17 ~ Melarikan Diri

31 1 0
                                    

Di tepi pantai, Umang menarik sampan bersiap-siap hendak pulang ke kampung Teluk Angin Pasang. Sebuah peti yang sederhana besar berisi emas diletakkan di dalam perut sampan. Peti berisi emas itu adalah ganjaran yang diterima Umang daripada Raja Duyung kerana memulangkan sisir emas.

Puteri Duyung terlalu sedih kerana Umang akan meninggalkannya. Mereka tidak tahu bilakah akan berjumpa lagi.

"Maafkan aku kerana terpaksa meninggalkan kamu wahai Puteri Duyung. Tuanku Raja Duyung tidak merestui keinginan kamu itu," kata Umang sambil membetulkan tali sampannya.

Puteri Duyung perlahan-lahan merapatkan dirinya pada Umang.

"Aku merayu, bawalah aku bersama kamu. Aku sanggup menanggung apa sahaja yang bakal mendatang," kata Puteri Duyung merayu.

"Tidak boleh wahai Puteri Duyung. Aku tidak mahu Tuanku Raja Duyung murka kelak. Aku yang akan menanggung kesusahannya," Umang melompat ke dalam sampan.

Puteri Duyung tunduk keharuan dan air matanya berjuraian. Umang memandang Puteri Duyung penuh simpati. Dia serba salah untuk meninggalkan Puteri Duyung. Umang duduk termanggu, berfikir dan melepaskan nafas sesaknya.

"Aku merayu Umang, bawalah aku bersama," pujuk Puteri Duyung yang semakin meresahkan hati dan perasaan Umang.

Sedang Umang dan Puteri Duyung berbicara itu datang Putera Duyung lalu segera bersembunyi di celahan batu. Putera Duyung memasang telinga mendengar akan perbualan Puteri Duyung dan Umang.

"Aku tidak mahu kamu derhaka kepada tuanku Raja Duyung," kata Umang

"Bawalah aku pergi dari sini, aku tidak sanggup tinggal di sini lagi. Biarlah aku derhaka, aku mahu sumpahan duyung itu terhapus" pujuk Puteri Duyung lagi.

Umang menyapu air mata Puteri Duyung. Kasihan Umang pada Puteri Duyung mematahkan hasratnya untuk kembali ke Kampung Angin Pasang.

"Baiklah aku akan membawa kamu pergi dari sini," Umang memberi kata putus.

"Sungguhkah Umang, kamu akan membawa aku pergi dari sini?" Puteri Duyung gembira mendengar kata-kata Umang itu.

"Ya, tapi aku khuatir tuanku Raja Duyung akan membenci seluruh manusia darat sekiranya tindakan aku membawa kamu pergi," ujar Umang yang gusar.

"Janganlah kamu bimbang perkara itu, aku yakin tuanku Raja Duyung tidak dapat berbuat apa-apa sekiranya aku tetap dengan keputusan," Puteri meyakinkan Umang.

"Kita tidak boleh pergi waktu siang begini, menjelang malam barulah kita pergi dari sini,"

"Mengapa pula begitu?" Puteri Duyung ingin tahu.

"Supaya tidak ada duyung-duyung lain tahu perbuatan kita melarikan diri," ujar Umang.

Puteri Duyung memahami maksud Umang.

"Aku mesti beritahu perkara ini kepada Raja Duyung," kata Putera Duyung yang mendengar perbualan antara Umang dan Puteri Duyung.

Putera Duyung segera berenang menemui Raja Duyung.

Menjelang senja, Putera Duyung bergegas berenang ke singgahsana Raja Duyung untuk menyampaikan berita Puteri Duyung mahu melarikan diri mengikut Umang. Raja Duyung yang duduk bersemayam di atas singgahsana terjaga daripada tidurya apabila mendengar kehadiran Putera Duyung itu.

"Ampunkan saya tuanku kerana mengejutkan tuanku beradu," Putera Duyung tunduk hormat.

"Ada apa kamu datang ke sini dan seperti ada sesuatu di hati," kata Raja Duyung sambil membetulkan letak sandaran badannya.

Lagenda Duyung MerabanWhere stories live. Discover now