Legenda Perwira Keris (The Legend of Keris Hero)

57 1 0
                                    

(1511 patah perkataan!)


"Patik junjung perintah tuanku."

Hang Tuah, Sang Setia, Tun Mamat tunduk menghadap Sultan Mahmud Shah, dengan dua tangan rapat bersila depan dahi mereka.

Sultan Mahmud kelihatan seperti di pertengahan usia bersila di atas permaidani emas, di atas lantai yang lebih tinggi daripada lantai di depan yang menyokong pengawai-pengawai istana.

Mereka pun berdiri, perlahan-lahan mengundur diri daripada pandangan sultan dan pusing apabila sampai di pintu istana.

Tuah berkata, "Sekarang, kita sediakan segala hantaran meminang. Kita bertolak esok setelah solat subuh."

Sang Setia dan Tun Mamat segera menjawab, "Ya, tuan hamba."

Sesudah Setia dan Mamat meninggalkan Tuah, dia pun menajamkan matanya yang menampakkan kebijaksanaan, seolah-olah sedang berfikir dalam.

Sudah lama permaisuri Sultan mangkat. Sungguhpun demikian, baginda masih hiba tidak dapat lupakan permaisurinya dan merasa sunyi meskipun baginda mempunyai puteri Tun Teja serta Puteri Onang Kening. Kesunyian baginda seakan istana baginda didiami sultan seorang sahaja. Baginda sultan hanyalah manusia biasa, dah tentu merasa sunyi. Demi kebahagiaan baginda, perintah tersebut haruslah dilaksanakan apa jua cabaran sekalipun.

***

Sesudah mengerjakan solat, rombongan meminang Puteri Gunung Ledang pun berangkat dari kota Melaka menuju selatan, ke arah Gunung Ledang. Perjalanan yang memakan masa beberapa hari melalui hutan, akhirnya sampai di kaki Gunung Ledang. Mereka tahu mereka sudah berada di kaki gunung kerana perubahan cuaca yang dirasakan semakin sejuk dan dingin.

Mendaki gunung bukanlah mudah kepada pemuda yang kuat yang telah berjalan jauh dengan sedikit rehat, lebih-lebih lagi kepada Hang Tuah. Sungguhpun Hang Tuah terkenal dengan kegagahan menumpaskan pahlawan Majapahit dan Jebat, tetapi hal demikian sudah lama berlalu. Tuah sekarang adalah seorang pahlawan yang telah dimakan usia seperti diambang senja. Tuah kelihatan seperti orang tua yang biasa mendaki gunung yang gagah.

Tun Mamat sedar Hang Tuah telah lelah melalui nafasnya yang tercungap-cungap dan gerakan badan seperti orang yang telah pecut seribu batu. Dia pun mengusulkan biarlah dia sahaja dan pengiring yang lain meneruskan perjalanan, sementara Sang Setia menemani Tuah di pertengahan jalan.

Hang Tuah tergaman seketika mendengar usul Tun Mamat. Tuahkan laksamana gagah, yang hanya mendengar perintah baginda sultan dan tidak pernah gagal sempurnakan misi. Tapi hari, Tuah melihat dirinya yang tua dan lemah dan ini menyedarkan Tuah dia hanya manusia biasa yang fitrahnya terhad. Terpaksalah Tuah menerima usul Tun Mamat. Berehat di sana, dia melihat Tun Mamat dan pengiring-pengiring pun meneruskan perjalanan, perlahan-lahan lesap daripada pandangan.

Tun Mamat pun tahu mereka sampai ke kawasan Puteri Gunung Ledang dengan melihat rimbunan bunga-bunga yang mana sebelumnya hanyalah pohon-pohon dan akar-akar menjala. Rimbunan bunga menarik rama-rama berterbangan, Perubahan ini membuatkan kumpulan Tun Mamat taksub dan aneh, ia bagaikan kayangan di muka bumi, haruman bunga membuatkan mereka lupa akan kepenatan.

Dengan pemandangan sebuah mahligai yang yang lebih mewah daripada istana Sultan Melaka, Tun Mamat tahu mereka telah sampai di perkarangan mahligai puteri kayangan. Suasana perkarangan sunyi, hanya kelihatan burung-burung berkicauan dan rama-rama berterbangan. Sekumpulan Tun Mamat pegun melihat sekumpulan bidadari yang cantiknya jauh daripada gadis jelita daripada dunia manusia, bermain sesama sendiri dan bergelak ketawa. Dan Puteri Gunung Ledang dah tentunya jauh lebih cantik daripada semua bidadari-bidadari yang bermain di taman.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 01, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Fiksyen Sains & FantasiWhere stories live. Discover now