1 ~ Adelaide Memanggil-Manggil

17 0 0
                                    

Jam 10:00 pagi waktu tempatan, Azzam, Keyo, Faiz, Syam, Saddam, Nizam, Hanim dan Suzie tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide, South Australia.

Pesawat yang membawa mereka itu berlegar-legar di ruang udara Adelaide sementara menunggu giliran untuk mendarat di landasan.

Beberapa minit kemudian, Lapangan terbang Adelaide semakin hampir dan perlahan-lahan pesawat mula mendarat di landasan.

Azzam mengejutkan rakan-rakannya yang masih tertidur, lalu dia berkata, "Kawan-kawan bangun!"

"Bangun!"

"Pesawat dah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide."

"Kita dah sampai Adelaide!"

Seorang demi seorang terjaga dari tidur apabila Azzam mengejutkan mereka. Mereka terpinga-pinga dan terlihat di wajah mereka kelesuan kerana melalui tempoh perjalanan yang panjang.

Keluh Keyo, "Aku baru nak terlelap dah sampai. Rasa sekejap sangat, tak puas nak tidur."

Kata Saddam, "Banyaklah kau punya terlelap. Mula pesawat meninggalkan bumi Singapura, kau dah pejamkan mata."

Balas Keyo, "Itu aku tidur-tidur ayam. Bukan tidur betul pun."

Kata Saddam lagi, "Kau jangan nak menipulah. Tidur berdengkur macam lembu. Aku yang duduk sebelah kau langsung tak boleh tidur."

Ujar Keyo, "Sweet sangat ya aku tidur berdengkur macam lembu."

Sindir Saddam, "Sweet kepala lutut!"

Di tempat duduk penumpang barisan di tengah-tengah, Nizam berkata, "Lutut aku menggelatar, tak tahu kenapa?"

Soal Faiz, "Kenapa pulak begitu?"

Kata Syam, "Lutut Nizam terkejut, sebab pertama kali naik kapal terbang."

Balas Nizam, "Bukan sebab itu, lutut aku dah tak sabar-sabar nak jejak bumi Adelaide."

Usik Faiz, "Itu namanya lutut kurang ajar!"

Syam dan Nizam tertawa.

Sementara di tempat duduk berhadapan, Keyo, Saddam dan Azzam, Hanim mengalirkan air mata. Dia sedih bercampur gembira.

Suzie yang perasan Hanim menyapu air mata dengan tisu lalu bertanya, "Kenapa Kak Hanim menangis?"

Jawab Hanim, "Mata masuk habuklah."

Kata Suzie lagi, "Jangan nak tipu, dalam pesawat mana ada habuk. Jangan nak menggedik ya."

"Ceritalah, kenapa?"

Hanim tersenyum-senyum sambil mengesat air matanya, lalu dia memberitahu, "Sebenarnya akak terlalu gembira sebab itu akak menangis."

"Gembira, Tak fahamlah kak?"

"Nak tahu tak, gembira sebab hajat dan impian akak nak keluar negara hari ini dah tercapai."

"Bila sampai di Adelaide, akak terharu sangat. Syukur sangat impian akak termakbul juga akhirnya."

"Nak harapkan cabutan bertuah Kelab Kembara Cun, sampai bila pun tak dapat pergi."

:Sedih, sebab akak gunakan duit simpanan akak untuk pergi ke sini."

"Duit itu kononnya nak buat belanja bila akak kahwin nanti. Tapi nak buat macam mana akak kena buat pilihanlah."

Balas Suzie, "Ooo begitu kisahnya. Tak apa kak, duit boleh dicari lagi. Habis, boy friend akak si Fadzli tak bising bila akak guna duit itu."

Kembara Bumi Aborigine ~ South AustraliaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang