° Regret 002 °

3.4K 342 57
                                    

“ Aku penat berlakon seolah - olah cinta dia masih untuk aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku penat berlakon seolah - olah cinta dia masih untuk aku. Aku penat memujuk diri sendiri dan berkatakan dia masih lagi orang yang sama. Aku penat menyakiti diri sendiri.

Telefon pintar Jungkook yang berbunyi sedari tadi menarik perhatian Hyuna. Lantas dia mencapai telefon pintar itu lalu menjawab panggilan.

"Hello?"

"Hello." Hyuna menggenggam erat telefon itu. Jantungnya berdegup laju.

"Jungkook ada?"

"Tak ada. Dia sek--  Awww!" Hyuna mengaduh kesakitan apabila pergelangan tangannya dicengkam kuat.

"Siapa suruh kau jawab panggilan aku?" Soal Jungkook dingin. Hyuna masih berkerut - kerut menahan kesakitan.

"Lepas!" Jeritan Hyuna membuatkan dia berpijak di bumi yang nyata. Tangan Hyuna dilepaskan. Jungkook menarik nafas dalam sebelum beredar bersama telefon di tangan.

Hyuna terduduk di situ. Seakan tidak percaya bahawa Jungkook menyakitinya sebentar tadi.

Tidak beberapa lama kemudian, Jungkook masuk lalu merenung Hyuna. Isterinya didekati bersama keluhan berat.

Tangan Hyuna diraih. Rasa bersalah melihat lebam yang mula menghiasi tangan kecil Hyuna. Jungkook kemudiannya mencium lebam itu.

"I'm so sorry. Maafkan saya sayang. Saya cuma tertekan dengan hal kerja dan urghhhh..." Jungkook duduk di hadapan Hyuna sambil menundukkan kepalanya tanda bersalah.

Hyuna mengangkat wajah Jungkook lalu tersenyum. "It's okay. Saya dah maafkan awak."

Serentak itu, senyuman mula menghiasi wajah Jungkook dan dia menarik Hyuna ke dalam pelukannya. Ubun - ubun Hyuna dikucup lembut.

"I'm so sorry dear." Gumam Jungkook lagi. Hyuna hanya diam dan tersenyum sahaja. Suasana yang sunyi itu dipecahkan dengan deringan telefon pintar Jungkook lagi.

Jungkook mengeluh lalu melonggarkan sedikit pelukannya terhadap Hyuna. Telefon yang berada di atas lantas dicapainya. Nama yang tertera di skrin telefon itu membuatkan Jungkook berasa tidak selesa lantas dia mematikan telefon tersebut.

"Siapa tu?" Soal Hyuna ingin tahu.

"Takde sapelah. Jom kita tidur." Ajak Jungkook lalu mendukung Hyuna naik ke atas katil.

"Tidur sweetheart." Bisik Jungkook sebelum mengucup lembut telinga Hyuna. Tangannya mengusap belakang Hyuna mengikut corak bulatan.

Belaian Jungkook membuatkan Hyuna semakin mengantuk dan akhirnya dia tertidur di dalam dakapan suaminya sendiri.

Pandai kau menipu aku ye Jungkook?

Kau buat aku jijik dengan kau.

[C] Régret. jjkWhere stories live. Discover now