Puteri ayah sukakan seseorang ? Ayah ok. Tapi janganlah buat ayah sedih. Ayah jaga puteri ayah dari kecil tapi kamu sanggup bagi semuanya pada lelaki yang ayah pun tak kenal. Kamu boleh Mesej dia hari-hari, tapi sehari kamu nak mesej ayah pun payah. Tak sayangkan ayah? Jagalah maruah kamu anakku. Kalau bukan untuk ayah, untuk diri kamu sendiri. Puteri ayah, kasih sayang ayah.
Ayah ini bukanlah mampu membeli kereta mahal-mahal jika kamu nakkan ia . Tetapi jika ayah mampu, ayah akan usahakan. Ayah juga tidak mampu membeli handphone beribu harganya buat kamu. Tapi jika ayah masih kuat kudrat, ayah akan usaha belikan.
Ayah ini sudah tua. Tengok lah tangan ayah. Dah berkedut. Kulit tapak tangan ayah juga sudah keras. Tapi puteri ayah, ingatlah, walaupun tangan ayah begini, ayah akan lindungi puteri ayah. Jika ada lelaki yang mengganggumu, dengan tangan ini ayah akan menumbuk dia. Jika barangmu yang ingin dibawa masuk ke hostel itu terlalu berat, dengan tangan ayah ini, ayah akan mengangkatnya.
Untuk puteri ayah, apalah sangat duit yang ayah beri untuk belanja disekolah. Kalau yuran dan bukunya mahal sekalipun, ayah tak akan kata apa kerana bagi ayah, nilai anak ayah yang dianugerahkan Allah itu tidak ternilai harganya kalau nak dibandingkan dengan duit buku yang tebal dengan harga ratusan.
Kadang bila berjauhan puteri ayah ini telefon nombor ayah tapi nak cakap dengan ibu. Kata rindu sangat pada ibu. Ayah tak kisah sebab ayah tahu betapa peritnya ibu kamu mengandungkan dan melahirkan kamu. Tapi sekali, ayah ingin juga dengar puteri ayah ini kata " rindu ayah ". Tapi kalau malu, tak apa lah. Kalau hati puteri ayah ini dah rasa rindu kat ayah pun dah cukup. Ayah gembira dah.
Anak ayah, puteri ayah, kasih sayang ayah, anugerah ayah,
Jaga dirimu anakku. Tutuplah auratmu dengan sempurna. Ayah dah buat macam-macam buat kamu. Sanggupkah kamu tengok ayah masuk neraka? Walaupun ayah sentiasa berusaha gigih supaya kamu dan ayah bersama di syurga.Ajal ayah entah bila akan sampai. Ayah dah tua. Lama sudah ayah hidup. Dari kamu tak boleh cakap, sampailah kamu dah berlari sana-sini masuk dewan kuliah. Entah-entah ayah tak sempat tengok kamu kahwin. Tak sempat tengok kamu habis belajar pun. Tapi cukup bagi ayah, ada puteri macam kamu. Cantik, baik, pandai dan sayang ayah. Kalau ayah tak ada sebelah kamu pun, tak apalah. Kasih sayang ayah sampai bila-bila ada buat puteri ayah.
Ayah menangis bila tengok kamu tidur. Menangis sebab terharu melihat kamu membesar dengan baik. Tapi janganlah pulak kamu menangis banyak sangat bila ayah tidur panjang. Sebab yang pergi ialah ayah, bukan kasih sayang ayah. Ayah tinggalkan kasih sayang ayah buat puteri ayah yang manis ini.
Belajar elok-elok. Pilih suami elok-elok. Jaga diri elok-elok. Banyak lagi sebenarnya ayah nak cakap. Tapi ayah takut, tiba-tiba ajal ayah sampai, tak sempat pula ayah nak send pesanan ayah ini. Sudahlah ye. Ayah pergi dulu. Assalamualaikum wahai puteri ayah, kasih sayang ayah. Ayah sayangkan kamu.
Bacalah wahai puteri2 sekalian pasti akn menitis air matamu :')
☆☆☆
Thank you, untuk ayat yang menyentuh hati ini.