Detik dan detak jam dari jarum dan saat meresahkan jiwanya. Wajahnya kian sugul.Hela nafasnya sekencang tornado.Dia panik memikirkan motif apa yang diagendakan oleh si bapa hingga dia turut terlibat sama, lantas si ibu juga menerima nasib serupa.
"Kita lari dari siapa ni?"
Peluh di dahinya masih merecik dan bercucuran, soalan yang terpacul dari mulutnya dihamburkan pada si ibu. Si ibu pula pening dan habis akal, telefon berdering bersahutan bagai ayam berjumpa mentari pagi...naik bingit hendak dihempaskan olehnya telefon itu.
"Kita ni dikejar sama orang jahat? Ataupun kita orang baik yang sengaja dikejar oleh orang jahat?"
Si ibu pantas mencari jalan, pagar dimangga pintu dikunci rapi, segala suis lampu dimatikan, kipas juga dituruti bersama, berlari kencang ke tingkat atas, terlihat dari jendela segerombolan manusia rakus bagai serigala mendapat habuan.
Bergoncangan mangga pintu pagar utama diketuk berulang kali, bertalu ucapan sapaan tapi senyap menjadi pilihan..hanya ruang jendela tingkat atas dan sekeping langsir jernih dan jarang menjadi bidai penghalang diri dan mereka dari balcony rumah terlihat mereka.
Ah..apakah yang bakal berlaku dalam hidupnya? Bakal merubah 360 darjah pemikiran warasnya, pada kedatangan waktu hadapan ini dia asbab lewah lampau.
Mereka segerombolan membalas tanpa lengah, goncangan mangga gate tidak menjadi, telefon pula mangsa kedua, dia fikir diangkat barang kali..lupakanlah hasrat itu seketika.
"Kita beredar dahulu kian senja, perut mula bermain lagu, yang lapar segera beredar mencari jamahan segera, yang bengal bersahaja, "Aku rasa ada didalam ini, sengaja mencari kemarahan kita? Kau fikir bagaimana? Kita rehat seketika ada yang perlu recharge tenaga, karang kebulur tak terucap kata, tak terdaya beradu tenaga, kata salah sorang dari segerombolan mereka.
"Kau pula rasa bagaimana? Aku cuba telefon suaminya..mesti ada jawapan. Assalamualaikum..ni kitorang ada depan rumah ni, orang tiada dalam rumah rasanya tunggu Abang balik kerja jelah senang cerita.
Yang selebihnya diarah oleh ketua operasi misi, korang yang nak ke surau ikut aku yang nak makan cepat. Selebihnya pandai-pandai bawa diri..ingat plan kita. Jam sekian..sekian kita berkumpul semula di sini.
Perbualan ini samar-samar didengari oleh dua beranak di dalam rumah. Dah nak maghrib..si ibu ada kelas malam bersama group nya tersendiri, si anak pula hilang arah.
"Aduh mana nak bawa diri ini, ibu dah dapat jalan dan tempat, orang bagaimana pula? Selesai dua tiga gayung air dijirus kedengaran dari luar kamar kecil "bathroom" wuduk sekali disegerakan lantas segera si ibu mengenakan pakaian tup..tup dan siap.
Si anak gelabah ikut sahaja aturan tadi semula, bersiap segala, si ibu pergi ke surau dengan rakannya, anak pula susuli dengan motorsikalnya. Bezanya sorang di majlis walaupun satu halaman lain bumbungnya.
Si anak terus ke ruang utama solat..selesai azan maghrib,,qamat dibaca pak bilal imam pun memulakan tugasnya. Solat sudah ingatanya beransur pulang..entah bagaimana separuh dari gerombolan itu ke surau serupa kerna ada yang dah biasa selok belok ke mari.
"Alamak.Sama pula tempatnya, ingat dapat lepas sekali berjumpa gayat ni!"
Di benak fikiran berlegar cara melepaskan diri, tapi apakan daya setiap raut wajah itu mengukir satu persatu jawapan pasti, terus dibalasnya tanpa lengah, "Assalamualaikum, berjumpa kita di sini, datang rumah tadi tiada.Waalaikumusalam, dijawabnya juga walau cuba menguntum senyuman tapi hatinya bergelojak mendidih air panah dijerang, lantas dibicarakan bahawa singgah ke surau solat maghrib bukan?
Ada yang tersengih konon tersipu-sipu jawapan, ada yang meneruskan solat memulakan jemaah baru. Sebelum selesai urusan mereka walhal dalam rumah ibadat membawa misi ke rumah bakal ditempa si dia.
Aah..bagaimana hendak melepaskan diri getus soalan dalam hatinya, ikut kan hati cabut terus ke masjid atau singgah di mana jua rumah yang sudi menerimanya, walau si ibu ada di di ruang tertutup surau, majlis ilmu helwa biasanya di situ. Berpeluh memikirkan soalan mana emak kau, kau sorang je ke. Si dia pun menjawab ibu ada kelas di masjid penting katanya, kau pergi masjid bawa emak kau pulang ke rumah. Dengar tak ni bawa emak kau pulang ke rumah, segala macam semua dah ada kat rumah, nenek kau,pak sedara kau, mak sedara kau, sepupu sepapat kau ada, si dia pun nak terbahak juga ketawa, apa diorang ni nak buat boria ke ke filem wayang gambar..sekali betul tekaannya filem wayang gambar minda kelas tercorot dunia dek propaganda terancang si bapa dan dek perangai serupa kelasi kapal mabuk laut sekaliannya.
Maka sesuailah pasung menjadi topiknya, kerna si dia terperangkap dua jalan dipilih sana terabai segala, di pilih sini terseksa selamanya.
***
Nantikan bab akan datang.
Terima kasih ya korang. Siapa baca sampai sini sila komen "sambunglah wei" nanti aku jenguk lagi.
YOU ARE READING
BUAS
AdventureKembara anak muda menongkah arus norma komuniti bangsa sungguhpun kini di era penumpuan digital dan teknologi. Tempelak masyarakat di hadam lumat - usahkan sedara mara tumpang menyempat kerna secebis ruang si ibu bapa tenat maka ditanggung si dia...