1 ~ Alkisah Bermulanya Cerita

191 6 0
                                    


Di bawah pohon kelapa seorang tua yang dikenali sebagai Tok Lara duduk dipangkin sambil dikelilingi oleh anak-anak kecil seusia lapan tahun hingga sebelas tahun sedang asyik mendengar cerita dongeng daripada mulut Tok Lara.

"Tok Lara ceritalah dongeng yang lain pula," kata seorang budak lelaki yang mahukan Tok Lara bercerita.

"Baiklah, Tok Lara akan ceritakan satu dongeng yang kamu semua suka mendengarnya," balas Tok Lara.

"Apa cerita dongeng itu Tok Lara?" tanya budak perempuan yang duduk di hadapan Tok Lara.

"Pernah dengar cerita Sisir Emas Puteri Duyung? Soal Tok Lara pada anak-anak yang ada di sekelilingnya.

"Tidak pernah Tok," jawab semua anak-anak.

Tok Lara membetulkan punggungnya yang terasa perit dan panas kerana terlalu lama duduk bercerita. Tok Lara tersenyum dan memulakan ceritanya.

"Alkisah cerita berlaku zaman dahulu kala, tidak diketahui tarikh dan zamannya. Cerita lisan penglipur lara, entah betul entah tidak yang perturunkan daripada mulut datuk nenek moyang kita." 

"Mungkin ketika itu Alfonso De Albuqarque baru dilahirkan, Leonardo De Vinci dalam kandungan ibunya..." Tok Lara memulakan ceritanya.

"Suasana perkampungan Teluk Angin Pasang terletak di pesisir pantai. Rumah-rumah berselerak sana sini diperbuat daripada kayu hutan dan buluh beratapkan rumbia." 

"Terdengar tangisan seorang bayi baru dilahirkan. Seorang budak lelaki ditampar oleh bapanya kerana kesalahan mencuri," 

"Manakala penduduk kampung yang lain asyik dengan urusan masing-masing. Ada yang membawa pendayung dan bakul ke laut." 

"Ada yang membawa atap rumbia bagi menggantikan bumbung rumah. Ada yang membawa kambing bagi dijual kepada peraih. Ada yang membawa kayu api sebagai bahan bakar. Ada yang membawa cangkul bagi bercucuk tanam." 

"Kanak kanak berlari dan bermain sana-sini. Ada yang mengasah parang dan mengikat mata tombak dengan tali rotan." 

"Ada yang menjahit pakaian menggunakan kain berupa karung guni dengan jarum tulang ikan. Ada yang membetulkan dinding rumah menggunakan buluh beranyam."

"Ketika itu senapang dan peluru tidak wujud lagi, hanya tombak dan parang senjata diri."

"Pakaian berjahit ala kadar sahaja asalkan menutup aurat. Pakaian lebih kurang macam karung guni." 

"Rumah sekadar dinding buluh beranyam, lantai dan tiang kayu hutan berikatkan rotan. Disebut nama kampung itu, Teluk Angin Pasang...." sambung Tok Lara lagi.

Tok Lara menambah lagi ceritanya, "Air laut menghempas pantai. Pasir putih dipijak oleh nelayan. Jaring dan pukat di campak ke dalam sampan. Kemudian sampan ditolak ke laut. Lima buah sampan meredah laut sambil nelayan mendayung sampan." 

"Maka terlihatlah tiga buah pulau iaitu Pulau Air di sebelah kiri, Pulau Mata di tengah dan Pulau Duyung sebelah kanan. Nelayan bergembira sambil mendayung bernyanyi lagu rakyat,"

Semakin asyik kanak-kanak yang mendengar cerita Tok Lara.

Sambung Tok Lara lagi, "Katanya cerita ini berlaku di pesisir pantai sebelum orang kenal nama Semenanjung Tanah Melayu lagi. Letaknya di satu teluk berhadapan tiga pulau yang cantik pantainya." 

"Penduduknya bermastautin di pesisir pantai, mereka hidup sebagai nelayan. Ada pun nelayan tidak berani menghampiri tiga pulau yang dipanggil Pulau Air, Pulau Mata dan Pulau Duyung," Tok Lara meneruskan ceritanya.

"Di atas batu terlihat satu mahkluk aneh separuh ikan separuh manusia. Dia ialah Puteri Duyung." 

"Puteri Duyung menyisir rambut dengan menggunakan sisir emas. Rambut yang panjang mengurai dibelai manja."

"Sedang Puteri Duyung leka menyisir rambut tiba-tiba terdengar suara nelayan menyanyi lagu rakyat. Puteri Duyung dengan cemas terus terjun ke dalam laut lalu menghilangkan diri,"

Kanak-kanak yang mendengar cerita Tok Lara itu ternganga mulut.

"Di salah satu pulau itulah, penduduk Teluk Angin Pasang percaya wujudnya mahkluk duyung, separuh ikan separuh manusia...." tambah Tok Lara.


Lagenda Duyung MerabanWhere stories live. Discover now