AKU

27 1 0
                                    

Aku seorang gadis bertudung labuh,
Tetapi hati mudah runtuh apabila diuji dengan duniawi yang penuh kelalaian. Imanku tidak kuat walau pakaianku seperti bidadari Syurga.

Aku seorang gadis bertudung labuh,
Tudung labuhku Yang berwarna hitam tidak pernah diubah kepada warna warni. Aku selesa dengan pakaian Serbia hitamku walau orang kata aku jembalang hitam, aku tidak mahu memandang Dan dipandang.

Aku seorang gadis bertudung labuh,
Suatu hati aku terasa jelingan dari seorang lelaki, aku memandang ke arahnya. Dia senyum. Hatiku cair. Aku suka. Aku suka dia tersenyum kepadaku. Aku terus memandang kehadapan. Istighfar sebanyak yang mungkin. Mungkin aku tidak pernah disukai oleh mana mana lelaki atau dengan lebih tepat tidak pernah diusik dengan lelaki.

Aku seorang gadis bertudung labuh,
Aku tidak mempunyai wajah yang rupawan tetapi aku mempunyai kecantikan yang tersendiri. Bibir Dan rupaku sentiasa kusam kerana tidak pernah di sentuh dengan apa apa solekan. Bagiku cukuplah dengan ciptaan Allah ini. Prinsip hidupku aku datang ke kelas untuk belajar bukan untuk melawa.

Aku seorang gadis bertudung labuh,
Di dalam kelas aku rasakan jelingan yang sama ke arahku. Aku memandang. Dia tersenyum. Aku tidak tahan dengan senyumannya Itu. Aku rebah. Aku mula rebah dengan bisikan syaitan. Aku membalas senyumannya Itu.

Aku seorang gadis bertudung labuh,
Tiba tiba aku mendapat mesej Dari seorang lelaki yang Gambar profilenya yang selalu memandangku. Aku terkejut melihatnya. Tanganku menggigil untuk menjawab salamnya. Tetapi aku tewas. Aku tewas dengan godaan syaitan. Imanku tidak kuat. Aku bermesej dengan nya Dan berterusan.

Aku seorang gadis bertudung labuh,
Di kemudian hari, dia datang kepadaku Dan memberi sekeping Surat dalam keadaan nya yang tersenyum. Aku mengambil surat itu dan membacanya. Penuh dengan ayat ayat manisnya. Aku terus terima until menjadi kekasih nya. Kekasih Yang dibenci oleh Allah. Allahu.

Aku seorang gadis bertudung labuh,
Aku keluar bersama nya ke suatu tempat, memang tidak padan dengan imej tudung labuhku, Sambil salam kegelapan. Kami meluahkan perasaan. Tiba tiba, aku terasa tangannya menyentuh tubuhku. Jiwaku terus meronta ronta Dan aku teringat keluargaku di kampung.

Aku seorang gadis bertudung labuh,
Aku terus menepis tangannya. Aku berdiri Dan memaki hamunnya lalu aku pergi.
Terima kasih kerana menjadikan aku seorang permpuan yang murah.

Aku sedar, mengapa aku seperti ini. Mengapa aku sanggup melakukan seperti ini ya Allah. Mengapa aku tidak pernah fikirkn mak ayahku Yang jauh dikampung yang sudah memberi sepenuh kepercayaan kepadaku. Mengapa aku sanggup menghianatinya. Mereka ingin melihat aku belajar bersungguh sungguh dan berjaya di menara gading. Aku menangis teresak esak.
Malam Itu, aku terus melakukan sat sunat taubat Aku sangat bersyukur kerana Allah masih sayangkan aku Dan terus menyedarkanku.
Terima kasih ya Allah,
Maafkan aku,
Aku telah menjadi wanita Yang hilang harga dirinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 29, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AKUWhere stories live. Discover now