Kaki Ain laju menapak ke dormnya yang terletak di tingkat 4 blok kediaman asrama itu. Semakin teringat mesej pesanan ringkas tadi, semakin laju langkahnya, selaju detak hatinya.
Sudi tak awak kahwin dengan saya? Kalau awak sudi, saya jumpa mak abah awak, meminang awak.
Ain tidak pasti ape jenis perasaan yang dia perlu rasa sekarang ni. Ayat yang tak lekang terulang-ulang di mindanya makin menambah resah. Sekali hadam, rasa terkejut. Sehingga telefon bimbit miliknya hampir melayang dan berkecai apabila dibaling dengan laju. Dua kali hadam, rasa teruja tak semena. Tiga kali hadam, bayang Nasruddin merenjut senyum yang sudah mahu melakar di tubir bibirnya. Sepuluh kali hadam, dia keliru.
Lelaki yang dipanggil Afiq itu mengaku menyukainya sejak di bangku sekolah rendah. Katanya, dahulu mereka sering bergaduh, puncanya Afiq yang mencari pasal dulu. Katanya lagi, Ain mungkin tidak mengingatinya kerana tempoh pembelajarannya di situ cuma sebentar. Ini pun, Afiq berjaya berhubung kembali dengannya selepas 10 tahun di laman Facebook.
Memang sah la tak ingat! Sekolah rendah kot! Omel Ain dalam hati. Puas dikorek ingatannya, namun tak muncul juga nama si Afiq ni.
Perasaannya yang keliru ni langsung tak membantu. Dia teruja kerana ada yang berani menyatakan minat terhadapnya, ditambah lagi dengan ajakan kahwin. Namun semua itu terhapus saat ingatannya kembali pada Nasruddin...
'Buat apa menunggu? Bukan dia bercinta dengan kau pun sekarang. In fact, kau tu yang syok sorang-sorang.'
Dahinya dikerutkan tanpa sedar. 'Salah ke aku berharap sikit? Berharap yang secebis cinta dia ada lagi bersisa untuk aku?'
Balasan demi balasan monolognya dilayan tanpa menyedari dia telah pun sampai ke biliknya dan secara spontan melabuhkan punggung di katil yang terdekat.
"Hai, jauh akak termenung. Sampai mana dah tu agak-agak?"
Suara Aina memecah akal fikirannya. Langsung dia memandang roommatenya, Aina dengan riak wajah yang sama.
"Aina."
"Hmm?"
Kata-kata yang terluah di bibir Ain memberi kejutan yang besar buat Aina, menyebabkannya terlopong seketika sebelum ketawanya meletus mendadak seperti orang hilang akal. Eish, orang serius dia gelak pulak, getus Ain dalam hati.
"..akak..ulang balik..please.." Butir perkataan Aina tersekat-sekat dek ketawanya yang masih tak berkurang. Nafasnya dihela panjang.
Ain menutup sekejap kelopak matanya sambikl istighfar dalam hati. Tergetus sesal pula bercerita pada gadis bawang ni. Matanya dibuka kembali sambil mencerlung tajam ke arah Aina. "Ada orang ajak akak kahwin."
Waktu ini, Ain memutarkan matanya ke atas taktala melihat gelagat Aina yang terguling sampai ke lantai melepaskan gelak ketawanya yang tak habis-habis.
'Haish la budak ni. Nak aku luku kang, memang dah bengap. Sekali aku bagi betul jadi sewel terus.'
Setelah ketawa junior merangkap roommate itu beransur hilang, Ain mula mengisi perutnya dengan makanan ringan. Aina bersila di hadapan Ain dengan senyuman simpul.
"Pastu akak cakap apa?" Keningnya terjongket2 mengusik Ain yang mula memerah sedikit.
"Beriya je." Dia memerli Aina yang turut sama mengorek isi makanan ringan yang dilahapnya. Lama dia berfikir, dalam 10 saat sebelum memberi jawapan kepada Aina.
"Akak tak pasti la. I mean, of course la tak boleh senang-senang je percaya. Buatnya tu just trick dia nak dapatkan perempuan, haa camane? Tak ke terluka hati ni?"
Aina kelihatan mengangguk-angguk, tanda memahami. Tetapi, keningnya masih bertaut rapat tanda berkerut keliru. Raut wajahnya seperti ingin berkata sesuatu, namun tersekat-sekat. Perbuatan itu tidak terlepas dari amitan mata Ain. Dia diam menunggu perkataan yang bakal keluar dari mulut Aina.
"Akak? "
"Ya? "
"..... Akak tak nak bagi peluang ke? Macam judging sangat pulak akak buat gitu.. "
Ain terdiam. Diam terkaku. Bukan setakat kerana tepatnya tekaan Aina. Bahkan, satu perkataan yang tertangkap di telinganya menimbulkan satu rasa yang dia tak mampu nukilkan dengan kata-kata.
Perlahan-lahan, air liurnya diteguk. Tekaknya seakan gersang. Wajahnya menunduk sedikit, tekun mengamati tapak tangannya yang tiba-tiba kelihatan lebih cantik dari Nora Danish.
"Kalau ada jodoh tu, macam mana akak reject dia pun, dia tetap akan datang. "
Jawapan selamat diberi untuk membisukan persoalan Aina yang kadangkala tajam mengena. Namun, hatinya tetap berteriak, meminta suaranya didengari. Telinganya terasa padat dengan lontaran mindanya sendiri. Perlahan-lahan, butir kepalanya mula berdenyut seiring dengan kata hatinya yang semakin mendesak.
'Aku nak simpan peluang ni hanya untuk Nasruddin. Hanya untuk dia. '

YOU ARE READING
Ke Mana Hilangnya Hati
Genel KurguAin Aisyah, peribadi yang masih keliru. Yang masih tercari-cari makna diri. Yang masih tercari-cari tempat sendiri. Yang masih tercari-cari ke mana hilangnya hati.