BAB 26

392 21 0
                                    

"Kalau awak bawak saya makan-makan macam untuk saya maafkan girlfriend awak dan tarik balik police report tu, awak silap. Saya minta maaf, saya akan teruskan jug kes ni. Saya pun dah minta Nina uruskan lawyer untuk saya."-kata Ayuni memecah kesunyian antara mereka. Dia tidak tahu tujuan apa Zahiem membawanya ke KFC dan memesan makanan kegemarannya pula. Dah lah diam macam orang bisu daripada keluar cafe sampai sekarang. Baik kalau kau taknak mulakan biar aku mulakan!

"Sape cakap aku nak kau tarik balik police report tu? Kau boleh teruskan kalau kau takda hati perut. Aku tak kisah."-balas Zahiem sambil meratah ayamnya.

"Eh ada suara? Boleh cakap? Hahaha ingatkan bisu!"-perli Ayuni. Zahiem mengecilkan matanya memandang Ayuni. Boleh tahan loyar buruk bini aku ni.

"Nah, awak tengok rakaman ni. Kalau awak masih cakap saya takda hati perut, saya akan tarik balik police report tu. On the spot."-sambung Ayuni selepas tergelak kecil. Kalau dia masih nak mempertahankan Aniza, memang aku bukan siapa-siapa bagi dia dan aku akan pergi.

Hati Zahiem menjadi sakit apabila melihat rakaman tersebut tapi dia cuba berlagak biasa. Dalam hatinya sudah menyumpah seranah kepada Aniza kerana membuat isterinya bergitu. 

"Kena macam ni pun kau buat report?"-tanya Zahiem selamba. Hatinya sakit sangat tapi demi menyelamatkan masa depan Aniza, dia minta maaf.

"What? Wow....."-balas Ayuni. Ketara dari riaknya terkejut. 

"Apa? Betul apa, kau baru kena macam ni pun kau dah buat report?"-balas Zahiem mengawal suaranya. Dia tak sanggup melihat muka isterinya menahan sebak.

"Report atau tak, tu hak aku. Sebab benda ni jadi dekat aku. Cuba kalau jadi dekat adik-adik kau? Apa kau buat? Oh lupa, kau polis. Sekali petik je masalah selesai. Baik, macam aku janjikan, aku akan settlekan masalah ni on the spot right. Wait!"-balas Ayuni mendatar lalu mencapai telefonnya dan menghubungi Inspektor Haziq merangkap sepupu kesayangannya.

"Hello assalamualaikum abang, where are you?"-tanya Ayuni.

"Ok nice, boleh tak abang datang kat KFC Limbong Kapal? Dekat je dengan tempat abang ni.."-tanya Ayuni lagi selepas mendapat pembalasan daripada sepupunya.

"Ya ok, I'll wait for you, bye take care.."-balas Ayuni. Zahiem beriak biasa padahal dalam hatinya hanya Allah yang tahu.

Selepas Ayuni menamatkan panggilan, dia terus membuka aplikasi Facebook. Snack plate dan cheesy wedges di depannya tidak disentuh walaupun kedua-dua makanan itu kegemarannya. Dalam masa 15 minit, Haziq sampai.

"Hello dear! Makin cantik nampak! Mesti pakai Glow Glowing haha..."-puji Haziq sebelum menyapa Zahiem.

Zahiem mengangkat kepala selepas mendengar pujian tadi. Macam aku kenal suara ni!

"Hello bro! What a coincidence! Kau kenal mana awek aku ni?"-kata Haziq melawak, dia tahu Ayuni sudah berkahwin, tapi dia tidak pernah berjumpa dengan suami Ayuni walaupun mereka ada sepupu paling rapat.

"Dia wife aku bro.."-balas Zahiem selamba. Haziq yang tadinya tersenyum girang tiba-tiba menunjukkan riak terkejut. 

"Oh jadi kau lah husband dia? Mana kau masa dia tengah ...."-tanya Haziq tegas masih mengengam tangan Zahiem. Ayuni yang melihat keadaan menjadi tegang terus menarik Haziq untuk duduk. 

"Abang, better dont! Yuni minta abang datang sini nak settlekan kes ni.. Abang dah janji nak handle kes ni kan? Inspektor Aniza adalah girlfriend Inspektor Zahiem. So, Yuni ada bagi dia tengok rakaman cctv di tempat kejadian dan Yuni berjanji akan tarik balik kes ni kalau dia cakap Yuni masih takda hati perut what so ever, tapi Inspektor Zahiem tanya Yuni semula "kena macam ni pun nak report" so means bagi dia Yuni still bersalah kerana report, right? So, Yuni panggil abang datang untuk selesaikan masalah ni on the spot. Yuni tarik balik laporan Yuni."-jelas Ayuni panjang kemudian dia mencari semula laporan di dalam beg tangannya lalu mengoyak laporan tersebut di hadapat mereka berdua.

CRUSH ON WECHAT [MALAY]Where stories live. Discover now