➸9 | demam ◦•◉✿

137 21 19
                                    

●~●

[Author pov]

Keesokkan paginya, harin masih dibuai mimpi. Pintu biliknya ditolak dari luar dan muncul lah puan shin dengan menatang sedulang bubur, air suam dan ubat.

Dia menutup pintu dan berjalan perlahan menuju kearah harin. Dia meletakkan dulang itu diatas meja kecil bersebelahan katil.

Dia terpandang kaki harin yang berbalut akibat terpijak kaca malam tadi. Selimut dibetulkan agar menutupi seluruh badan harin.

Kemudian dia memandang pula wajah harin dan perasan mulut harin yang bergerak - gerak seperti mengatakan sesuatu.

Puan shin mendekatkan telinganya pada mulut harin. Serta merta dia membulatkan matanya. Puan shin mendekatkan kembali telinganya pada mulut harin kerana takut dia tersalah dengar.

Masih perkataan yang sama disebut olehnya iaitu...

"Baekhyun..."

"Baekhyun..."

"Baekhyun..."

Puan shin menjauhkan telinganya dan memandang wajah harin yang sedikit berpeluh. Tangan puan shin automatik naik ke dahi harin.

"Panasnya. Harin demam ni"

.

[Flashback last night]

Sebenarnya selepas kejadian malam itu, tuan dan puan shin kebetulan pulang awal kerana meeting mereka ditangguh.

Mereka terus ke bilik harin untuk memberi kejutan. Tapi apa yang mereka lihat ialah susana bilik harin yang bersepah.

Mereka melihat baekhyun sedang mengangkat harin ke atas katil lalu diselimutkannya. Baekhyun berjalan perlahan menuju kearah ex - boyfriend harin.

Puan shin meluru masuk kedalam bilik harin. Katil anak perempuannya dituju. Baekhyun sedikit terkejut dengan kehadiran tuannya.

"Apa yang jadi ni?" soal tuan shin.

Selepas baekhyun menceritakan semuanya pada tuan dan puan shin. Mereka menelefon polis dan kedua - dua lelaki itu dibawa ke hospital dan di jaga ketat disana.

Baekhyun masih berada di dalam bilik itu untuk membersihkan luka pada kaki harin dan mulut harin.

Bibir harin yang berwarna ungu kebiruan itu diletakkan antiseptik dan darahnya dilap menggunakan tuala basah. Harin tidak sedar kerana dia pengsan masa tu.

Selesai membalut kaki harin, baekhyun duduk di birai katil sambil melihat wajah harin sekilas, kemudian dia keluar dari bilik itu.

[End flashback]

.

Puan shin berlari anak menuju ke bilik baekhyun. Puan shin mengetuk pintu itu beberapa kali. Dirinya amat risau amat risau akan anak tunggalnya itu.

Ibu mana yang mahu melihat anaknya sakit?

Selang beberapa saat baekhyun membuka pintu biliknya dan tersenyum memandang puan shin.

"Ya. Ada apa puan?"

"Harin demam. Saya nak kamu yang jaga dia"

Kedua – dua kening baekhyun terjungkit tidak percaya.

"Tapi kenapa saya? Kenapa tak upah nurse yang ja..."

"Dia sebut nama kamu banyak kali"

Baekhyun terkejut lagi dengan kata - kata puan shin.

C ; My Bodyguard | BBH ✨Where stories live. Discover now