MAYA 8

5.1K 272 3
                                    


"I suka papa you. "

"Sayang you jangan macam-macam."

Kerutan dahi Adam menjentik hati Maya. Satu tawa kecil terukir. Buruk muka orang cemburu!

"Okay apa. Kuota dia ada empat..."

Shuuutt! Terus Adam brek mati. Terkejut punya pasal. Diikuti dengan kereta belakang yang mula tekan hon. Marahkan pemilik range rover hitam ni! Tak pasal kena maki.

"Adammm!!" Ya Allah! Bergema kereta dengan jeritan Maya.

"You dah gila ke?" Kepala yang terhantuk pada dashboard disentuh. Pedih! Cis.

Bila Khair mula tersedar. Kereta dipandu ke tepi. Makian dan hon kereta belakang tidak diendah. "Serius Maya sayang? You suka papa I?" Nyata Adam memang tidak puas hati dengan kenyataan Maya tadi. Orang yang marahkan dia hanya diabaikan hingga gerakkan kereta masing-masing tinggalkan kawasannya.

"Gila! Tak sayang nyawa ke?" Debaran Maya masih tidak hilang lagi. Lelaki ni boleh pula tanya soalan bodoh yang menaikkan darahnya.

"Maya..."

Terhenti pujukan Adam lepas dapat jelingan maut gadis di sebelah. Okay kali ni salah dia. Cemburu buta! Dengan papa pulak tu.

"I bukan gatal lagi nak gilakan bapak orang!"

Amek kau. Setempek kena muka Adam.

"I.. I cemburu je.."

"Otak you cemburu. Nak bunuh orang agaknya. Lain kali kalau cemburu nak mati. Pergi mati sendiri!"

Okay! Tu marah sangat sampai menyumpah dia. Adam gosok leher. Nak pujuk tapi dengan aura marah Maya sekarang ni. Baik tunggu reda dulu.

"Sorry sayang."

"Drive!" Sebelum mulut dia keluar macam-macam. Baik suruh Adam pandu semula. Badan toleh tepi. Tadi mood dah elok sikit, dah mula ke laut semula! Suka betul naikkan darah dia. Maya sentuh sikit dahi yang masih pedih. Benjol sedikit ke depan.

"Kita ke klinik."

"Rumah." Tak payah nak drama sangat kena pergi klinik. Bukannnya parah sangat pun. Balik nanti pandailah dia tuam pakai ais.

Adam mengeluh kecil. Dikerling Maya yang toleh ke sisi membelakanginya. Panduan diteruskan ke rumah keluarga Maya. Harap keluarga Maya ada di rumah. Boleh dia singgah masuk. Ada alasan sikit nak duduk berlama agar pujuk buah hatinya.

Kalau halal pasti dia peluk bila Maya angin macam ni. Ini jangan kata nak peluk. Sentuh sikit pun tempah machine gun! Sebelum uncle Khair atau Adam tembak. Dia dulu kena terajang oleh Maya!

Sampai rumah saja Maya terus melolong masuk rumah. Satu keluhan dihela. Dipandang Maya yang terus saja masuk tanpa toleh belakang. Perlahan dia ikut keluar. Kereta Adam Khair ada. Maknanya kawan si juruterbang tu ada di rumah.

Belum sempat pun dia masuk memberi salam. Adam Khair macam tahu aje dia nak singgah. Datang menjemput dia depan pintu.

"Perang?" soalan menyambut selepas dia bagi salam.

Lemah kepalanya mengangguk.

"Patutlah. Mengamuk semacam." Tertawa dengan telatah pasangan adiknya ni. Comel aje gaduh-gaduh sampai hempas pintu.

"Mana?"

"Siapa? Buah hati kau?" tanya Adam Khair sambil tergelak kecil.

Haih! Nasib kawan. Bakal abang ipar pulak tu. Kalau bukan fikir status yang kedua tu. Dah lama dia hempuk kepala Adam Khair.

"Maya ada dalam bilik. Menonong aje masuk. Langsung tidak perasan aku di ruang tamu tadi. Pintu bilik tu sampai nak tercabut dihempasnya." Panjang lebar penjelasan Adam Khair buat dia mengeluh kecil.

Bahunya ditepuk perlahan.

"Dah. Kejap aje marahnya tu. Percayalah. Esok. Waktu kalau kau jumpa dia di mesyuarat. Mood kejung dia mula balik. Masuklah."

Harap-haraplah. Lagi rela hadap muka kejung buah hatinya dari muka masam mencuka macam tu. Bukan senang nak pikat. Belum dapat dah tempah masalah. Langkah turutkan juga Adam Khair walaupun berat.

Oh! Maya janganlah marah lama-lama sayang. Tak tenang hati ni.


MAYA (COMPLETED)Where stories live. Discover now