"Kenapa awak nak lakukan semua ni?" Tanya lelaki itu. Dia menangis buat kali yang pertama hanya kerana cinta. Wanita yang berada di sebelahnya hanya beriaksi tenang.
"Cinta kita tak boleh diteruskan lagi. Dunia awak dan saya jauh berbeza sekali. Kita memang tak akan ditakdirkan bersama," ujar wanita itu. Reaksinya tenang tetapi hati berkecamuk.
"Siapa kata?! Tak ada apa yang boleh pisahkan kita." Lelaki itu tidak mampu menerima kenyataan bahkan reaksi wanita itu jauh sekali daripada jangkaannya.
"Saya yang kata! Puas hati?! Kita memang tak boleh bersama! Kewujudan saya di dunia awak membawa suatu keburukan di dunia saya. Saya tak mampu nak bersama dengan awak lagi. Cukuplah sampai di sini."
Akhirnya air mata wanita itu berlinang. Sungguh dia tidak sangka perkara ini akan berlaku. Orang awam yang melihat tidak dihiraukannya.
Lelaki itu terkesima. Dia menundukkan mukanya membiarkan air mata keluar tanpa henti.
"Saya minta maaf. Pertemuan kita langsung tidak memberi penyesalan kepada saya. Saya pergi dulu," pamit wanita itu.
Belum sempat lelaki itu menatap wajah orang yang telah membuatkan dia jatuh cinta, wanita itu telah hilang daripada sisinya. Lebat air mata lelaki itu membasahi mukanya.
******************************************************************
So, ini editing baru bagi Another World yang author dah publish. Tak banyak perbezaan, dan harap korang suka lah <3
YOU ARE READING
Another World +myg
FanfictionCinta dua dunia yang sememangnya berbeza. Mengisahkan kehidupan Park Sora dan Min Yoongi di dunia yang berlainan. Hanya disebabkan seutas gelang, hidup Park Sora menjadi huru-hara. Kehadiran wanita itu di dunia yang lain telah mengubah hidup...