20 ~ Tertangkapnya Si Penjahat

29 1 0
                                    

Dukun Pari menaiki sampan setelah dihalau oleh Tok Kepah dari kampung Teluk Angin Pasang. Sampan yang dinaiki mereka begitu sarat dengan muatan dan barang-barang keperluan.

Sampan yang dinaiki Dukun Pari itu terumbang ambing dipukul ombak. Dukun Pari yang kurus kering itu terasa beban untuk mendayung sampannya. Geram dan marah, Dukun Pari membuang pendayung sampan ke dalam laut.

Dukun Pari berehat seketika. Hilang penat, Dukun Pari kembali mahu mendayung sampan.

"Mana pula pendayung sampan aku tadi?" Dukun Pari tercari-cari pendayung sampan yang dibuangnya ke dalam laut.

Sedang tercari-cari pendayung, Dukun Pari terlihat pendayung sampannya sudah hanyut jauh dibawa ombak. Dukun Pari menepuk dahi lalu terduduk kesal.

"Hanyut..." Dukun Pari geleng kepala.

Sampan yang dinaiki Dukun Pari hanyut dibawa ombak sehingga jauh ke tengah laut. Sedang Dukun Pari duduk termenung memikirkan bagaimana nasib dirinya, muncul Putera Duyung dan sepuluh duyung jantan yang lain mengelilingi sampan.

Dukun Pari, terkejut dengan kehadiran duyung-duyung itu. Dia semakin takut.

Dukun Pari pula menggelabah dan tidak menyangka Putera Duyung bersama duyung-duyung yang lain datang mencarinya.

"Matilah aku, duyung datang mahu membalas dendam," kata Dukun Pari.

Putera Duyung bersama duyung-duyung yang lain berenang-renang mengelilingi sampan.

"Kamu datang sini mahu apa?" tanya Dukun Pari yang resah.

Putera Duyung bersama duyung-duyung yang lain hanya memandang ke arah Dukun Pari sambil berenang.

Dukun Pari menjadi bingung. Sampan yang dinaikinya itu terumbang-ambing dan sekali sekala dipukul ombak. Pukulan ombak itu menyebabkan air masuk ke dalam sampan, lama-kelamaan sampan dipenuhi dengan air.

"Matilah aku sampan penuh dengan air,"

Dukun Pari kecut-perut melihat sampannya digenangi air. Putera Duyung bersama duyung yang lain perlahan-lahan berenang meninggalkan sampan yang dinaiki Dukun Pari. Dukun Pari tidak dapat berbuat apa-apa.

"Wahai duyung-duyung yang baik hati tolonglah aku! Jangan pergi, sampan kami akan tenggelam, tolong!" Dukun Pari menjerit meminta pertolongan.

Sampan tidak dapat menampung bebanan. Perlahan-lahan sampan menjadi senget sebelah dan akhirnya sampan itu tenggelam. Dukun Pari berusaha menyelamatkan diri daripada kelemasan.

Umang membetulkan sampannya, dia bersiap-siap hendak pergi ke Pulau Duyung. Teritip tampak sedih dengan keputusan Umang meninggalkan kampung Teluk Angin Pasang.

"Kamu hendak ke mana lagi Umang?" tanya Teritip sambil memegang bahu Umang.

"Ayah, Umang pergi hanya sementara. Di sini sudah tidak ada apa-apa lagi bagi Umang. Umang akan kembali pada suatu hari kelak. Doakan keselamatan Umang," Umang memeluk erat Teritip.

Umang menatap lama wajah Teritip kemudian memberikan senyuman. Teritip memahami kehendak Umang.

"Pergilah dan kembalilah dengan satu kejayaan," Teritip memberi semangat dan mengizinkan Umang pergi.

Umang memeluk kembali Teritip. Kemudian Umang segera menolak sampan, dan melompat ke dalam sampan. Umang terus mendayung tanpa menoleh ke belakang lagi. Teritip hanya memerhatikan Umang pergi hingga hilang daripada pandangan.

Umang, Puteri Duyung dan Putera Duyung menunggu Raja Duyung di tepi pantai. Sejurus kemudian, muncul Raja Duyung dengan diiringi oleh duyung-duyung yang lain. Putera Duyung, Umang dan Puteri Duyung tunduk hormat pada Raja Duyung.

"Saya sebenarnya dukacita dengan apa yang berlaku pada Putera Duyung. Saya tidak boleh menyalahkan sesiapa dalam perkara ini. Saya berharap perkara seperti ini tidak akan berulang lagi,"

"Demi kebaikan bersama saya dengan ini menunaikan janji beta, anakanda Puteri Duyung dan Umang boleh bersahabat. Manakala Putera Duyung sudah membuat keputusan untuk pergi dari sini. Saya mendoakan semoga Putera Duyung akan menemui apa yang dihajatinya," titah Raja Duyung.

Umang, Putera dan Puteri Duyung tunduk hormat.

"Ampun tuanku, saya mengucapkan terima kasih kerana mengizinkan saya berkawan dan bersahabat dengan Puteri Duyung," kata Umang pada Raja Duyung.

"Ampun tuanku, anakanda Putera Duyung memohon maaf. Apa yang berlaku semua ini berpunca daripada anakanda sendiri. Umang, aku berterima kasih sekali lagi kerana menyelamatkan aku. sekiranya tidak kerana kamu aku mungkin tidak wujud lagi di dunia ini. Wahai Puteri Duyung aku berharap kamu akan bahagia selamanya. Tuanku, anakanda mohon diri pergi dari sini...." ujar Putera Duyung.

"Putera, ambillah sisir emas ini. Kamu akan menemui apa yang kamu cari selama ini. Simpanlah baik-baik dan berikan sisir emas itu kepada orang yang kamu sayangi. Kamu akan bahagia dengannya," Raja Duyung memberikan sisir emas yang lain kepada Putera Duyung. Putera Duyung mengambil sisir emas itu, dia tersenyum.

"Terima kasih tuanku, anakanda akan ingat pesan tuanku itu. Mohon izinkan anakanda pergi," perlahan-lahan Putera Duyung berenang meninggalkan Pulau Duyung membawa diri entah ke mana mengikut kata hati yang lara.

"Anakanda puteri, ambillah kembali sisir emas ini, simpanlah baik-baik sebagai kenangan. Anggaplah sisir emas itu sebagai nyawa anakanda sendiri." Raja Duyung menyerahkan kembali sisir emas kepada Puteri Duyung. Puteri Duyung tersenyum gembira lalu mengambil sisir emas itu.

"Ampun tuanku. Saya dan anakanda tuanku mohon diri dulu," kata Umang mohon izin pergi.

Puteri Duyung segera memeluk Raja Duyung. Puteri Duyung menitiskan air mata sedih.

"Ayahanda, anakanda akan kembali lagi satu hari nanti. Maafkan anakanda" ujar Puteri Duyung.

"Pergilah anakanda, anakanda sentiasa di hati ayahanda," Raja Duyung beri kata semangat pada Puteri Duyung. Umang dan Puteri Duyung meninggalkan Pulau Duyung memulakan kehidupan baru di kampung Teluk Angin Pasan

Lagenda Duyung MerabanWhere stories live. Discover now