Sepanjang perjalanan ke stesen bas, isi kereta sunyi sepi. Tiada perbualan. Amin dan Farid sendiri tidak bersuara tentang gangguan malam tadi yang dialami Farid. Masing masing terbuai dengan fikiran yang melayang di sebalik pemandangan hutan konkrit. Tetapi sebelum bertolak menaiki bas, Tok Wan sempat berpesan kepada kedua-dua mereka agar tidak tinggalkan solat dan jadikan membaca al-Quran sebagai tabiat. Amin dan Farid mengiyakan saja. Tok Wan jugak sempat mengajak Farid ke rumahnya di kampung jika kelapangan di hujung minggu.
***
Sesampai di lobi, kelihatan seorang perempuan mendukung bayinya masuk ke dalam perut lif. Farid dan Amin tergesa gesa berjalan dan menahannya lif tersebut. Berjaya! Pintu lif terbuka. Namun tiada isinya. Amin memandang Farid. Farid tersenyum. "Kenapa?" Farid sedikit ketawa. Amin menghela nafas berat lalu beristighfar. Butang aras ditekan. "Kau nak tau tak kenapa 'diorang' tak suka kotor kotor, sedangkan tu makanan 'diorang'?" Soal Amin tiba tiba.
"Ha'ah kan. Entah. Pelik. Kenapa eh?"
Pintu lif terbuka, mereka keluar menuju ke rumah.
"Sebab kita tak bagi 'diorang' duduk dengan kita, lepas tu 'diorang' taknak lah 'yang lain' ganti. Jealous. Hehe." Farid tersenyum kelat. 'Dia ni serius ke main main'.Sesampai di depan rumah, mereka berdua tersentak. Ini bukan rumah mereka. Rumah itu sepertinya sudah lama tidak berpenghuni. Habuk debu menutupi putihnya lantai jubin. Ada banner terpampang "rumah untuk disewa" dan nombor untuk dihubungi. Mereka terlajak 1 tingkat ke atas. Amin memandang Farid. "Kau tersalah tekan ke tadi?"
'Salah aku lagi?' Farid mengangkat bahu. Wajahnya tiada ekspresi. "Jom lah turun." Ajak Amin. Mereka mengorak langkah berpatah balik ke arah lif. Tiba tiba pintu rumah itu dibuka. Pergerakan mereka terhenti lalu berpaling melihat isi rumah tersebut. Hanya cahaya matahari yang singgah sebelum ke puncak langit.
"Jom lah" ajak Amin lagi. Hatinya berdegup laju tak seiring dengan langkah kerana dia berjalan seperti tiada apa yang berlaku.
"Lif ke tangga?" Soal Amin.
"Tangga" jawab Farid.
Amin membuka pintu kecemasan namun kakinya bagai diikat saat matanya terpandang susuk tubuh wanita yang mendukung anak tadi. Tubuh Farid melekat di belakang Amin. Rasa macam nak marah. Sebelum sempat Farid bertanya, Amin menutup pintu kecemasan dan bersuara "Lif je la".
Amin berpaling lalu terus menuju menekan butang turun. Farid mengikut sahaja. Dia berasa aneh dengan kelakuan Amin namun dia boleh mengagak kenapa kerana bulu romanya tiba tiba meremang. Lif sampai dan menyambut mereka dengan "Ting!"
Mereka masuk dan Amin kelam kabut menekan butang dan berharap tidak tersalah tekan lagi. Sampai di rumah, Amin membuka mangga di pagar. Terlihat ada kelibat di dalam rumah melalui tingkap dapur. 'Apa pulak kali ni?' Amin sedikit ralat.
Amin membuka pintu dan memberi salam sambil kakinya melangkah masuk perlahan-lahan. Farid berjalan dari dapur memegang mug. Rambut basah seperti baru sudah mandi. Amin melihat Farid dengan kehairanan. Farid memberhentikan langkahnya di depan Amin.
"Wa'alaikumussalam", jawab Farid. Amin berpaling dan melihat belakangnya namun tiada siapa. Cepat cepat dia menutup pintu. Amin seperti tidak percaya. Pagi kot!
"Kau okay ke?" Farid bertanya sambil tangannya mengacau bancuhan. Amin menggelengkan kepala dengan lemah dan melangkah ke sofa lalu merebahkan badannya. Otaknya kosong. Dia melihat siling. Farid masih berdiri kemudian mengambil tempat di sebelahnya. Dia menghembuskan nafasnya perlahan-lahan mengambil mood. Dia kemudian menceritakan kepada Farid apa yang terjadi.
Apa semua ni? Adakah mungkin 'diorang' tak ganggu di dalam rumah, tapi di luar?
"Kita kan JIRAN?"
:)
YOU ARE READING
JIRAN
HorrorAmin sudah lama menetap di bandar. Hidup di bandar tak seperti di kampung. Jiran sebelah yang pintunya berjarak setapak kaki pun belum tentu kenal apa namanya. Rupanya pun ingat ingat lupa. Ekonomi kian meruncing memaksa Amin mencari teman serumah u...