Keadaan sekeliling rumah dengan angin sempoi-sempoi bahasa membuatkan Puan Aleya berasa begitu tenang sekali. Setelah puas menikmati udara yang segar, dia melangkah masuk ke dalam bilik anak perempuannya. Dia menyandar tubuhnya ke dinding bilik itu sambil melihat anak perempuannya bermain. Anak sulungnya sudah berusia enam tahun malah anak keduannya itu berusia empat tahun.
"Sudah besar anak-anak kita" ujar Encik Faliq yang telah lama mengekori isterinya. Puan Aleya berpaling apabila melihat susuk tubuh suaminya.
"Ya abang. Cukuplah tiga orang bukti cinta kita" jawab Puan Aleya sambil tersenyum.
"tapi kalau ada lagipun apa salahnya" Encik Faliq mencuit hidung isterinya.
"Abang! Nakal eiyh. Nanti dah gemuk mula lah nak cari lain" Puan Aleya memandang suaminya lalu bergerak ke ruang tamu. Bukan dia tidak faham dengan lelaki. Hanya memandang yang cantik-cantik sahaja.
"Ibu!" Puan Aleya hairan apabila melihat anak sulungnya itu sedang menangis. Habis merah hidungnya itu.
"Angah ambil anak patung along" belum sempat Puan Aleya bertanya anak sulungnya itu memberitahu. Dia memandang kearah anak keduanya. Anak keduanya ataupun farisha humaira hanya duduk diam di sebalik kerusi di hadapannya.
"Angah kenapa ambil anak patung along? Bagi balik anak patung tu. Lepas tu minta maaf" Puan Aleya merenung Farisha Humaira. Dia hanya ingin mengajar anak keduanya agar menghormati hak orang lain. Encik Faliq mendukung anak sulungnya sambil memujuk.
"Sorry along" kata Farisha Humaira dengan perlahan. Sesekali dia menggetel hujung bajunya. Bukannya dia sengaja ingin mengambil anak patung kakaknya itu tetapi dia berasa teruja apabila melihat anak patung frozen yang dimiliki oleh kakaknya. Sedangkan dia hanya mempunyai "barbie doll" yang telah lama. Itupun dia memperolehi daripada Mak Sunya.
"Abi, nanti along nak ais krim baskin robbin tau" ujar Farhana Nadia setelah nangisnya reda. Encik Faliq mengosok kepala Farhana Nadia sambil tersenyum. Farisha hanya memandang ayahnya menggosok kepala kakaknya. Sesekali dia berasa cemburu apabila kakaknya lebih diberi perhatian berbandingnya. Malah dengan kehadiran Farhan Adamy sebagai anak bongsu membuatkan dia berasa kurang diberi perhatian.
"Ya. Nanti kita pergi" kata Encik Faliq sambil tersenyum. Kata maaf dari Farisha hanya di pandang sepi.
******
Baju sekolah yang sudah basah lencun di tubuhnya dipandang sebelum dia memandang ke arah adiknya, Farhan Adamy yang sedah bergaduh di belakang sekolah. Dari pondok di luar sekolah dia terpaksa meredah hujan apabila mendapat tahu yang adiknya sedang bergaduh. Memandangkan kakaknya sudah memasuki alam sekolah menengah dia terpaksa menjaga adiknya seorang diri.
"Farhan Adamy!" jerit Farisha Humaira dari jauh. Kakinya melangkah dengan laju agar segera sampai di hadapan adiknya.
"Kalau taknak kena pukul, baik blah!" jerit Farisha sekali lagi. Kawan-kawan adiknya yang lain kini beredar. Farisha merenung adinya dengan tajam.
"Kali ni apa alas an kau bergaduh?" soal Farisha dengan kasar. Farhan hanya memandang muka kakanya dengan kosong.
" Dia cari pasal dulu. Adik pukul jelah" Jawab Farhan bersahaja. Belum sempat Farisha melangkah pergi tangannya ditarik.
"Angah. Please. Jangan bagitahu Ibu dan Abi." Rayu Farhan. Farisha hanya melangkah pergi.
*****
Sampai sahaja di rumah, Farisha terus menyalami tangan ibunya. Farhan hanya mengekori dari belakang.
"Kenapa habis kotor baju sekolah ni Angah Adik?" soal ibunya. Tangannya mula mencekak pinggang. Dahi Puan Aleya berkerut melihat baju anak-anaknya.
"Kamu tak kesian dekat ibu ke? Kamu angah dah besar pun. Dah darjah lima. Takkan nak main-main lagi. Kejar sana kejar sini. Main dalam hujan lagi. Tak kesian dekat ibu?" sambung Puan Aleya lagi. Farisha dan Farhan hanya merenung ke lantai.
" Adik jatuh basikal ibu. Bila angah sampai dekat adik, dia sudah jatuh. Lagipun waktu hujan" terang Farisha. Dia cuba membela diri walaupun dia sudah tahu ibunya tetap akan memarahinya.
"Kenapa angah tak ada dengan adik? Kan ibu dan abi sudah pesan. Adik masih kecil. Baru darjah 2. Kan kesian adik jatuh tu. Mari ibu tengok tangan tu. Mesti ada luka" Farhan bergerak perlahan kearah ibunya. Dia berterima kasih kepada Farisha kerana tidak memberitahu perkara sebenar.
"Lain kali tolong tengokkan adik tu. Angah dah besar. Dah boleh jaga diri. Jadi tolong tengokkan adik sekali. Dekat sekolah pun sama. Kalau ada apa-apa kan senang kalau adi ade dengan angah. Faham tak angah?" kata Puan Aleya. Dia berasa begitu risau lebih-lebih lagi melibatkan anak bongsunya. Memandangkan Farhan seorang sahaja anak lelakinya sayangnya terhadap Farhan begitu mencurah-curah.
"Haih. Macam-macam kamu ni. Baru lagi jatuh longkang. Lepas tu jatuh tersepak batu. Sekarang ni terjatuh basikal pula. Kalau angah tengok-tengokkan adik takkan jadi macam ni" keluh Puan Aleya.
Farisha berjalan kearah biliknya. Dia sudah dapat menganggap balasan dari ibunya. Pasti dia juga akan dipersalahkan.
YOU ARE READING
Kedua
RandomMacam mana perasaan menjadi anak kedua? Antara dia dan kakaknya mengapa kakaknya lebih di beri perhatian? Antara dia dan adiknya engapa adiknya lebih dimanjai? Antara dia dan rakannya kenapa dia tetap menjadi kedua? sehingga saat ingin dijadikan p...