Assalamualaikum
Orang kata, kalau Allah tarik nyawa dia, maknanya Allah sayang dia. Sebabkan saya belum ditarik nyawa lagi, maknanya Allah tak sayang saya la?
Ehem! Ni tadi BTS_KookiesMochi(author nyer soalan) punya soalan..saja bagi soalan kat kaum kerabat iaitu eri_rara, sebelum dia berangkat ke Kelantan nanti.... dia cakap,
"Sekiranya Allah belum menarik lagi nyawa kita, maksudnya masih ada dosa kita yang belum dihapuskan,"-eri_rara
"Jadi, apa kena buat?" -BTS_KookiesMochi.
"Kita taubat lah. Jangan sekali, biarlah berkali kali. Lagipun, sekiranya masanya sudah sampai, Allah tariklah nyawa kita," -eri_rara.
Dan juga, jangan lupa. Allah masih sayangkan kita, dia mahu kita merasai lagi nikmat dan berasa syukur padanya sementara kita masih hidup. Jadi bersyukurlah sementara masa masih ada.
Jangan lah dibazirkan masa yang ada. Gunakan sebaik mungkin.
Assalamualaikum.