"APA ni pa? Kenapa Reen perlu kahwin?" Nadhirah tolak mentah-mentah cadangan dari Dato' Hamzah.
"Takda-takda. kamu kena kahwin 2 minggu lagi. keputusan papa muktamad."Tegas Dato' Hamzah.
"Reen boleh jaga diri ma,pa. Papa tak percaya Reen ke?"Nadhirah berpaling ke arah Datin Aida . Mintak simpati daripada mamanya supaya bantah cadangan papa tu.
Bulan hadapan Dato' Hamzah dan Datin Aida akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan Haji selama 2 bulan. Sebab itu la Dato' Hamzah menyuruh anak tunggalnya berkahwin dengan pilihannya.
"Kami dah fikir masak-masak. Kami mahu jodohkan kamu dengan Ustaz Khairul itu. Kamu kenalkan anak kawan papa Haji Zahari atau jiran rumah kita." Kata mama menyokong cadangan suaminya.
Nadhirah terlopong. Biar betul! Mamat korea tu ke? weh, siapa taknak kat dia.
"Tapi Reen baru 17 tahun. cam mana Reen nak galaskan tanggungjawab sebagai isteri dalam usia begini. SPM pun tak lepas lagi ma. Tak boleh ke kalau tak kahwin?" Sayu Nadhirah berkata.
"Keputusan papa muktamad. 2 minggu dari sekarang kamu akan kahwin.Tak ada alasan. Kawan papa pun setuju nak jodohkan kamu dengan anak tunggalnya. Mereka teringin nak jadikan kamu menantu mereka. Papa harap kamu tak menghampakan papa." Panjang lebar Dato' Hamzah memujuk anak manjanya.
Anak Haji Zahari a.k.a Ustaz sekolah aku. atau pun jiran depan rumah ku. Dah lama aku minat dia. Tapi tak sangka Ustaz Khairul anak kawan papa.
Nadhirah meminati Ustaz Khairul kerana wajah tampan milik Khairul hampir serupa dengan selebriti yang diminati Nadhirah. Lee Min Ho.
Nadhirah mengangguk lemah. Kalau itu keputusan papanya dia tidak boleh menolak. Nadhirah percaya jodoh yang ditentukan oleh orang tuanya adalah terbaik. plus, dia memang suka kat Ustaz Khairul dalam diam.
5 bulan yang lepas,
Nadhirah terkumat kamit menyanyikan lagu korea yang diminatinya sambil menyidai pakaian di ampaian. Walaupun rumah besar, tapi papanya tidak mengambil maid kerana mahu mengajar Nadhirah supaya berdikari dengan membuat kerja rumah sendiri.
'ting tong'
Nadhirah baru selesai menjemur kain di ampaian lalu ke pintu pagar rumah untuk melihat kedatangan orang di rumahnya.siapa pulak datang pagi-pagi ni ? ishhh!
"errr..ni rumah cik Nur Aireen Nadhirah ke?"soal posman itu sambik memegang bungkusan.
"ha ah. saya Nadhirah."Nadhirah memperkenalkan diri.
"ni barang cik. sila tanda tangan disini." posman itu menghulur buku untuk ditandatangi.
setelah selesai, posman itu segera menghulur bungkusan itu kepada Nadhirah.
"terima kasih."
Nadhirah melompat kegirangan apabila dia membuka bungkusan itu.
"yeah, DVD cerita hwarang dah sampai ! aku kena tengok sekarang."
Nadhirah mahu menutup pintu pagar rumahnya.
tiba-tiba kereta Audi merah berhenti di hadapan rumah kosong depan rumah agam Nadhirah. Nadhirah tidak jadi mahu menutup pagar. Dia mahu melihat siapakah gerangan milik kereta Audi itu.
wah, jiran baru ke? cantiknye kereta. mesti pemilik dia pun handsome. kata Nadhirah dengan senyuman penuh makna.
seorang lelaki yang berkaca mata hitam keluar dari kereta. Nadhirah terlopong.
fulamak bai, biar betul ape aku tengok ni? Lee Min Ho ke tuh? Nadhirah mencubit pipinya untuk memastikan dia bermimpi ataupun tak.
Adoii!!! tak-tak. ni bukan mimpi. Handsomenya, siapa mamat korea tuh?Nadhirah keluar dari rumahnya lalu menegur jiran barunya.
"Anneyeonghaseyo!"Nadhirah melambai-lambai tangannya.
lelaki itu menurunkan kaca mata hitamnya lalu tersenyum manis kepada gadis dihadapannya.
Ya Allah! handsomenya mamat nih! cair aku dibuatnya. Nadhirah tersenyum-senyum.
lelaki itu segera ke bonet keretanya untuk mengambil beg pakaiannya. dia pun hilang dari pandangan Nadhirah.
Natrah tidak lepas melihat mamat korea a.k.a jiran barunya itu.
"BABE,aku ada gosip nak cerita kat kau!" sergah Nadhirah.
"opocot kau jatuh mak aih. kuss semangat. kau ni pun. beri la salam. ni tak main terjah je aku ni. kalau aku ade penyakit jantung dah lama aku mati katak kat sini." marah Yasmin lalu kembali menyambung bacaan novel yang dibawanya.
Nadhirah menggaru kepala tidak gatal. Dia tidak sengaja menyergah kawan baiknya tetapi dia excited nak cerita kat Yasmin.
"hehehe,sorry beb. aku ada bende nak cerita. kau tahu tak!"Nadhirah mula mengambil tempat duduknya disebelah Yasmin untuk menceritakan gosip terkini.
"Aku tak tahu."jawab Yasmin selamba. dia malas layan kawannya itu.
"weh. aku nak cerita nih!dengarla! Yasmin!!!!!"jerit Nadhirah geram sambil mencubit lengan Yasmin.
"adoii!! ya aku dengar. haa cite la"Yasmin meletakkan buku novelnya sambil menggosok lengannya yang menjadi mangsa cubitan Natrah.
"weh, aku dapat jiran baru! dah lah hands...."
yasmin memotong" so?"
"woi, aku tak habis lagi cerita la." geram aku dengan kau ni Yasmin!
"okey sambung." Yasmin tersengih sambil buat simbol peace kat Nadhirah. Nadhirah sambung ceritanya...
"Jiran baru depan rumah aku tu kan, handsome giler. muka dia sebijik dengan pelakon korea yang aku minat tuh. cuba kau teka?"soal Nadhirah teruja.
"errr.. Lee Min Ho?" jawab Yasmin teragak-agak. .
"ha ah, aku dah jatuh hati kat dia la weh. dah la handsome wuhhh" Akibat terlalu teruja, Nadhirah mengangkat tangan ke udara dan mengoyangkan tangan teruja.
ish-ish kawan aku ni. Yasmin menepuk dahi melihat perilaku kawannya.
"dah-dah la. jom. berhimpunan pagi dah nak start. tak pasal-pasal kena marah dengan Penolong Ketua Pengawas yang diva tu."
Nadhirah mengangguk kepala lalu beredar ke tapak perhimpunan bersama Yasmin.
YOU ARE READING
SUAMIKU USTAZ KOREA (COMPLETED)
RomanceFirst story by najwain: WARNING: * CLICHE AND CRINGE STORYLINE :) * Nama watak utama bertukar atas sebab tertentu. Khairi = Khairul Natrah = Aireen Nadhirah SIPNOPSIS Khairul telah memendam perasaan sukanya terhadap Nadhirah 7 tahun yang lalu. Mere...