" Kau nak masukkan aku dalam program kurus?! Kau ni kenapa?! Dah buang tebiat sangat ke nak suruh aku kurus?! "
" Aku tak boleh la tengok badan kau yang makin mengembang ni! Kalau aku suruh kau pergi gym, bukan kau nak pergi pun! Aku guna lah cara ni. Tu pun nak marah. "
" Memang la aku marah! Kau masukkan aku dalam program jom kurus dalam masa seminggu tu tanpa pengetahuan dan pengesahan aku! Eh berat aku 96 KG kut! Mana mungkin boleh dapat badan macam Ji Hee tu dalam masa seminggu! Impossible! Eh paling kurang pun tiga empat bulan tau! " marah Hyun Ji panjang lebar.
" Eh.. Kau tak tau.. Ade sorang ni, lagi berat daripada kau.. 100 lebih berat dia. Dia masuk je program tu, terus turun 45KG. "
" Ini semua gila lah Kim Taehyung! Ini semua gila! Kau boleh percaya benda-benda tahlul tu macam tu je?! Tanpa soal siasat pun?! Mana kau tau berat orang tu boleh turun daripada 100 lebih ke 40 lebih?! Mana tau diorang tukar orang je ke?! Padahal tak turun pun berat badan dia! "
" ARGH! YE LA YE LA KAU BETUL! APE YANG AKU BUAT SEMUA SALAH! AKU TAK FIKIR APE YANG AKU BUAT! YE LA AKU MANA ADE OTAK! AKU KAN GILA! DAH AH! " terus Taehyung keluar daripada kelas dan mencampakkan satu kertas ke lantai
Rasa bersalah Hyun Ji menebal terhadap Tae. Namun, dia masih mengutip kertas yang dicampak oleh Taehyung sebelum dia meninggalkan kelas ni.
Anda gemuk? Sertailah kami!
PROGRAM KURUS SEMINGGU
Berat anda melebihi daripada yang sepatutnya? Sering digelar ikan buntal? Malu kerana diejek rakan-rakan? Risau ditinggalkan oleh kekasih? Jangan risau! Kami sediakan satu program khas untuk anda!
Tempat : Jalan JJJJJJJJJJJJJJJJ ,
Lorong KKKKKKKKKKKKMasa : 11:30 pagi
Tarikh : Bermula 15 Julai (Sabtu)
Sebarang maklumat, sila layari www. programjomkurusseminggu.com.my
Jumpa anda disana!
" Ape aku dah buat ni "
" Wey duduk duduk! Cikgu datang "
Sepanjang pembelajaran, Hyun Ji langsung tak dapat focus dengan cikgu. Apa yang dia fikir adalah
Tae
" Macam mana aku nak tebus kesalahan aku ni balik? " kata Hyun Ji dalam hati sambil melihat ke arah kertas program kurus itu.
° ° °
● Hyun Ji P.O.V ●
" Kita dah balik ~ " laungku dengan nada tak berdaya.
" Anak Eomma dah balik? Maaflah pasal pagi tadi. Kamu tu liat sangat nak bangun. "
" Hmm " balasku endah tak endah. Bukan nak kurang ajar tapi aku masih tak boleh maafkan diri aku sebab tengking Taehyung tadi.
" Okay sebagai tanda minta maaf, Eomma masakkan untuk kamu okay? Ha nak makan ape? Heukk ~ " ibuku menarik nafasnya dalam dalam untuk-
" NASI GORENG CINA NASI PATAYA NASI GORENG KIMCHI NASI GORENG KAMPUNG NASI GORENG MALAYSIA NASI GORENG JEPUN NASI GORENG INDIA NASI GORENG THAILAND NASI GORENG ASIA NASI GORENG MAMAK NASI GORENG USA NASI GORENG AUSTRALIA NASI GORENG FINLAND NASI GORENG GREENWOOD NASI GORENG BANGLA. Makan? "
Ternganga mulut aku bila mak aku menyebut hampir kesemua jenis nasi goreng. Malah nasi goreng bangla pun ada!
" Taknak la Eomma "
" PUNYA PENAT EOMMA SUGGESTKAN MAKANAN UNTUK KAMU! DAN KAMU CAKAP TAKNAK?! PENDUSTAAN APAKAH INI?! "
" Kita ingat.. Kita nak kuruskan badan kita la Eomma "
Ibuku memandang mukaku seketika. Lalu mencekup mukaku dengan kedua-kedua tangannya.
" PULANGKAN ANAK AKU!! "
🌚
● ● ●
Haih susah betul dapat mak yang jenis memaksa ni.
Nak taknak, terpaksa jugaklah aku makan nasi goreng USA buatan ibuku.
Habis terbantut niat aku nak diet!
Tapi..
Aku kena diet!
Demi Tae!!
Sejurus saja aku menyebut nama Taehyung, aku terus teringat kertas program yang Taehyung baling dekat aku tadi.
Aku pandang lama kertas tu.
" Mungkin aku patut pergi "
° ° °
" Hmm ni kot tempatnya " aku memeriksa semula alamat dan gambar yang ada di kertas itu. Dalam masa yang sama, aku melihat ke tempat yang berada di depanku.
" Hyun Ji! Kau boleh buat! Yakin yakin yakin! "
Aku membuka pintu utama dan melihat seorang pekerja perempuan sedang menggilapkan kukunya di kaunter.
" Umm tumpang tanya- " belum sempat aku menghabiskan ayatku, kakak kaunter tu menyampuk.
" Hyun Ji ke? "
" Ye saya. Um macam mana awak- "
" Ops ops ops too fast bruh. Panggil saya ' sis ' arasseo? "
Kerek gila Minah ni. Padahal kerja kaunter je.
" Oh sorry! Macam mana sis boleh tau- " dan buat kali ketiganya aku tak sempat habiskan ayat aku.
" Ade abang handsome tinggi-tinggi gitew, dia daftarkan nama awak dekat program ni. Tu mesti namchin awak kan? Haih tak padan tak padan "
Kepala bana dia la.
" Ohh, tu kawan saya "
" Kawan? So aku ade chance la nak pikat dia? "
Eh eh jemah ni.
" Ade kot? Entahlah. Dia tak minat perempuan baju tak cukup kain ni. "
" APA ?! "
" Ops! Sorry? " aku buat buat menutup mulut aku sebagai tanda ' tak sengaja ' terlepas cakap dekat dia.
" Eh kau tu! Dah la gemok! Menyemak mata aku je! Mulut puaka! Bau longkang! Baju sendat! Peha besar! Ade hati nak bandingkan dengan aku! Tsk. Sampah masyarakat! "
PPAANGG!
" Mulut kau jaga. Dah! Aku pun tak hingin nak tengok kau! Pakai baju macam tak pakai baju! Bla ah "
Dia memandang aku dengan muka tak puas hati selepas aku menampar mukanya.
" Kau lah bla! Ni tempat kerja aku! Shuh kau sampah! Jijik! "
Kalau nak diikutkan, aku memang nak bagi flying kick dekat minah ni, tapi disebabkan aku tak nak mencemarkan nama aku dan keluarga aku, jadi aku batalkan niat tu.
Sebelum aku keluar, sempat juga aku memandang nametag nya.
" Seulgi "
YOU ARE READING
Macam Buntat ?! <> KTH <>
Fanfiction" Apsal aku tgk kau ni macam makin hari makin gemok ni ? " " Asalkan lemak tepu aku tak himpit badan kau sudah la . " Cover made by : @Syifvas Start : 16 September 2017 (2000) End : 21 November 2017 (1030)