21 ~ Apa Kesudahannya

39 1 0
                                    

Tok Lara meneguk air kemudian meletakkannya ke tepi, dia keletihan kerana terlalu lama bercerita kisah Sisir Emas Puteri Duyung bersama anak-anak kecil.

"Anak-anak kamu tahu apa yang terjadi pada Puteri Duyung?" Tok Lara bertanya pada anak-anak yang masih setia menunggu.

"Manalah kami tahu Tok Lara, ceritalah apa kesudahannya" jawab salah seorang kanak-kanak itu.

"Setelah Puteri Duyung meninggalkan Pulau Duyung dan tiba di tepi pantai kampung Teluk Angin Pasang, satu kejadian aneh telah berlaku." 

"Hendak tahu apa yang terjadi pada Puteri Duyung itu?" tanya Tok Lara.

"Apa kejadian aneh itu Tok Lara?" kanak-kanak tidak sabar mendengarnya.

"Apabila Puteri Duyung turun sahaja dari sampan, tiba-tiba dirinya bertukar menjadi manusia biasa. Ekor Puteri Duyung itu bertukar menjadi kaki seperti manusia biasa. Tiada lagi bersisik dan Puteri Duyung boleh berjalan seperti orang lain."

"Puteri Duyung gembira sekali kerana sumpahan duyung sudah tiada lagi dan terhapus. Kepulangan Umang bersama Puteri Duyung disambut baik oleh penduduk kampung Teluk Angin Pasang. Mereka memuji kecantikan Puteri Duyung," jelas Tok Lara.

"Tok Lara, bagaimana dengan Siput dan Buntal?" tanya kanak-kanak itu lagi.

"Siput dan Buntal akhirnya menjadi suami isteri. Satu majlis perkahwinan meraikan Umang, Puteri Duyung, Buntal dan Siput telah diadakan gilang-gemilangan selama tujuh hari tujuh malam majlis itu berlangsung.

Mereka hidup bahagia aman dan damai. Umang menjadi orang kaya di kampung itu dan memiliki rumah yang besar, cantik seperti sebuah istana," cerita Tok Lara lagi.

Kanak-kanak yang mendengar cerita itu tersenyum gembira.

"Ada satu lagi yang anak-anak perlu tahu, apa sudah terjadi dengan Belitong?" 

"Ya, orang jahat selalunya rugi, orang yang melakukan kejahatan pasti menerima hukuman. Begitulah halnya dengan Belitong, Tamban dan Cencaru."

Tok Kepah menjatuhkan hukuman buang ke Pulau Duri-Duri kepada mereka bertiga. Pulau Duri-Duri itu tidak berpenghuni, hanya dipenuhi dengan tumbuhan berduri berbuah pahit, binatang berbisa seperti ular, lipan, kala jengking, lebah dan tebuan.

Pulau Duri-Duri terletak jauh di tengah laut lepas. Mereka tidak dibekalkan sampan kerana mereka akan melarikan diri. Demikianlah anak-anak, cerita Puteri Duyung," Tok Lara mengakhiri ceritanya. 

Kanak-kanak memberikan tepukan kepada Tok Kepah.

"Terima kasih Tok Lara!"

Beritahu Tok Lara kepada kanak-kanak, "Sama-sama, jangan lupa esok datang lagi ya. Tok Lara akan bercerita kisah lain pula yang lebih menarik."

Jawab kanak-kanak itu, "Baiklah Tok Lara,"

Kanak-kanak itu kemudiannya beransur-ansur meninggalkan Tok Lara. Tok Lara tersenyum puas.

TAMAT

Lagenda Duyung MerabanWhere stories live. Discover now