PUISI 8

293 10 0
                                    

Alunan rintik-rintik menjadi merdu,
Melihat ke luar,
Bunyinya terlalu indah,
Alangkah bahagia menjadi kanak-kanak kembali,
Tidak selalu disakiti dan dihina,
Oleh manusia yang mementingkan harta dan dunia,
Malah bahagia,
Hati mengeluh,
Namun aku perlu menerima hakikat.

Terfikir sejenak;
Mampukah aku atasinya,
Akan timbulkah pelangi itu?
Yang merupakan kebahagiaan,
Monolog hati berkata--
Sabar itu adalah kuncinya,
Mengapa perlu bersedih,
Kerana kau ada Dia,
Yang selalu menemani dirimu,
Ketika kamu sedih dan bahagia,
Teruskanlah berdoa kepada-Nya,
Hanya Dia yang boleh kau harapkan.

Semakin dewasa semakin banyak ujian,
Ku tatap burung yang bebas di awan,
Ku lihat kanak-kanak berlari kegembiraan,
Jiwa menjadi lebih tenang,
Ingin kembali menjadi kanak-kanak riang,
Tanpa sedar kanak-kanak jua ada ujian,
Bertatih dan bertatih sebelum berkejaran,
Cuma ia nampak berbeza pada pandangan.

Ada huluran tangan seorang insan,
Sahabat yang tak lekang memberi semangat kebangkitan,
Senyumannya menenangkan,
Dibisikkan kepadaku gabungan aksara kecintaan,
Allah merindui setiap insan,
Dihantar ujian untuk kau kembali mengingatkan,
Dunia bukan tempat bersenang lenang,
Karena Akhirat adalah utamanya tujuan,
Jadikan dunia ini ladang bercucuk tanam,
Agar hasilnya kau kutip melalui Dia yang penuh keredhaan😊❤

By @anaqowiyy_ dan @siputpink

Ikuti saya di ig @anaqowiyy_ 

Puisi Luahan Hati 💞 .Where stories live. Discover now