Di sekolah menengah kelihatan beberapa orang pelajar sekolah sedang bergaduh. Keadaan mereka kelihatan kusut dan pakaian sekolah mereka juga terselit debu tanah menyebabkan ia kelihatan sedikit kotor. Nasib baik sudah habis sekolah.
Seorang dari pelajar lelaki itu memulas tangan lawannya dan dia berjaya keluar dari perangkap yang dibuat oleh sekumpulan pelajar tadi. Mereka termengah-mengah mengambil nafas.
Salah seorang pelajar dari kumpulan itu merangkap ketua mereka, bersuara. "Kau tak akan dapat lari dari kami lagi, Adnan Luthfi"
Luthfi tersengih sinis. "Oh yeah, now try catch me if you can."
Sepantas kilat, Luthfi membuka langkah seribu menuju ke luar sekolah melalui pintu pagar belakang sekolahnya.
Sekumpulan pelajar tadi, cepat-cepat mengejar Luthfi. Muka masing-masing sudah memerah menahan amarah. Macam gangster pun ada.
Luthfi yang sedang berlari di sebuah lorong, menoleh ke belakang dan tergelak megah. "Budak gemuk! Dah semput ke? Lain kali jangan cabar budak bernama Adnan Luthfi ni. Haha!"
Ketika Luthfi kembali menoleh ke hadapan, dia tergamam apabila terpandangkan seorang gadis yang sedang berdiri di tengah-tengah lorong itu sambil memegang sebuah plastik beg yang berisi buah-buahan.
Hampir-hampir dia hendak melanggar gadis itu. Nasib baik sempat brek. Gadis itu yang terkejut dengan kemunculan Luthfi, tangannya terlepaskan plastik beg yang dipegangnya tadi.
Cepat-cepat Luthfi menyambut plastik beg itu sebelum menyentuh ke tanah dan kembali diletakkan di atas kedua tangan gadis itu.
"Lain kali jangan berdiri di tengah-tengah lorong ni ya, adik manis" Luthfi sempat mengenyitkan sebelah mata ke arah gadis itu sebelum kembali menyambung lariannya.
Gadis itu yang seolah-olah cair dengan kenyitan mata Luthfi tambahan lagi wajah maco Luthfi, hanya memandang pemergian lelaki itu.
Ketika dia hampir leka memandang Luthfi, muncul beberapa lelaki menyelit di sebelah kiri dan kanannya dan cuba mengejar Luthfi.
Gadis itu yang seperti tahu masalah yang dihadapi oleh Luthfi, segera menghubungi seseorang.
"Hello..polis?"
*****
Luthfi berhenti berlari apabila dia sudah tiba di jalan mati. Tembok di hadapannya itu, boleh tahan tingginya.
Dia menoleh ke belakang apabila terdengar beberapa tapak kasut beserta nafas termengah-mengah beberapa orang.
Luthfi hanya berdiri di situ tanpa rasa hendak melarikan diri. Siap memasukkan tangan ke dalam kocek seluar sekolahnya lagi. Pelajar-pelajar dihadapannya, dipandang tanpa rasa gentar.
Ketua kumpulan pelajar itu memandang Luthfi dengan pandangan mengejek. "Kan aku dah cakap tadi. Kau tak akan dapat lari ke mana-mana lagi dari aku"
Luthfi tersenyum dan menjongket kedua bahunya. "Memang aku takkan lari sebab dah tak ada tempat yang boleh keluarkan aku dari sini. Lainlah kalau aku boleh jadi halimunan"
Ketua pelajar itu tersenyum sinis. Perlahan dia dan gengnya melangkah ke hadapan sebelum terhenti kerana terdengar bunyi siren polis.
Mereka saling berpandangan. Masing-masing sudah menelan liur. Takut dijumpai polis dan dimasukkan ke dalam penjara.
Ketua pelajar itu yang menyedari akan perubahan wajah anak-anak buahnya, menentang Luthfi. "Hari ini aku lepaskan kau. Jom blah!" Mereka semua mula mengundurkan diri dan segera berlalu dari situ.
YOU ARE READING
My Samseng Junior
Teen Fiction"Bilalah kau nak berhenti ni" - Farhan "Sampai aku jumpa dengan bakal permaisuri hati aku. Cia cia cia" - Adnan Luthfi. Disebabkan asyik bergaduh, dia terpaksa berpindah sekolah buat kali kelima. Tetapi siapakah yang akan menjadi 'bakal permaisuri'...