Han pandang jam tangan sekali imbas. Adrenaline melonjak tinggi. Tak sabar rasanya nak masuk ke dalam perut 'burung besi gergasi' ini. Passport dan tiket sudah berada di tangan.
"Babe." Cawan tinggi lutsinar yang bercop Starbuck dihulur kepada Han.
"I nak Frap.." rengek Han manja.
"Mengadalah you ni." Frappuchino di tangan Teeya bertukar tangan. Han akhirnya tersengih menang. Sayang betul dekat girlfriend seorang ni.
"Weh!" Wan cuit bahu Han dari kerusi menunggu di belakang.
Baru aje air nak masuk ke dalam tekak, sudahnya dia terpaksa menoleh ke belakang.
"Amenda?" Han kerut dahi. Kacau betul.
"Kau tengok ni." Wan hulur telefon bimbit pintarnya. Gambar yang terpampang di skrin telefon bimbit itu menarik minat Han dan Teeya.
"Kita pergi sini nak?" ajak Wan. Semangatnya bukan main.
"Tapi theme park tu kan dah lama kena tinggal. You ni.." Nabiha atau lebih mesra dipanggil Bee bersandar dan kedua belah tangannya memeluk tubuh. Tak bersetuju dengan teman lelaki yang terlebih aktif ni.
"You tengok gambar-gambar ni. Boleh aje dia orang ambil kat sana. Rileks la. Dah pernah orang masuk kot even dah lama kena tinggal." Wan pertahankan rancangannya.
"Sayang, tempat tu dah lama kena tinggal. You faham tak? Dah lama kena tinggal. Dah naik semak bagai semua. Yang you nak pergi sana juga buat apa? Nak cari apa?" geram betul Bee dengan Wan.
Teeya dan Han berpandangan sesama sendiri. Masing-masing seakan berborak melalui telepati aje. Siap main isyarat mata.
"You nak takut apa? Lagipun theme park ni tutup tahun 2006. Baru aje lagi. Takdelah semak mana. You see this. Mana ada semak. Bukan macam Mimaland, Gombak tu." Wan sua skrin telefon kepada Bee pula. Tapi sedikit pun gadis itu tidak menjeling.
'Eh lelaki ni, kalau aku skru kepala dia karang dekat sayap kapal terbang baru tahu ada akal.' Gumam Bee.
"I tak nak pergi. Takkan!" nekad Bee.
Wan mengeluh. Payahlah ada girlfriend macam ni. Tak thrill langsung!
"Jomlah." Han tiba-tiba bersuara membuatkan Teeya buka mata bulat memandang Han. Mata Han turut sama memandang Teeya.
"What? Come on, babe. Berapa tahun sekali kita nak pergi Jepun? Like once in ten or twenty years kot. You suka benda yang advanterous, thrilling.. so why not? Come on.." pujuk Han.
"I don't know, babe." Teeya tarik nafas dalam.
"Takde apa pun kat sana. Dia orang ambil gambar pun rileks aje. They said nothing about ghost or something. So takde hal kan?" Han mencuba.
Teeya pandang Han, Wan dan Bee bergilir. Kepalanya masih tidak memutuskan apa-apa.
"Panggilan untuk penerbangan ke Osaka.." suara wanita yang memenuhi ruang menunggu berlegar di udara.
"Babe.." Han masih merayu.
"I'll think of that." Teeya bangun dari kerusi dan merenggangkan badannya yang sudah berjam-jam menunggu di lapangan terbang kuala lumpur itu.
"Please say yes." Han turut sama bangun dan menggalas beg galas besarnya.
"Not yet." Senyum Teeya nipis sebelum mengorak langkah untuk masuk ke dalam perut kapal terbang.
YOU ARE READING
The Red Nose
HorrorHan, Teeya, Wan dan Bee ke Jepun untuk short vacation selepas tamat semester untuk ijazah. Atas rayuan Wan untuk ke Nara Dreamland yang sudah 11 tahun ditinggalkan begitu sahaja di Jepun, mereka berempat akhirnya menjejakkan kaki ke sana. Niatnya un...