas tidak dapat respon daripada isterinya tadi.

Selesai solat isyak, Ayuni bangun memakai tudungnya kembali ringkas. Kemudian mencapai beg tangannya dan Iphone 7Plusnya di atas meja.

"Kau nak kemana pula?"-tanya Zahiem tegas.

"Nak balik esok saya kerja!"-balas Ayuni.

"Sape suruh kau balik? Sapa nak teman aku malam ni?"-tanya Zahiem.

"Haha izinkan saya balik dan saya izinkan bakal isteri awak jaga awak malam ni. Call lah dia suruh datang teman."-balas Ayuni selamba lalu ke pintu bilik.

Zahiem yang sedang duduk di atas katil berlari mendapatkan isterinya sebelum dia keluar. 

"Aduh! Ishh! Sakitlah!! Nak tarik-tarik ni dah kenapa!!"-marah Ayuni sambil mengadu sakit. Dia terlupa dia perlu menyembunyikan tangannya dari pengetahuan sesiapa. Gigih dia menukar bajunya tadi ke T-shirt lengan panjang supaya suaminya tak perasan.

CRUSH ON WECHAT [MALAY]Where stories live. Discover now