BAB 25

283 12 0
                                    

Ayuni sampai di cafenya tepat pukul 10.26 pagi. Kali ni dia lebih berhati-hati apabila mahu keluar daripada kereta. Dia juga memakir keretanya hadapan cafe. Masuk sahaja dia ke dalam,  semua staffnya memuji Ayuni yang kelihatan berseri-seri. Mahu taknya. Rasa berbunga-bunganya tadi belum hilang. Selepas bergurau senda bersama pekerjanya, dia terus masuk kedalam pejabat dan meletakkan beg tangannya. Kemudian dia keluar ke cashier dengan memegang Iphonenya. Niatnya ingin membantu staff-staffnya bekerja. Apa salahnya sekali sekala turun padang.

"Amri, biar saya jaga cashier harini. Awak boleh pantau pekerja yang lain ye."-suruh Ayuni.

"Baik boss!"-balas Amri tergelak kecil.

Sambil menunggu pelanggan datang, Ayuni menyemak apa yang patut di kaunter tersebut. Kaunter tersebut diuru sepenuhnya oleh Amri dan Ridhani. Jika Amri terpaksa balik awal atau ada kerja, Ridhani adalah orang yang ditugaskan untuk menjaga kaunter dan merekodkan segala benda.

"Boss, ada customer cari boss."-panggil Ilya.

"Sapa Ilya? Saya kenal ke?"-tanya Ayuni.

"Tak tahu la boss. Macam suami isteri je boss."-jawab Ilya.

Erk? Sapa pulak? Takkan both parents aku pula?

"Ok, nanti saya pergi. Awak sambung kerja. And tolong panggilkan Amri tengok kaunter. Thank you."-pesan Ayuni sambil tersenyum.

Ayuni terus mengemas meja kaunter dan mencapai Iphonenya lalu terus ke meja pelanggan yang memanggilnya. Dari belakang dia perasankan ada sesuatu tidak kena. Sampai sahaja di meja pelanggan tersebut, Ayuni betul-betul terkejut. Zahiem dan Aniza. Bila dia sedar, dia cuba berlagak profesional.

"Ye encik Zahiem, Inspektor Aniza. Ada apa saya boleh bantu?"-tanya Ayuni suaranya dikawal. Perasaannya bercampur aduk.

"Duduk dulu."-ajak Zahiem.

"Takpa, saya berdiri sahaja."-balas Ayuni tanpa memandang Zahiem. Sungguh dia tidak kuat.

"Okay macam ni Puan Ayuni, saya dah tahu cerita tentang apa yang Inspektor Aniza telah buat pada awak."-kata Zahiem jelas.

"So?"-balas Ayuni selamba.

"Kitaorang datang sini nak minta maaf dan......"-belum sempat Zahiem habiskan kata-katanya Ayuni memotong.

"Minta maaf dan apa? Dan aku tarik balik report aku? Haha jangan mimpi lah. I wont!"-balas Ayuni tegas tapi masih dikawal supaya tidak kedengaran oleh pelanggan lain serta pekerjanya. Tiada lagi awak saya. 

"Tolonglah Puan.. Saya betul-betul minta maaf atas tindakan saya semalam. Saya tak tahu yang puan dah berkahwin. Saya tak sanggup dibuang kerja puan... Tolonglah..."-rayu Aniza.

"Hahaha senang kau minta maaf.. Semalam kau tarik tudung aku, kau tolak aku.. Ni tangan ni, berbalut lagi.. Ada kau fikir kau nak maafkan aku? Dengar penjelasan aku? Memang, memang aku dah kahwin. Tapi bila kau tahu dengan siapa aku kahwin, kau akan lebih sakit!"-balas Ayuni. Zahiem tersentak dengan kata-kata Ayuni walaupun dia bersedia untuk memberitahu Aniza perkara yang sebenar.

"Siapa suami awak?"-tanya Aniza teresak-esak.

"Babe, asal ni?"-serbu Nina.

"Takde apa lah. Dont worry. Hang masuk dulu biar aku sette jap."-suruh Ayuni.

Nina menjeling tajam tanda amaran kepada Zahiem sebelum dia berlalu ke belakang cafe tersebut.

"Ayuni, macam ni lah. Apa yang Aniza perlu buat supaya awak dapat maafkan dia dan tarik balik police report tu?"-tanya Zahiem.

"Mudah je. Dia perlu tinggalkan kau, dan tak ganggu kau lagi. Aku sendiri akan pergi settle semua ni."-balas Ayuni kasar. Juga tiada awak saya. Sampai macam tu sekali hang bela dia. Dia siapa, aku siapa?

"Kenapa pula?!"-tanya Aniza terkejut.

"Keputusan kat tangan kau! Kau pilih nak masuk dalam, hilang kerja tu memang dah, atau kau nak tinggalkan dia ni!"-balas Ayuni.

