Alam Barzakh.

89 4 0
                                    

Manusia itu,
Asal dari tanah,
Makan hasil tanah,
Berdiri di atas tanah,
Akan kembali kepada tanah,

Tapi kenapa bersifat langit?

-Hamka

Akhirat destinasi yang akhir buat manusia. Tapi malangnya dia telah dilupakan oleh manusia. Persediaan untuk ke sana diabaikan. Tempat persinggahan sementara ke Akhirat ialah kubur atau Alam Barzakh. Border di antara dunia dan Akhirat. Di sana ada peperiksaan tapi tak sama macam kan bumi like pkbs 1 ,2 pmr, pt3 or spm. Ni exam bahaya punya . Siapa lepas alhamdulillah sangat subhanallah.

Adapun peristiwa di alam kubur atau di alam barzakh bermula apabila seseorang itu telah mati dan kemudiannya dimasukkan ke dalam kubur. Di alam kubur itulah seseorang itu dikatakan berada di alam barzakh. Barzakh ialah dinding pemisah di antara dua alam yang akan dialami oleh setiap manusia iaitu di antara alam dunia dengan alam akhirat. Setelah seseorang itu mati, dia akan kembali ke alam akhirat tetapi sebelum menempuh alam akhirat, dia akan berada di alam barzakh terlebih dahulu. Alam akhirat yang sebenarnya ialah alam Mahsyar iaitu setelah berlaku kiamat yang seterusnya manusia akan menuju ke syurga atau ke neraka. Jadi, alam barzakh ialah tempat seseorang itu akan menunggu setelah dia mati sebelum dia dibangkitkan semula oleh Allah SWT di hari kiamat nanti.....

"Ibu! Ibu! Kat mana ni ! Ibu !"

"Gelap, busuk, sempit, sakitnya tak terkata . YA ALLAH tolong aku YA ALLAH. YA ALLAH . YA ALLAH . YA ALLAH"

"Maafkan man ibu! Man banyak dosa kat ibu !. Man rogol ADIK, Ibu. Man curi duit Ibu. Man tolak ibu sampai jatuh. MAAFKAN Man Ibu!!!"

Alam BarzakhWhere stories live. Discover now