"Dia nak buat apa dengan baju tu?" Bee turut sama tidak paus hati dengan tindakan Han membawa pulang baju badut lusuh itu ke Malaysia.
"Aku tak tahulah, Bee. Suka hati dialah. Malas dah aku nak cakap. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri." Teeya menggalas begnya dan mereka menunggu giliran untuk keluar dari perut kapal terbang yang baru selamat mendarat di KLIA.
"Kau ada ambil gambar lain dekat dalam Dreamland tu tak?" tanya Bee tiba-tiba. Kaki mereka baru sahaja melangkah keluar dari kawasan lapangan terbang dan menunggu teksi.
"Ada. Aku nak edit dulu before upload dalam Insta." Beritahu Teeya. Dia pun hampir lupa untuk melihat kembali gambar-gambar yang sudah dia ambil semalam.
"Tengok kejap." Bee mulai rasa menyesal kerana berkeras untuk tidak mengambil gambar. Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar dan sementara mereka menunggu Wan dan Han menyimpan bagasi mereka dalam bonet teksi, mereka berdua membelek gambar-gambar itu.
Senyuman mereka kian pudar bila semakin banyak gambar ditolak ke kanan, perasaan mereka semakin berdebar-debar. Teeya berhenti menyelak gambar. Dia angkat kepala dan memandang Bee.
"I know there's something kat sana." Ujar Bee yang begitu yakin dengan tekaannya sejak mula lagi.
Gambar yang diambil Han dari belakang ketika Teeya sedang mendekati Mirror Puzzle turut memaparkan separuh tubuh badut yang sedang berdiri di balik dinding bangunan.
Mereka berdua senyap seketika.
"Jom." Ajak Han yang sudah selesai memasukkan bagasi mereka semua.
JARUM JAM sudah berganjak ke angka 5 petang. Han terjaga dari tidur petangnya apabila telefon bimbit berdering nyaring. Dia segera bangun dan penggera telefon dimatikan. Mata dipisat kasar. Asar. Kepalanya mengingatkan.
Dengan malas, dia melangkah ke bilik air untuk mengambil wuduk. Letihnya masih belum hilang, tapi solat tidak dia ketepikan. Usai mandi dan solat, dia duduk semula di tepi katil. Bagasinya dipunggah. Banyak baju yang nak dicuci.
Sedang dia leka memunggah pakaian, beg kertas yang disandarkan ke dinding tiba-tiba jatuh, membuatkan dia sedikit terkejut. Pandangannya beralih arah. Oh. Baju tu!
Dia bangun dari katil dan mencapai beg kertas yang berisi baju badut itu. Dikeluarkan baju itu dari beg dan kedua belah tangannya diangkat tinggi. Bebola matanya bergerak atas bawah untuk 'scan' baju itu.
"Aku try fix kau eh." Sengih Han dan meletakkan baju itu di atas katil. Jarum dan benang dicarinya. 'Rasanya mama ada letak barang-barang jahitan ni kat bilik bawah.'
Apabila kelibat Han hilang dari bilik, terus beg kertas yang berisi bebola merah itu jatuh sekali lagi menyembah lantai. Bebola itu bergolek hingga ke bawah katil yang gelap. Meninggalkan ia sendirian di situ, minta ditemui.
SELESAI! Segala macam yang terkoyak, sudah dijahit. Walaupun jahitannya tidaklah kemas mana, nama pun anak bujang.. tapi Han cukup berpuas hati dengan hasilnya. Tanpa menunggu lama, Han terus mengangkat segala baju kotornya ke mesin basuh, termasuk baju badut itu untuk dicuci.
Penutup mesin basuh automatik itu ditarik dan baju-bajunya dimasukkan ke dalam. Han ambil tempat di sofa rehat berdekatan dan mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar sementara menunggu bajunya selesai dibasuh.
Malas fikirnya nak turun naik. Kejap lagi nak kena keringkan pula. Dah alang-alang ada di bawah, baik tunggu aje. Cuci baju pun berapa minit aje pun. Karang kalau tinggal, nampak kat mama, mau membebel setahun. 'Ni kenapa baju cuci tapi tak reti nak sidai? Nak biar kering dalam mesin basuh ke? Nak tunggu berkulat baru nak keluarkan?' ayat cliché mama.
YOU ARE READING
The Red Nose
TerrorHan, Teeya, Wan dan Bee ke Jepun untuk short vacation selepas tamat semester untuk ijazah. Atas rayuan Wan untuk ke Nara Dreamland yang sudah 11 tahun ditinggalkan begitu sahaja di Jepun, mereka berempat akhirnya menjejakkan kaki ke sana. Niatnya un...