Di rooftop, Jin duduk bersendirian. Sahabat-sahabatnya yang lain semua buat aktiviti masing-masing.
Jin mendail nombor seseorang di phonenya. Kemudian dia rapatkan phone itu ke telingannya.
"Hello?" Jin.
"Hello, Jin. Ada apa? Eomma busy ni." Kata Puan Kim.
Jin terdiam. "Ermm eomma busy? Ermm tak apa lah. Lain kali kalau eomma tak busy, Jin call eomma lagi. Sorry ganggu." Kata Jin pilu.
"Hermm ok."
"Eo...eomma!!" Panggil Jin.
"Apa lagi?" Tanya Puan Kim.
"Bogosipda!!! Saranghae!!!" Kata Jin. Dua ayat itu membuatkan Puan Kim terdiam seribu bahasa. Jin matikan panggilan itu.
Air matanya perlahan-lahan mengalir. Dia menundukkan kepalanya. Air mata tidak dapat ditahannya lagi.
"Kenapa kau suka memendam?" Tegur seseorang.
Jin tersentak. Dia pandang belakang. "Taehyung?"
Taehyung menghampiri Jin. Dia mengambil tempat disebelah Jin. Jin kembali tunduk.
Taehyung pandang Jin. "Kenapa kau tipu kitorang? Kenapa kau tipu diri kau sendiri?" Tanya Taehyung.
Jin pandang Taehyung. Dia kesat air matanya. "Apa maksud kau?" Tanya Jin pula.
"Air mata kau. Kenapa kau tipu kitorang and kenapa kau tipu diri kau sendiri?" Tanya Taehyung tanpa pandang.
"Aku tak faham lah. Please." Jin.
"Kenapa kau kena tipu kitorang?! Selamani kau nampak happy je depan kitorang!! Kau boleh ketawa depan kitorang!!! Kau nasihat kitorang semua!!! Kau bagi semangat kat kitorang semua!!! Kau selalu strugle untuk buat kitorang happy!!! Kau selalu usaha untuk buat kitorang ketawa!!! KENAPA KAU KENA TIPU KITORANG?!! KENAPA KAU SIMPAN RASA SAKIT KAU?! WAE?! WAE, JIN?!!" Marah Taehyung Tiba-tiba. Jin terkedu. Tak pernah sebelum ni Taehyung marah dia.
"Kenapa kau tipu kitorang?!! Kau dah buat aku rasa serba salah sekarang!! Kau buat aku rasa tak guna!!! Kau selalu ada time kitorang sedih!! Tapi kitorang?!! Kitorang tak pernah ada time kau sedih!!! Wae?!! Sebab kau tipu kitorang!!! Apa semua ni, Jin!!! Give me the reason now!!" Air mata Taehyung mengalir.
"A... a...aku tak minta simpati korang. Aku just nak korang happy. Korang kebahagiaan aku. Aku tak nak korang nampak lemah depan aku. Aku tak kisah kalau aku lemah, janji bukan korang yang lemah. Aku nak korang nampak aku kuat supaya korang pun kuat. Bagi aku, antara kita semua, aku lah abang korang. Even kita semua sebaya. Aku anggap korang adik aku. Kau bagitahu aku, abang mana nak tengok adik dia lemah." Terang Jin.
Taehyung terdiam. "Bagi aku, senyuman ialah air mata yang tak dapat dilihat. And air mata pula ialah kekuatan terakhir yang aku ada. Aku nak kita semua pegang benda ni. Kita semua senasib. Aku tak sanggup nak tengok korang sakit. Cukuplah sekali aku dah tengok Jungkook terlantar kat hospital haritu. Aku tak nak tengok lagi ada antara kita terima nasib macam tu lagi. Tolong... tolong lah. Aku tak nak tengok. Sebab tu aku tunjukkan yang aku ok je bila tak ada eomma and appa aku kat sisi aku. Aku nak jadi contoh terbaik untuk adik-adik aku. Tu je." Jelas Jin.
Taehyung pandang Jin. Pantas dia mendakap sahabatnya itu. Beberapa minit kemudian Taehyung leraikan pelukkan nya. "Aku pun sayang kau. Aku tak nak kau tanggung benda ni sorang-sorang. Kau adalah abang yang paling terbaik yang pernah aku jumpa. Kau dah banyak berkorban untuk kitorang. Terima kasih sebab jaga kitorang, Jin. Terima kasih sebab kau jadi eomma kitorang. Jasa kau ni memang kitorang tak kan lupa sampai bila-bila. Tapi tolong lah... tolonglah jangan tipu kitorang dan jangan tipu diri sendiri. Kalau kau rasa sakit sangat nak lalui benda ni, just tell us. Kitorang sentiasa ada untuk kau. Kitorang pun sayang kau. Sayang kau sangat-sangat. Kau just tunaikan permintaan aku ni je. Aku merayu dengan kau, jin. Tolong... tolong jujur dengan perasaan kau." Rayu Taehyung.
YOU ARE READING
BTS HIGH SCHOOL
FanfictionKisah kehidupan 7 orang sahabat yang berbeza. Sahabat yang sentiasa ada bila susah dan senang. Membantu antara satu sama lain. Salah seorang daripada mereka terpaksa berkerja Pada waktu malam untuk mencari duit tanpa pengetahuan sahabatnya yang lain...