001: TERSUKA WITHOUT KNOW

27 5 0
                                    

Aku tak suka kau,
kau ni bukan jenis yang aku suka,
kau tak handsome, mata sepet,
kata-kata menyakitkan hati,
hari-hari suka cari pasal, tak henti-henti.

Kau ingat, kau buat macam tu, aku suka?
Kau ingat, hati aku boleh tersentuh?
Hey maaf, aku tak semudah itu.

Tapi suatu hari,
ketika kau tiada,
aku mula rindu.

Hoi, mana kau punya sakat?
Woi, mana kau punya kata-kata?
Mengapa kau henti kacau aku?

Itu buat hati aku bercelaru.
Aku sudah mula rindu.
Dan aku juga sudah mula suka,
apa kau sudah buat pada aku?

Betul manusia kata,
jangan kata tidak suka,
kerana yang tidak suka boleh bertukar suka,
dan yang tak sayang boleh bertukar
gila bayang.

Bahaya.

Akulah salah seorang mangsa.


:: puisiWhere stories live. Discover now