"Awak...ok ke?"

11 0 0
                                    

Pagi yang cerah menerangi bilik tidur Aiko.Burung berkicauan di pagi hari sudah dapat membuatkan hatinya berasa tenang seketika.Aiko kemudiannya bangun dan berjalan ke arah bilik air untuk mandi.

"Ai!Sarapan dah sedia ni!"jerit ibunya di tingkat bawah.

"Baiklah mak!Sebentar ya!"Aiko cepat-cepat mengambil beg sekolahnya dan bergegas turun ke tingkat bawah.

Di dapur,makanan sudahpun tersedia untuknya.Aiko terus duduk di bangku meja makan dan menyuap roti bakar ke dalam mulutnya.

"Ai."

"Ye,mak.Apa dia?"

"Kamu....belajar rajin-rajin ya."

"Sudah tentu mak.Saya akan belajar rajin-rajin untuk mak dan ayah supaya hidup saya berjaya nanti."

Aiko kemudiannya bangun dari bangkunya dan memeluk erat ibunya yang sedang tersenyum manis.

Selepas bersarapan,Aiko mengambil beg sekolahnya di anak tangga dan terus menyalam tangan ibunya.Aiko berjalan ke sekolah setiap hari.Sebelum ini dia pernah pergi ke sekolah dengan membawa basikalnya.Akan tetapi,basikalnya selalu rosak dirosakkan oleh pembuli.

Sampai di sekolah,Aiko berjalan ke kelasnya sambil membaca buku rujukan sejarah.Dia kemudiannya terkejut mendengar bunyi lelaki yang menjerit marah dan ternampak sekumpulan lelaki sedang membuli seorang pelajar lelaki.

"Eh,yang tu bukannya Daichi ke?"

Aiko kemudiannya menyorok di belakang dinding di tangga yang berdekatan dengan sekumpulan lelaki itu dan mendengar perbualan mereka.

"Kenapa awak tak bawa duit harini!?"

Marah salah seorang lelaki itu.Akan tetapi,Daichi hanya berdiam diri dan tidak menjawab soalan pembuli tersebut.Pembuli itu kemudiannya menumbuk Daichi di muka dengan kuat menyebabkan Daichi terpelanting ke belakang.Sekumpulan lelaki itu terus pergi meninggalkan Daichi di belakang.

Aiko terus berjalan ke arah Daichi dan menyapanya.

"Awak...ok ke?"

Daichi yang dari tadi hanya tunduk akhirnya mendongak ke atas.Terkejut dia melihat Aiko yang berada di depannya itu.

"Maafkan saya!"

"Eh,Daichi!"

Tiba-tiba sahaja Daichi meminta maaf kepada Aiko dan terus berlari meninggalkan Aiko di belakang.

Aiko kemudiannya berlari mengejar Daichi.Sampai ke bumbung dia mengejar Daichi itu.Tetapi Daichi tidak sedar yang dia telahpun dikejar oleh Aiko.

"Kenapa saya buat macam itu dekat dia tadi?Dia cuma nak menolong saya saja..."

Kata-kata Daichi itu membuatkan Aiko terkejut.Tidak sangka dia mendengar ayat-ayat itu di depan matanya.

Aiko terus mengambil peluang untuk mendekati Daichi sementara dia sedang menundukkan kepalanya.

"Daichi."

"Eh?"

Daichi berpaling dan terkejut melihat Aiko berada di belakangnya dan sekali lagi cuba melarikan diri.Tetapi Aiko cepat-cepat menarik tangan Daichi.

"Saya kena pergi!"

"Daichi!"

Selepas tangan Daichi ditarik,dia melihat wajah Aiko.Mereka berdua berpandangan dan membuatkan muka masing-masing menjadi merah sedikit.

"Lepaskan tangan saya...please.."

"Tidak selagi awak tak ikut saya!"

"Pergi mana?"

Di bilik sakit....

"Terima kasih."

"Nama saya Aiko.Awak boleh panggil saya Ai kalau awak tak nak panggil saya Aiko.Saya duduk dekat belakang awak je kat kelas."

"Oh.Awak Aiko rupanya.Tapi saya rasa saya akan panggil awak Ai.Saya Daichi.Saya rasa awak pasti dah kenal saya."

"Ye memang saya kenal awak pun"

Mereka berdua kemudiannya berjalan menuju ke kelas.Tiba sahaja di kelas,semua murid melihat mereka dengan muka terkejut.Tiba-tiba cikgu Iris menyoal mereka.

"Kamu berdua ke mana tadi?"Marah Cikgu Iris.

"Kami pergi ke bilik rawatan tadi cikgu.Daichi kena buli tadi,jadi saya bawalah dia ke bilik rawatan."jawab Aiko.

"Baiklah,duduk di tempat kamu sekarang."

"Terima kasih,cikgu"

Mereka berdua kemudiannya pergi ke tempat duduk masing-masing.

Tidak sempat Aiko ingin duduk,kerusinya ditarik ke tepi dan membuatkan dia terjatuh ke lantai.Semua murid ketawa kepadanya kecuali Daichi.Daichi cepat-cepat menolong dia bangun.

"Irin!Kenapa kamu buat macam itu!"marah Cikgu Iris.

Irin adalah seorang pelajar yang berlagak di kelas Aiko dan Daichi.Dia duduk di belakang Aiko.

"Alaa cikguu.Saje jer nak main-main dengan Aiko ni."jawab Irin.

"Pergi ke bilik disiplin sekarang juga,irin!"

"Ye lah2,apa-apa je lh!"

Sebelum Irin pergi ke bilik pengetua,dia sempat menendang beg sekolah Aiko sampai berterabur semua buku-bukunya.Daichi kemudiannya menolong Aiko mengutip semua buku-bukunya.

Pada waktu rehat,Daichi dan Aiko rehat di bumbung.

"Ish!Irin tu.Memang nak kena betul!"

"Sabarlah,Daichi.Saya ok jer.Awak sabar lah ye."

"Baiklah."

"Awak nak rasa tak dango ni?Saya dengan mak saya buat."

Aiko mempelawa Daichi untuk merasa dango yang telah siap dibuat olehnya.

"Boleh juga."

Daichi mengambil sebatang dango dari bekas makanan Aiko dan merasanya.

"Macam mana?"

"Wah!Sedapnya!Pandai mak awak dengan awak masak ni."

"Ye ke!Terima kasih.Makanlah lagi kalau awak nak."pelawa Aiko.

"Baiklah."

"Aiko,boleh saya tanya awak sesuatu tak?"

"Boleh.Apa dia?"

"Boleh...kita jadi...k..ka..kawan tak?"

"Eh?Bukannya kita memang kawan ke."

Daichi terkejut mendengar jawapan Aiko.Aiko hanya tersenyum manis melihat Daichi.

"Y...ye."

Mereka berdua kemudiannya ketawa.Sambil mereka ketawa,mereka tidak sedar yang ada seseorang sedang melihat mereka.

"Jaga lah korang.Aku akan balas dendam nanti."

To be continued...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
#voteplz
#like
#comment

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 07, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Only you..💐💐Where stories live. Discover now