ABC ❥ 12

410 27 3
                                    

Please vote before you read! Thanks a lot 💕

Terdapat beberapa mata manusia yang merenung ke arah aku. Hari ini hari isnin dan perhimpunan pagi diadakan, jadi tidak hairan kalau aku perasan mata mereka yang galak melihatku. Aku buat tidak kisah. Mia yang berada di belakang aku tiba-tiba menarik hujung tudung aku.

"Ryan, diorang tengok kau weh."

"Hmm, biarlah diorang. Dapat juga aku pahala lebih pagi ini."

Sinisku menjawab. Aku dapat rasakan ramai yang sempat melihat post Rossa kelmarin. Siapa tidak kenal dengan Rossa Felena Zulkarnain, budak Instafamous di sekolah kami.

Jawapan aku menyentapkan Mia. Dia sekadar mengangguk seperti mengiakan kata-kataku.

"Nanti sampai kelas, kau bagi cerita full story dengan aku macam mana kau boleh jumpa Afham. Okay?" Mia berbisik mengingatkan aku.

Aku membuat simbol jari okay untuknya. Baru aku ingat aku perlu menceritakan pasal kejadian itu dengan Mia. Hani juga tahu. Dia menghantar whatsapp message kepada aku tadi pagi bertanya. Kali ini aku betul-betul famous sebab kejadian itu. Aku tidak tahu pula bagaimana dengan Afham.

"Famouslah kau satu sekolah."

Aku mencebik apabila teringat kata-kata Hani dulu. Makbul doa dia.

"Seterusnya, dijemput cikgu Halim selaku guru disiplin untuk menyampaikan sepatah dua kata."

Nama cikgu Halim menarik perhatianku. Aku mengangkat wajah memandang pentas.

"Selamat pagi semua. Cikgu ingin membuat sedikit pengumuman. Perhatian kepada semua pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang memegang jawatan seperti pengawas, ketua kelas dan sewaktu dengannya, bulan depan kamu akan mengikuti kem kepimpinan. Cikgu akan memberitahu perkara selanjutnya di meeting seterusnya. Harap maklum."

Panjang lebar cikgu Halim memberitahu sebelum beralih kepada guru seterusnya. Muka aku sudah cemberut.

Malasnya, ya Allah.

Rungutku dalam hati. Aku dapat mengagak akan ada juga kem-kem segala ni.

❀❀

"Am, kau balik sudah ke?" Soal Amsyar yang baru datang dari tandas. Dia nampak Afham mula mengemas buku-bukanya.

"Ya, kenapa? Kau nak tumpang?" Pencil case juga dikemasnya dan dimasukkan ke dalam beg. Dia tidak dapat stay lama hari ini di library. Ada sesuatu yang perlu dia buat.

"Oh."

Amsyar mengambil tempat duduk di hadapan Afham. Mukanya seperti berfikir sesuatu.

"Kenapa? Berkerut semacam aku nampak. Nak ikut ke tak?" Afham bertanya lagi. Amsyar selalu menumpangnya balik memandangkan jalan ke rumah mereka sehala.

"Eh, hari ini mungkin tidak. Kau baliklah dulu,"

"Tadi kan.." dia berhenti berkata seketika. Afham menunggu.

"Kenapa?"

"Aku nampak Sofeeya pergi belakang bangunan sekolah kita. Kau rasa kenapa dia pergi sana ea?"

Beritahu juga Amsyar apa yang dilihatnya tadi semasa ingin ke tandas. Maklumlah, belakang bangunan sekolah merupakan tempat paling 'haram' di sekolah mereka. Di tempat itulah tempat pelajar bermasalah merokok, membuat benda tak elok dan semua perkara yang melanggar peraturan sekolah.

Afham nyata terkejut dengan apa yang disampaikan oleh kawan baiknya itu.

"Betul ke Syar? Dia seorang aje ke?" Terpancar riak kerisauan di mukanya. Amsyar mengangguk.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now