Keesokannya, nak tak nak aku kena pergi program tu jugak. Nasib seminggu. Kalau sebulan tak tau la aku nak cakap ape.
Tepat pukul 11:30 pagi, aku tiba di tempat itu. Tanpa melengahkan masa, aku masuk ke dalam tempat itu dan ternampak Seulgi duduk di kaunter dengan kedua-dua belah kakinya diletakkan di atas meja kaunter.
" Hai- "
" Ey gemok. Kau sini. Aku nak tanya kau sikit ni " panggil Seulgi
" Ye? "
" Sebenarnya, kau memang nak kurus untuk diri kau atau orang lain "
Aku terdiam.
Kenapa aku tak pernah terfikir pasal bende ni?
Untuk ape aku kurus? Untuk siapa?
" Aku dah panggil kau sampah, kau nak aku panggil kau ape lagi? Pekak? " Seulgi memecah kesunyian
" Takde soalan lain ke kau boleh tanya "
" Takde " jawab Seulgi sepatah
" Aku.. Kurus untuk orang " jawab aku perlahan
Seulgi mengangguk. " Kau nampak tu "
Lantas aku melihat ke arah jari telunjuk yang ditunjuk oleh Seulgi. Ianya merupakan gambar perbezaan daripada gemuk ke kurus.
" Haa aku nampak " kataku sambil mengangguk
" Itu yang kau nak kan? "
Sekali lagi aku mengangguk. " Itu la tujuan aku kat sini "
" Ni aku nak citer dekat kau ni. Tapi kite duduk sana ah "
Aku hanya menurut ape yang Seulgi kata. Kami duduk di satu sofa yang terletak berhampiran dengan kaunter utama.
" Dulu ade sorang customer ni, memang sebijik gile ah macam kau. Cuma bezanya dia lagi besar "
" Uish besarnya "
" Kan "
" Ha lepastu ape jadi " tanya aku teruja
" Lepastu, nak dijadikan cerita, dia ni memang sebijik ah macam kau. Baru buat exercise sikit, dah penat. Rehat dua jam setengah pun masih penat. Jadi aku bagi dia ni "
Dia menghulurkan aku satu botol pil yang tertulis dengan tulisan ' pil kurus ' disitu.
" Ni bukan tulisan kau ke " tanya aku
" M-macam la aku s-sorang je yang tulisan macam tu. Eh tapi! Ni aku nak bagi kau ni " tergagap Seulgi untuk bercakap dengan aku.
" Eh serius ah kau nak bagi aku? " aku makin teruja apabila mendengar Seulgi nak bagi aku ubat kurus tu. Lepasni, takde lah aku nak terseksa dengan barang exercise tu! Haih tak sangka, baik jugak Seulgi ni.
° Seulgi P.O.V °
" Serius la "
" Berapa harga pil ni? "
" Ambik je ah. Aku bagi "
" KAU BIAR BETUL " terbeliak mata Hyun Ji apabila aku bagi ubat tu secara percuma
" Kalau taknak, bayar ah "
" Okok aku ambik free. Terima kasih gile wey!! " baru sahaja Hyun Ji nak memelukku, aku cepat cepat menepis.
" Ok sama sama. Dah dah kau boleh balik "
" Ni nak makan sebelum makan ke selepas makan? "
" Ape kau ingat ubat cacing ke ? Makan je la bile-bile "
" Jadi, aku boleh makan ape je la lepas ni?! "
Haih Minah ni. Tak habis habis lagi tanya.
" Ye " balasku sepatah. Aku bangun dari sofa itu untuk kembali duduk di kaunter, tapi terbantut bile Hyun Ji memanggil aku.
" Seulgi! "
" Sis! Berapa kali aku nak cakap?! Panggil aku sis! "
" Okay sory sory. Sis! "
" Ha ape? "
" Maksudnya, lepasni aku x payah nak pergi sini dah? "
" Ye! Tak payah jejak sini dah! "
" Oyehhh !!!! "
" Dah balik balik " halau aku
" Okay bye! "
Huh. Teruja ye?
Teruja untuk menempah maut.
° Hyun Ji P.O.V °
Dengan perasaan berbunga bunga, aku keluar dari tempat itu.
Lepasni tak payah la aku nak jumpa Seulgi lagi.
Lepasni tak perlulah aku nak bermatian matian buat exercise
Lepasni tak perlulah aku nak kena panggil Seulgi sebagai ' sis ' lagi
Lepasni boleh lah aku makan semua-
" OPOCOT LEMBU KAU MELAMBUNG PERGI SELATAN!! " dengan segera aku menutup mulutku selepas malu melatah.
" Baekhyun? "
" Hai Hyun Ji " sapa Baekhyun dengan senyuman.
" Kau buat ape kat sini. Skodeng aku eh "
" Eh takde maknanye saya nak skodeng awak. Saya saja saja je jalan dekat sini " mata Baekhyun tertumpu pada ubat yang aku pegang sejurus selepas bercakap.
" Ubat ape tu?! Awak sakit ape?! " tanyanya risau.
Lantas aku menyorokkan ubat itu di dalam beg kecilku. " Takde takde. Aku tak sakit. Ni.. Ni ubat untuk mak aku! Ha!! Mak aku! Dia sakit! Aku kena pergi sekarang!! Jumpa esok!! " tanpa melengahkan masa, aku memberi sign kepada teksi yang kebetulan sahaja lalu pada waktu kecemasan mcm ni. Lantas aku masuk ke dalam perut teksi.
" Jalan ni ye encik "
" Hyun Ji!! " panggilan daripada Baekhyun, aku hiraukan.
Fuh! Nasib tak kantoi! Kalau kantoi, mampus dia bagitau Tae.
Aku mengeluarkan ubat yang diberi oleh Seulgi daripada beg kecilku. Aku tersenyum kecil
" Tak sabar nak guna "
HYEPP!! ADOII ubat ape plk la si seuldal ni bagi. Takpe Takpe, kita tunggu ehehehe. Hoh tak tau nak cakap ape.
Faz
YOU ARE READING
Macam Buntat ?! <> KTH <>
Fanfiction" Apsal aku tgk kau ni macam makin hari makin gemok ni ? " " Asalkan lemak tepu aku tak himpit badan kau sudah la . " Cover made by : @Syifvas Start : 16 September 2017 (2000) End : 21 November 2017 (1030)