♡1♡

40 7 85
                                    

♡♡♡♡

Langkah gadis itu diatur laju menuju ke kelas 3-A. Beg yang disandang terus dicampakkan keluar tingkap sehingga...

CEPUP!!

Ia terjatuh pada lumpur yang terdapat di luar tingkap. Ternganga besar mulut salah seorang pelajar di hakkyo itu.

"Yah! Beg awak terkena lumpur tu!" Jerit pelajar itu tatkala Hwamin seakan tidak mengendahkan pasal begnya langsung. Hwamin memberhentikan langkahnya lalu menoleh ke arah pelajar itu.

"Aku boleh beli beg lain lah! Dari jenama Gucci lagi aku beli! Yang limited edition punya. Bukan yang dekat pasar malam macam kau punya. Huh!" Balas Hwamin lalu meneruskan langkahnya.

Pelajar itu menggelengkan kepalanya lalu kepala dijengukkan keluar tingkap. Kelihatan beg berjenama Gucci yang berwarna pink itu sudah berlumuran lumpur.

"Kalau taknak baik bagi aku." Bisik pelajar itu sendirian lalu berusaha menggapai beg sandang itu.

--------

Pintu kelas dikuak kasar membuatkan pelajar-pelajar di dalamnya terkejut beruk.

"Oon!!"

Jeritan Hwamin membuatkan satu sekolah runtuh. Oon yang duduk di bahagian belakang kelas itu terus berdiri tegak menghampiri Hwamin yang seakan-akan terlampau marah. Pasai pa??

"Ne?" Soal Oon blur dengan Hwamin yang marah.

Hwamin mengeluarkan IPhone 7s miliknya lalu menunjukkan gambar Oon sedang mengambil selca di Eiffel Tower, Paris. Suasana malam yang indah membuatkan ramai mata-mata tertarik padanya dan mengundang banyak 'like' di Instagram. Itu yang membuatkan Hwamin marah jika orang lain mendapat lebih banyak like berbanding dirinya.

"Setakat pergi Paris, aku ulang-alik pergi pun bolehlah! Pergi Paris pun nak tunjuk...Aku sejak lahir lagi dah ke Paris!" Ujar Hwamin dengan perasan marah dan cemburu yang membuak-buak di dadanya.

Oon tergelak kecil lalu duduk di atas salah sebuah meja yang berhampiran dengannya.

"Ada aku kisah? Unnie, Oon ni lagi muda dari unnie so kalau unnie nak Oon respect unnie, jebal jangan nak cemburu buta." Balas Oon yang betul-betul menusuk hati Hwamin.

"Errghhh!! Kau tunggulah nanti!" Jerit Hwamin lalu beredar dari situ. Handphone nya diletakkan kembali ke dalam poket bajunya. Skirt yang sedikit pendek itu ditarik agar menutup lututnya. Taknak dicop sebagai peniru si seksi Ahn Mi Oon.

"Yah! Asal marah-marah ni?" Soal Eun yang berada di chocolate bar berdekatan dengan kelas mereka. Hwamin menoleh ke arah Eun lalu menghentak-hentakkan kakinya di lantai.

"Kenapa kau pergi mana-mana je mesti bawa buku?! Aku rimaslah tengok kau." Soal Hwamin lalu mencekak pinggang rampingnya.

Eun memandang bukunya lalu menoleh semula ke arah Hwamin dengan sengihan.

"Wae? Buku and penampilan aku mengancam kau sangat ke?" Soal Eun lalu beredar meninggalkan Hwamin yang sudah berapi bak naga. "Ergghh!! Kau pun sama je, Eun!" Jerit Hwamin lalu menarik rambut panjang Eun membuatkan gadis itu mengereng kesakitan.

"Yah! Appo!!" Jerit Eun lalu membalas kembali dengan menarik rambut Hwamin pula. Kini, kedua-dua mereka sedang menarik rambut satu sama lain tanpa sebab yang munasabah.

PLANG!!

Cermin mata milik Eun jatuh lalu dipijak lagi oleh Hwamin dengan perasan amarah yang membara di dada. Hmm..Lega sikit..

"Yah! Kau ganti balik cermin mata aku!" Jerit Eun lalu mencubit kuat peha Hwamin tatkala dia menunduk mengambil cermin matanya.

"Hmph! Kau kan kaya? Takkan cermin mata buruk macam tu pun tak mampu nak beli? Berlambak dekat pasar malam." Sinis Hwamin lalu melangkah masuk ke dalam kelas.

Eun yang geram lantas mengejar Hwamin lalu merampas IPhone nya yang sedikit terjurai dari poket bajunya.

"Selagi kau tak ganti balik cermin mata aku, aku takkan pulangkan handphone kau! Lagipun kau kaya kan? Belilah handphone baru, takkan tu pun tak mampu? Handphone second hand macam ni berlambak kat pasar!" Balas Eun lalu meninggalkan Hwamin yang masih tercengang dihadapan kelas.

Sekali lagi perasan marah mula muncul di dadanya. Kenapa semua orang cari pasal hari ini!?

---------

Yura melangkah menuju ke arah Oon yang sedang ralit berbual dengan sekumpulan namja di situ. Meja dihentak membuatkan semua orang menoleh ke arah Yura.

"Kau tak perlu nak show off lah setakat ke Paris! Aku dah sejuta kali pergi." Ujar Yura sambil tersenyum sinis ke arah Oon.

Oon bangkit dari tempatnya lalu memghampiri Yura sambil bercekak pinggang.

"Kau pun sama tak puas hati pasal tu? Eh, kalau kau dah sejuta kali pergi, kau takkan kisah kalau aku pergi sana beribu juta kali pun!" Balas Oon lalu menolak kasar bahu Yura membuatkan gadis itu sedikit ke belakang.

"Kalau kau dah pergi beribu juta kali, tak payahlah post dekat Insta semata-mata nak banyak like!" Balas Yura semula. Kali ini dia menolak Oon sehingga gadis itu jatuh terjelepuk.

"Ingat sikit eh, aku lagi KAYA dari kau, Ahn Mi Oon." Ujar Yura perlahan sambil memunding jarinya ke arah anak mata Oon.

"Jangan perasan lah Choi Yura! Semua orang tahu aku lahir dari kerabat diraja. Bukan kaki tipu macam kau!" Jawab Oon seraya bangkit dari jatuhnya.

Yura menarik nafas dalam. Dia fikir semua ini sudah berakhir tetapi ternyata belum.

"Eh, please lah! Tak kuasa aku nak layan orang buta kaya macam kau." Ujar Yura lalu kembali ke tempat duduknya. Oon melepaskan keluhan kecil. Lebih baik dia tidak membalas, jika tidak pasti perang dunia ketiga bakal dilancarkan.

♡♡♡♡

So how the first chp? Hope you guys enjoy it^^

Do vote, comment, tag peoples and wait for the sec chp^^

I'm PUREfect♡ [Applyfic-Closed√]Where stories live. Discover now