BAB 27

426 13 9
                                    


Zahiem mengetuk-ngetuk kepalanya ke stereng kereta.

"Ya Allah, apa aku dah buat ni... Aku tersepit sangat ni... Aku sayang dia, tapi dalam masa yang sama aku nak bantu kawan baik aku sendiri... Salah ke apa yang aku buat??"-tanya Zahiem sendiri.

Dia akhirnya menghidupkan enjin lalu ke Masjid Zahir. Dia menunaikan solat Zohor di situ. Selesai solat dia juga memohon petunjuk agar masalahnya selesai.

Kemudian dia terus pulang ke kondo isterinya dengan hati yang celaru. Sampainya dia di tempat parking, dia perasan kereta isterinya tiada.

"Mana dia ni tak balik lagi.."-hiba Zahiem.

Zahiem terus ke pintu lift dan menekan punat naik. Dia terlupa yang dia tiada kunci pendua. Dia menampar dahinya sekali lagi. Zahiem membuat keputusan menelofon isterinya. Setelah 3 kali Zahiem cuba menghubunginya, baru Ayuni menjawab.

"Assalamualaikum, ya?"-tanya Ayuni selamba.

"Kau kat mana?"-balas Zahiem lemah. Dia juga menjawab salam di dalam hati. Sengaja dia menghiraukan salam Ayuni.

"Ada apa?"-balas Ayuni lembut. Dia redha dengan keputusan yang dia buat.

"Bila kau nak balik?"-balas Zahiem.

"Kenapa? Awak kat mana?"-tanya Ayuni. Kesian pulak mendengar suara Zahiem yang lemah.

"Depan rumah kau. Balik sekarang boleh ke tak? Kalau tak boleh aku pergi ambil kunci dekat kau."-balas Zahiem lemah.

"Takpe, saya memang on the way nak balik. Tunggu."-balas Ayuni sambil menekan punat merah di telefon bimbitnya.

Zahiem menyimpan telefonnya lalu berdiri dan menyandar di tepi dinding sambil menunggu Ayuni sampai.

***
Ayuni berhenti di dalam petak parkingnya kemudian menukar gear kepada P. Dia terus menyandar badan dan kepalanya. "Kau permudahkanlah urusan ku Ya Allah, jika benar dia masih untukku, kau tunjukkan lah kebenarannya. Jika tidak, aku redha ya Allah.."-doa Ayuni dalam sedu.

Akhirnya, dia keluar dari perut kereta dan terus ke pintu lift. Sementara menunggu pintu lift terbuka, dia membelek Iphone 7Plusnya. Banyak notification yang masuk harini tetapi dia abaikan. Termasuklah chat daripada Nina.

"Hang dekat mana ni?"
"Aku risau lah!"
"Tolong inform kat aku if hang ok tau!"
"Zahiem ada buat apa2 kat hg tak?!"

Dalam hati Ayuni dia sangat beruntung dan terharu dengan perbuatan Nina. Nina akan risau dan selalu pentingkan dirinya berbanding diri sendiri. Itulah dinamakan sahabat. Tak kira baik, buruk dan jahat, kita mesti menerima dengan ikhlas.

Ting!

Ayuni melangkah masuk di dalam perut lift dan menekan punat 23. Setelah sampai dia berjalan perlahan menuju ke pintu rumahnya. Dia perasan ada seseorang tengah berdiri di tepi pintu rumahnya. Siapa lagi kalau bukan suaminya.

"Assalamualaikum.. maaf saya lambat sikit. Ada apa awak datang rumah saya? Nak minta maaf pasal tadi? Takpe saya dah maafkan."-kata Ayuni terus tanpa memberi peluang Zahiem untuk membalas.

"Siapa cakap aku nak minta maaf? Baguslah kau dah tarik balik laporan tu. Memang tu je kan yang aku minta."-kata Zahiem kepada Ayuni. Ayuni terdiam kaku lalu Zahiem mengambil kunci rumah yang ada ditangan Ayuni kemudian membuka pagar dan pintu rumah isterinya.

Zahiem masuk rumah dan terus membelok ke dapur untuk mencari air putih. Sungguh dia dahaga semasa menunggu isterinya pulang. Ayuni cuma melihat kelakuan suaminya. Elok dia mahu berjalan menuju ke bilik, Zahiem bersuara.

"Aku nak cakap dengan kau sikit boleh tak? Banyak benda kita perlu selesaikan harini jugak."-kata Zahiem biasa kemudian meneguk air.

"Okay, cakap sekarang je lah. Apa? Awak nak ceraikan saya? Luah je saya sedia mendengar."-balas Ayuni biasa seperti perempuan tiada perasaan.

"Duduk dulu."-ajak Zahiem.

"Aku sebenarnya takkan lepaskan kau sampai bila-bila. Kau kena ingat benda tu. Bunyi macam klise tapi aku betul-betul maksudkannya. Satu lagi, siapa Haziq pada kau? Scandel kau?"-kata Zahiem tegas.

"Oh saya ingat awak nak lepaskan saya. Ok la macam tu. Ingat saya dah nak jadi janda. Haha. Haziq tu sepupu saya. Anak makchaq. Dia tak datang majlis kita sebab..."-kata Ayuni dipotog Zahiem pantas.

"Sebab kena gantikan kawan dia yang nak kahwin untuk jadi ketua kem. Dia ganti saya. Dia ada mengadu sepupu paling rapat dia pun nak kahwin, berat hati dia nak pergi. Tapi atas dasar teammate dia pergi jugak."-balas Zahiem dengan nada yang biasa.

"Ha ah. Saya merajuk teruk jugak dengan waktu tu. Awak ingat tak patung bear yang besar tu, dia lah bagi nak pujuk saya kononnya."-balas Ayuni sambil tersenyum mengingatkan kejadian sebelum pemergian sepupunya ke kem dan sebelum hari perkahwinannya.

Masing-masing bersembang seperti tiada apa yang berlaku sebentar tadi.

CRUSH ON WECHAT [MALAY]Where stories live. Discover now