Hari raya pada tahun 20** tidaklah seperti dahulu.
Bila dah makin besar ni, aku rasa raya dah jadi lain.
Apa yang sama ialah aku yang bertungkus lumus mengemas rumah berbanding adik beradikku yang lain.Nak dijadikan cerita, mulai raya ke 2 semua mak cik pak cik aku balik ke rumah sendiri.
Aku mulai berasa bosan.
Aku bukan jenis banyak bercakap dengan adik beradik,
Aku lebih gemar membuat hal sendiri.
Malangnya pulak ialah rakan2 semua duduk jauh2 dari kawasan aku.
......Aku teringat yang aku ada apps Grindr dan Hornet tu.
Aku pun bukalah Grindr dan mulakan carian.
Hampeh sebab tak ada yang dekat dengan aku.
Ni lah jadinya bila duduk kampung,
So, nak bazirkan sisa2 masa bercuti di rumah ni ialah aku bukak instagram dan media sosial yang lain.
....
Tibalah hari terakhir aku berada di rumah
Aku akan pulang ke JB mengikut mak cikku ke sana.
Disebabkan bas aku ke utara akan mengambil penumpang di JB saja dari kawasan selatan.
Aku mengucapkan selamat jalan kepada kedua orang tuaku dan adik beradik yang lain.
Mungkin aku dapat peluang untuk pulang semula ke kampung pada cuti raya cina tahun hadapan.
...Rumahku dengan bandar JB hanyalah sejam lebih sahaja.
Sesampainya di rumah mak cik ku, aku pun terus meminta tuala untuk mebersihkan badan.
Kemudian, setelah siap semuanya, aku pun mencapai telefon.
Aku amat teruja apabila melihat ada sebuah mesej dari aolikasi Grindr tersebut."Ada orang berkenan ke dengan aku? "
Aku pun membuka dengan penuh rasa ingin tahu.
"Wah.. mamat ni gambarnta tayang badan."
"Bertuala merah sambil selfie di hadapan cermin bilik air."
"Boleh tahan juga badannya."
"Taste aku lah jugak."Aku berkata kata di dalam hati.
Kemudian aku membalas hye nya.
Dan menjawab soalan ringkasnya,
Umur dan asal dari mana.Agak pelik juga kenapa mamat ni tak tanya orentation of sex.
Top ke, bottom ke, ataupun Versatile.Aku melihat jaraknya dengan lokasi ku yang sekarangagak jauh
Dari mana lah mamat ni dapat grindr aku.
Mungkin sejak dari kampung kot.Namun, tiada balas selepas aku membalas mesej nya.
Aku terus ke dapur untuk menolong mak cikku kerana ada tetamu bertandang kerumah.
Maklumlah raya kan..Aku tolong mak cik menggoreng keropok.
Tiba2 hpku bergegar.
Aku sengaja silent kerana bunyi noti Grindr app ni pelik kan, tak sama macam yang lain.
Pelik pulak orang nnti.Eh... ada balasan kot dari mamat tu..
Rasa teruja sungguh masa tu...Bersambung
Maaf kalau penulisanku ku kurang berkualiti. I am expecting ur comments to improve myself in witting my own story. Thanks for reading.
If you fell interested with my story please vote.
This story is quite long and takes more time to finish till what happen today.
Hope you guys can wait..Thanks...