13 ~ Halau Duyung

28 1 0
                                    

Mayat Belacak dan rakan-rakannya terdampar di tepi pantai. Ada juga mayat yang separuh terbenam ke dalam pasir. Ada yang terlentang dan ada yang terlungkup. Beberapa orang kampung mengerumi dan melihat mayat-mayat yang terdampar itu.

Cencaru dan Tamban turut melihat mayat itu.

"Mengapa mereka semua mati?" kata Tamban pada Cencaru.

"Manalah aku tahu!" jawab Cencaru.

Dukun Pari dan Belitong memeriksa mayat Belacak.

"Punah harapan aku," kata Dukun Pari.

Dukun Pari begitu kecewa kerana Belacak dan rakan-rakannya mati lemas.

"Apa kita hendak buat sekarang dukun?" tanya Belitong yang turut kecewa apa yang berlaku pada Belacak.

"Mustahil mereka diserang oleh duyung," ujar Dukun Pari.

"Barangkali mereka dibunuh lanun. Barangkali juga mereka dipukul ribut," jelas Belitong.

Dukun Pari segera beredar. Belitong menoleh dan segera mengekorinya dari belakang.

Umang duduk termenung di penjuru pondok kayu. Mulutnya tidak pernah lekang menyebut duyung. Buntal dan Siput duduk di sisi Umang.

"Siput, kamu tanyalah lagi apa yang berlaku pada Umang itu," kata Buntal pada Siput.

Umang tersenyum sendiri.

"Dia tidak mahu bercakap. Sudah puas aku memujuknya, namun dia asyik sebut duyung sahaja," jawab Siput.

"Entah-entah Umang sudah jumpa duyung," ujar Buntal.

Muncul Teritip menghampiri Buntal dan Siput.

"Pakcik tidak tahu hendak buat bagaimana lagi. Apabila malam dia meracau-racau dan apabila siang hari seperti orang tidak siuman," kata Teritip kemudian duduk di pondok kayu itu.

"Barangkali Umang terkena sampuk mambang laut pakcik," kata Buntal lagi.

"Duyung.... duyung.... duyung...." perkataan yang sering keluar daripada mulut Umang.

"Aku tidak tahu sehingga bila Umang akan berhenti menyebut duyung. Sudah beratus-ratus kali aku mendengarnya. Mulut dia tidak penatkah," kata Buntal.

"Mungkin salah pakcik menyebabkan dia menjadi begini," keluh Teritip.

"Betulkah pakcik ada menyimpan sisir emas? Apa kaitan antara lukisan duyung dan duyung yang disebut-sebut Umang itu?" Siput bertanya.

Teritip tunduk membisu. Buntal memandang Siput.

"Duyung memang wujud. Pakcik pernah nampak duyung. Duyung sangat cantik ada tidak ada bandingan lagi bahkan diibaratkan secantik bidadari," Umang bersuara.

Teritip, Buntal dan Siput terkejut apabila Umang berkata demikian.

Belitong meneguk air kelapa sementara menunggu kehadiran Dukun Pari. Cencaru turun dari atas pokok kelapa sambil membawa dua biji buah kelapa muda. Tamban menunggu di bawah pokok.

Kemudian muncul Dukun Pari lalu menemui Belitong yang sedang meneguk air kelapa muda. Dukun Pari duduk di sisi Belitong.

"Hancur harapan aku. Belitong, kamu ada buah fikiran?" tanya Dukun Pari.

"Sebut sahaja, buah apa yang dukun mahu. Buah kelapa, buah kelubi, buah sentul, buah rokan, buah tampoi," jawab Belitong.

"Buah itu semua hendak buat apa. Aku mahukan buah fikiran kamu. Cadangan ataupun pendapat, bagaimana kita hendak menangkap duyung itu," jelas Dukun Pari.

Lagenda Duyung MerabanWhere stories live. Discover now