_______________________
Machang, Kelantan.
"Assalamualaikum." Seorang gadis bertudung bawal berwarna nude brown memberi salam di hadapan pintu sebelum memulas tombol pintu rumah untuk masuk.
Selepas memberi salam, perlahan-lahan kaki kanan melangkah masuk menyentuh lantai rumah yang jenis mozek bercorak marble.
Kedua belah tangan sarat memegang plastik barang dapur yang baru dibeli di pasar basah yang ada berdekatan dengan rumah.
"Waalaikumusalam, masuklah umi ado kat dapur ni." Balas suara yang menjawab salam dari arah dapur.
Dia tersengih selepas mendengar suara yang menjawab salamnya.
Terbentuk satu senyuman lebar. Ternaik pipi berkulit putih miliknya yang kemerah-merahan kerana senyum ditambah lagi dengan lesung pipit yang asli yang dimilikinya.
Pintu depan rumah ditutup perlahan-lahan sebelum kaki berkulit cerah melangkah pergi ke dapur dengan barang yang baru dibeli tadi.
Masuk sahaja di ruang dapur. Matanya melihat umi kesayangan iaitu Puan Maya sedang mengumpas kulit bawang sambil bersila di atas lantai dapur.
Barang-barang yang baru dibeli di pasar besar tadi terus diletakkan di atas meja yang berada di dapur.
Muka umi terus mengangkat melihat anak dara yang baru pulang ke rumah selepas membeli barang dapur tadi.
"Haa, sapa doh anok umi.. ado tok bare-bare hok umi suruh beli tadi tu." Soal Puan Maya dengan loghat kelantan. Tangan Puan Maya masih sibuk mengupas kulit bawang tetap menyapa anaknya.
( Haa sampai dah anak umi, ada tak barang-barang yang umi suruh beli tadi tu.)Tersenyum lebar melihat anaknya sudah balik.
"Ho, oghe beli doh ni bare-bare umi nok wak masok tomyam pahni." Ujar Marissa menggunakan loghat Kelantan yang selalu digunakannya.
( ya, orang dah beli barang-barang yang umi nak buat masak tom yam lepas ni.)Iris Marissa.
Hanya seorang gadis biasa.
Iris Marissa seorang gadis melayu biasa dan juga gadis berkacukan siam arab yang dilahirkan di negeri Kelantan. Marissa mempunyai tiga kacukan kerana uminya berketurunan Siam melayu dari Pattani manakala moyang abah Marissa pula berketurunan arab melayu.
Kulit putih dari Puan Maya yang kacukan siam melayu pula diturunkan pada diri Marissa.
Tidak hairanlah kalau orang di sekitar ingat Marissa ni dikatakan persis gadis turki.Marissa mempunyai seorang abang dan juga seorang adik perempuan. Ada tiga adik beradik sahaja.
Walaupun mereka banyak kacukan dari keturunan moyang mereka ketika dahulu.
YOU ARE READING
Iris Marissa
RomansaIris Marissa X Nash Hasnain "Hanya kisah seorang gadis melayu yang berkacukan arab siam bersama jejaka si mata hazel." ~~~~~~~ Hanya disebabkan satu insan, habis satu negeri yang tak bersalah dibenci. Namu...