"Ok Ayuni, bagi kami masa untuk berfikir dulu. InshaaAllah nanti dah ada keputusan, kami akan berjumpa dengan awak semula."-ujar Zahiem serius. Dia kasihan melihat Aniza menagih simpati daripada Ayuni, isterinya sendiri. Bertapa kejamnya dia. Ya, haritu dia berjanji bahawa dia tidak akan melepaskan Aniza kerana membuat isterinya sakit, tetapi lepas mendapat penjelasan daripada Aniza, dia rasa Aniza tidak bersalah.

"Ok, takda masalah. Tapi kalau kau betul-betul polis, kau takkan dengar satu pihak je tanpa bukti. And kau jangan menyesal dengan keputusan kau!"-pesan Ayuni tegas sambil berlalu. 

Zahiem dan Aniza keluar daripada cafe Ayuni dengan hati yang berat. Aniza hanya diberikan peluang beberapa hari untuk membuktikan yang dia tak bersalah. Zahiem pula amat kasihan terhadap Aniza. Dia anak sulung daripada enam beradik. Ibu bapanya sudah tidak bekerja malah hanya mengharapkan wang gaji Aniza dan jika Aniza tidak bekerja, macam mana dengan keluarganya? Nasiblah gajinya juga lumayan. Zahiem juga tidak sangka yang Ayuni akan berkeras seperti demikian. Tiada hati perut ka dia?

Zahiem menghantar Aniza sampai di keretanya sahaja kerana dia masih mempunyai saki-baki cuti sakitnya yang tidak pernah digunakkan dan dia berjanji akan mengunakan peluang ini untuk berbaik dengan isterinya. Tinggal lagi 3 hari sahaja. Ya Allah kau permudahkanlah.

"Awak balik lah dulu, rehat. InshaaAllah saya tolong selesaikan masalah awak ni. Hati-hati drive. Focus."-pesan Zahiem. Aniza hanya mengangguk lalu masuk ke dalam perut kereta.

Selepas kereta Aniza berlalu, Zahiem kembali ke cafe isterinya. Dia terus masuk ke kaunter dan bertanya kepada seorang lelaki. 

"Aaa dik, saya nak jumpa dengan Puan Ayuni ada?"-tanya Zahiem.

"Cik Ayuni adalah. Boss kitaorang single lagi."-balas Amri selamba. Tapi bukan lelaki ni ke yang tolong selamatkan boss haritu? Ke pelanduk dua serupa..

"Aaa ah betul lah tu.. Dia ada kan? Tadi saya baru jumpa dia."-balas Zahiem terus. Cik? Kau masih sembunyikan status kita ke Ayuni?

"Kejap ye saya panggilkan dia. By the way, encik kan yang selamatkan boss dulu?"-tanya Amri.

"Ya saya."-balas Zahiem tersenyum. Kemudian Amri meminta diri untuk memanggil bossnya.

"Boss, ada orang nak jumpa boss lagi.. Polis yang selamatkan boss dulu tu."-kata Amri selepas dibenarkan masuk. 

"Dia nak apa lagi ni ish! Takpe Amri, awak keluar dulu."-kata Ayuni geram.

"Takpe, biar aku ajar dia!"-marah Nina terlalu sakit hati dengan tindakan Aniza terhadap sahabat baiknya.

"Ok cool and relax. Kita tak boleh serang dia. Ni cafe, be profesional."-pesan Ayuni.

"Eee kau ni kan!"-marah Nina sambil bangun ke pintu pejabat Ayuni. Ayuni juga tergelak kecil lalu mengekori Nina.

Zahiem yang melihat kedatangan mereka berdua cuba berlagak gentleman.

"Ye encik Zahiem. Ada apa-apa lagi saya boleh bantu?"-tanya Ayuni selamba.

"Aku nak kau ikut aku sekarang."-ajak Zahiem kasar.

"Haha kau ingat aku nak lepaskan dia lepas apa bakal bini kau yang gila tu buat dekat dia?"-ejek Nina.

"Mind your own business! Kau nak berjalan sendiri atau kau nak aku angkat kau?"-ugut Zahiem tegas. Ayuni sudah kecut perut melihat Zahiem ketika itu. Ganasnya. Terkulat-kulat muka Nina bila kena sound dengan Zahiem. 

"Dekat sini tak boleh ke? Dalam office ke? Just two of us."-tanya Ayuni gagap.

"Kau memang tak faham bahase ke?"-balas Zahiem. Ayuni menghentak kakinya menuju ke pejabatnya untuk mengambil beg tangan dan Iphonenya. Zahiem tersenyum kecil apabila melihat reaksi dua orang perempuan di depannya. Tahu takut!





CRUSH ON WECHAT [MALAY]Where stories live. Discover now