"Dear.. please bah. Kasi sorry saya. Pleaseeeee!!"
"No more Yvonne! No more chance!!"
"Please dear. Hunny bukan sengaja mau tipu dear. Hunny kira mau terus terang nanti.."
"Nanti tu bila?!! Ahh sudahlah kau. Kalau penipu tetap penipu juga!! Keluar kau dari sini! Angkat ni pakaian kau semua!!!"
"Jadi.. Hunny mau tidur mana dear.." Teresak-esak sudah saya menangis masa ni. Nathan betul-betul berubah sudah.
"GUESSROOM!" Macam petir tu suara dia teriak depan muka saya.
Betul-betul saya menyesal tidak jujur sama dia dari mula. Kalau tidak, tidak juga jadi macam begini baini. Semuanya start dari Alen datang rumah tadi.
Two hours before..
"Yvonne. Please kasitau saya.. Apa kaitan Adam dan Stephanie.."
Adei ni urang, sudahlah mabuk-mabuk datang rumah urang pastu tanya pasal Stephanie. Tapi Adam? Adam mana ni? Jangan-jangan Adam yang first lauk Stephanie? OMG! Camana Alen tau ni?
Saya cuba tenangkan diri sebaik mungkin dan berlalu ke dapur. Kunun-kunun sambil buat kopi sambil pikir jawapan yang sesuai untuk soalan Alen tadi.
"Nahh, minum ni kopi dulu. Dan saya tiada jawapan untuk tu soalan kau Alen. Kau tanya Steph lagi bagus."
"Pleaselah Yvonne. Kau kasitau saja yang jujur bah. Makin lain sudah gaya si Steph since Adam muncul."
"Lain camana? Kau nda direct tanya dia?"
"Sudah. Dia bilang kawan lama. That's why saya tanya kau. Sebab Steph tu kalau sama kawan lama, mana begitu awkward. Emm bukan awkward. Tapi lebih kepada takut.."
TAKUT? STEPHANIE MATTHEW TAKUT?
Untuk kali pertama sejak kes Simon, saya dengar si Steph takut. Walaupun saya nda nampak depan mata, dengar seja dari Alen pun saya pasti dia betul-betul takut sama si Adam. Dia paling campin hide emotions baitu.
Adam ugut dia kaini pasal kes lama dorang tu? Kalau saya terus terang mesti rahsia saya pun terbungkar juga. Tapi kalau saya nda terus terang, saya takut Stephanie ada apa-apa.
Tiapalah, saya sanggup hadap ni risiko asal bestfriend saya bahagia. Kalau Nathan betul sayangkan saya, dia terima juga saya baitu kan.
Cross my heart..
Saya pandang si Nathan yang duduk di sebelah saya baru saya pandang lagi si Alen yang calm down sudah.
This is it lord. I need your blessing.
"Hmm, Alen. Actually, bukan saya yang patut kasitau kau ni semua. Si Steph yang patut kasitau. Tapi memandangkan kau cakap si Steph takut. Stephanie Matthew yang saya kenal tidak takut sesiapa dan apa-apa pun.." saya berhenti cakap seketika sambil memegang erat tangan Nathan yang berada di atas peha saya.."saya rasa saya patut berterus terang juga sama kamu. Actually Adam tu first lauk kami."
YOU ARE READING
UMLB 3: THE SECRETS
General FictionHIGHEST RANK #1 (28/5/2018) PUBLISHED AS BOOK ❤ UMLB 3: THE SECRETS mengisahkan tentang Yvonne salah seorang bff Stephanie yang turut serta dalam game 'Lauk' sebab ingin mengumpul duit RM100k untuk pembedahan adiknya. Lauk terkini Yvonne iaitu Natha...