Hospital Philadelphia di Byberry sebuah hospital psikiatri terletak di kejiranan Byberry Timur Laut Philadelphia di Pennsylvania. Nama institusi itu telah berubah beberapa kali dalam sejarah . Pelbagai nama telah diberi , antaranya Hospital Philadelphia State , Hospital State Byberry, Byberry City Farm dan Hospital Philadelphia for Mental Diseases . Ia adalah hospital untuk pesakit mental dan penjenayah tidak siuman.
Bangunan utama telah dibina di antara tahun 1910 dan pertengahan tahun 1920-an, dan bangunan-bangunan baru telah dibina di antara tahun 1940 dan 1953. Kemudahan yang ada, termasuk lebih lima puluh bangunan seperti asrama lelaki dan perempuan, dapur, dobi, pentadbiran, gereja dan rumah mayat.
Hospital ini berkembang dengan pesat dan cepat melebihi kapasiti maksimum pesakit , iaitu lebih 7,000 pada tahun 1960.
Beberapa penyiasatan telah dilakukan di hospital ini dimana , sesuatu yang mengejut dilaporkan , tandas terdedah didalam dewan serta pesakit tidur di dalam dewan tersebut dan kakitangan pesakit yang dizalimi dan dieksploitasi.Rumah Sakit Jiwa Byberry mempunyai sejarah buruk yang menyebabkan ianya ditutup pada tahun 1990. Sebelum di tutup , ada beberapa pesakit menjumpai gumpalan rambut yang misteri . Selain daripada itu , perkara yang menghantui pesakit dan kakitangan hospital adalah, cerita-cerita mengerikan termasuk gigi yang ditarik tanpa Novocaine di rumah sakit selain itu pesakit wanita mati dan dipotong-potong oleh "Charles Gable" (mungkin seorang doktor atau pesakit lain) , yang tidak pernah dijumpai.
Selain daripada itu ada juga Perempuan mati dalam keadaan yang hancur dengan cebisan daging dan tulang berterabur dimerata hospital . Lebih menyeramkan lagi ada pesakit lain dijumpai bermain dengan giginya.
- timbul persoalan, kemana semua pesakit ditempatkan setelah hospital ni ditutup? 🤔
YOU ARE READING
Cerita Seram
HorrorCerita benar dari pengalaman orang yg pernah kena kacau dengan mahluk halus. ..ada sedikit cerita rekaan tapi terpulang kenapa yg membaca utk percaya atau tidak semua cerita seram nie Persanan kepada pembaca.. Kalau dh rasa lain mcm bile baca baik k...